Epilog
Dari jauh
kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan sedang
merebut sebatang aiskrim antara satu sama lain. Sungguh cute!
“Abang Am, bagi
la Amie aiskrim ni. Tadi abang Am dah makan satu, dah la. Amie tak makan lagi. Please.”
Memek muka kasihan ditonjolkan oleh si gadis genit ini.
“I said no!
abang takkan bagi. Amie kena beralah dengan abang sebab abang ialah abang
Amie.” tegas nadanya tetapi wajahnya sedikit mengejek.
“Amie nak
jugak.”
“no.”
“I want.”
“no.”
“I say I want.”
“no.”
Sedang mereka
berebut dan bertingkah kata tiba-tiba aiskrim itu terjatuh. Kanak-kanak
perempuan itu merajuk dan membawa diri ke arah gelongsor yang berdekatan.
Kanak-kanak lelaki itu menghampiri budak perempuan itu dan memujuknya.
“Amie tak nak
kawan dengan abang. Abang kawanlah dengan bangla yang jual aiskrim tu je. Abang
dah bazirkan aiskrim Amie.” Kanak-kanak perempuan itu bercakap dalam nada
menangis. Sendu-sendu suaranya.
Kanak-kanak
lelaki itu terus- terusan memujuk si gadis genit itu.” Amie, im so sorry.
Abang janji abang akan ganti aiskrim yang banyak untuk Amie. Abang janji .”
Kanak-kanak lelaki itu menghulurkan jari kelingkinnya untuk membuat janji.
Kanak-kanak
perempuan itu tersenyum dan membuat janji. Mereka berpimpin tangan berjalan
menuju ke arah mama dan umi mereka.
Dari jauh
kelihatan mereka sungguh sepadan bagai pinang dibelah dua. Tetapi mereka selesa
berdua dalam ungkapan lain selain daripada itu iaitu sahabat sejati.
Imam Shafie
pernah meriwayatkan sebuah hadis:
“Aku mencintai
sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah sahabat yang sering
denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, kuhulurkan
tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin
ramai sahabat, aku semakin percaya pada diri, aku selalu berharap mendapat
sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka jika aku dapat, aku ingin
setia kepadanya.”
“Amnie Halifi,
Amran Hidayat, come to us. Mama dengan umi nak cakap sesuatu dengan kamu
berdua.” Pantas sahaja langkah mereka berdua menuju ke arah orang yang mereka
sayangi.
“Apa dia?”
serentak pertanyaan mereka. Sehati sejiwa sungguh mereka berdua.
Tidak sempat
umi berkata apa aku terdengar pekikan kuat daripada abah. Setahu aku abah tidak
akan menjerit sekuat itu jikalau barang kesayangan tidak hilang. Sah! Gameboy
abah hilang. Hahahahaha, padan muka abah, kedekut lagi dengan aku.
Abah akan melepaskan stress kerja dengan bermain game. Aku pun tidak mengetahui mengapa abah mempunyai tabiat pelik itu. Umi pun tidak pernah kisah dengan hobi abah. Hai! dunia sudah terbalik.
Mama hanya diam
sambil tersenyum. Abang Am mula memecah kesunyian antara kami bertiga. Aku
hanya mengikut rentaknya sahaja. Walaupun kami berumur 7 tahun tetapi kami
terlalu bijak dalam menguruskan kehidupan kami.
“Amie, kalau
abang Am kata abang Am nak buat Amie isteri abang Am, Amie setuju tak?” Mama
ketawa terkekeh-kekeh.
“Amie tak mahu
kalau abang Am tak belanja Amie aiskrim sehari 5 batang. Belanja Amie sampai
Amie jemu nak makan aiskrim. Amie akan jadi isteri abang kalau abang setuju
dengan syarat Amie.” Nada suaraku sedikit mengejek.
“What?! Too
much, Amie. Bolehlah demi Amie abang Am main sanggup jela. Tapi bila
fikirkan kembali boleh miskin abang Am.” Jarinya mengira-ngira jumlah wang yang
sepatutnya dibelanjakan untukku.
“Amie tak
kisah. Mama dengan papa abang Am kaya so boleh abang Am suruh diaorang beli
kedai aiskrim. Mama bolehkan?” Amran Hidayat memandang wajah mamanya sambil
menggelengkan kepala supaya jangan melayan kerenah aku.
“Ye, boleh je.
Yang penting Amie kena patuh pada janji Amie. Ingat janji mesti kita tepati.”
Amran Hidayat menunjukkan riak yang menjengkelkan.
So annoying! Kecil-kecil
lagi sudah pandai berbicara perihal perkhawinan. Kanak-kanak sekarang terlalu
moden. Mereka mengetahui lebih banyak pengetahuan am lebih banyak daripada
kita. Awesome!
No comments:
Post a Comment