Translate Language

Saturday, 18 October 2014

Bab 9- Pertama Kali Cinta #PKC


BAB 9
Jangan salahkan takdir kalau hidup kita ditimpa kesusahan. Takdir Allah itu selalu benar untuk kita. Lohmafuz kita terletak di tangan Allah. Jangan berundur walaupun ianya perit dan sukar untuk dilalui tetapi berjuanglah untuk hidup dalam laluan yang sukar itu. Kerana laluan yang sukar itu memberikan kita semangat untuk hidup.
Kita juga perlu mengetahui bahawa hidup adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka jangan ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meskipun yang lain berguguran. Tetaplah senyum walau perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Sesungguhnya, Dia tidak akan mensia-siakan usaha kita.
Selepas pertemuan aku dan Amran di Kedah tempoh hari aku merasakan sesuatu perasaan yang aku sendiri tidak menjangkakannya. Aku merasakan perasaan cinta aku terhadap Amran kembali menular selepas bertahun-tahun lamanya hilang perasaan itu.
Semakin aku jauh semakin ianya dekat dengan diri aku. Ya Allah, jauhkan perasaan ini daripada diri aku. Demi Anis aku sanggup hindari perasaan ini. Anis adalah sahabat yang baik. Aku tidak sanggup melihat Anis merana kerana perasaan bodoh aku ini!
Aku cuba merisik cerita Amran dan Anis melalui Syasya. Entah! Hati aku meronta meminta sesuatu yang aku rasakan sangat menyakitkan hati tetapi aku tetap mahu mendengarnya. Tidak mungkin Amran akan memberikan aku secebis kasih untuk aku kerana hati miliknya sudah ada pada Anis.
 Aku berasa sakit hati apabila Chad bercerita tentang Amran dan Anis melalui laman sosial yang terkenal iaitu skype. Chad tidak salah apa-apa dengan aku cuma aku sendiri tidak faham dengan kehendak hati aku sendiri. Aku sendiri kurang pasti dengan gelonjak perasaan aku.
Ya Allah jangan disebabkan perasaan ini hubungan aku dan Anis Sofeya sebagai sahabat terputus begitu sahaja. Aku tidak sanggup kehilangan dia. Demi Anis Sofeya hindarkanlah perasaan aku terhadap Amran Hidayat.
Sedang Chad bercerita itu ini dengan aku telefon bimbit kedua aku, Blackberry Qwerty milik aku berbunyi menandakan sms masuk. No comment! Encik Azif Arrayan menghantar sms kepada aku. Aku sudah pening kepala dengan sikap gila-gilanya.
Apabila di pejabat dia seorang yang komited, tegas dan berpendirian tinggi. Aku pun dia tak pandang. Habis sahaja waktu kerja bermulalah dirinya sebagai ‘King Of The Crocodile’. Jolokan baru yang aku berikan istimewa buat dirinya.
“Chad, Anis dengan Amran macam mana? Diaorang dah selamat bernikah ke?” Walaupun hati aku keliru tentang perasaan aku terhadap Amran. Aku cuba dan terus mencuba mengambil berat tentang mereka berdua. Susah sangat apabila mulut menutur lain hati cuba mengatakan sesuatu yang lain dan ianya sangat bertentangan.
“Ohh, about them! Alhamdulillah, Anis Sofeya sudah selamat menjadi isteri yang sah kepada Amran Hidayat. Aku harap mereka berdua bahagia sampai jannah. Await hang tak datang?” Aku hanya mampu senyum tanpa berbicara sepatah kata.
“Alhamdulillah. Aku pun doa macam tu jugak. Aku harus outstation. Maaflah Chad.  Aku bukan saje tak mahu datang tapi….” Kata-kata aku terhenti disitu.
“Am, aku tahu apa yang kau sendiri tidak pernah sangkakan. Aku tahu kau tipu aku. Kau bukan outstation. Kau pergi tenangkan diri dan hati kau yang gelabah habis.” Aku terdiam. “Alahai! Guane ni? Macam mana boleh kantoi ni?!”
“Aku….aku….” Aku hilang diksi ingin aku nyatakan pada Chad. Dengan Chad aku susah sikit hendak kelentong. Dia pandai membaca setiap tingkah laku aku. Dia selalu sahaja baca dan tahu gerak geri aku.
“Aku tahu kau dengan Amran dahulu pernah menyukai antara satu sama lain tetapi korang pendamkan sahaja kerana bagaikan ada satu benteng yang halang korang daripada mengatakan perasaan korang. Korang terpaksa pendam disebabkan atas dasar KAWAN (that mean ‘benteng’)?” Aku rasa macam nak menjerit satu dunia cakap “Ya! Betul la tu Chad.” Tetapi mulut aku melarang aku membuat sesuatu yang bodoh.
Chad sambung lagi. “Amran pernah terbagi tahu aku. Terbagi tahu okey! Pada aku selepas kau pindah dahulu. Dia menyesal sangat tak bagi tahu kau. Tapi aku tak tahulah perasaan cinta pada kau itu ada lagi pada dia selepas dia khawin dengan Anis.”
“Tak mungkin, Chad. Amran never falling in love with me again because he married. Aku……aku….” Aku masih hilang diksi. Chad tetap setia menunggu.
“Aku tahu apa perasaan kau terhadap Amran. Jangan menidakkan perasaan kau, Am. Itu bermakna kau seksa perasaan kau untuk mencintai dan dicintai. Aku….aku tak mampu untuk berkata apa-apa tentang kau dengan Amran. Korang sepatutnya selesaikan bersama.
Bukan senyap macam ni. Seorang ke utara dan seorang seorang lagi ke selatan. Selesaikan baik-baik. Masa di Kedah Amran setia tunggu kau katakan sesuatu. Masa dia menangis di pangkin tempoh hari bukan kerana sedih mengenang cerita cinta kau dengan Wan tetapi…. dia…dia… sedih sebab kau mencintai dan dicintai oleh orang lain dan bukannya dia.
Memang pada waktu itu dia nampak macam happy go lucky tapi kau….kau tak tahu sesuatu yang terpenjara dalam hati dia. Hati dia menangis kerana dalam masa beberapa tahun sahaja kau boleh berubah arah pada orang lain. Amran ialah lelaki yang setia dalam mencintai seseorang wanita. Dia sedih sangat masa itu. Masa hari perkhawinan dia, dia tercari-cari kau. Sebelum dia berjabat tangan dengan tok kadi aku lihat dia gelisah sangat.”
“Kau tahu sebab apa?” Aku gelengkan kepala.
“ Sebab dia sangka hidup dia akan jadi macam drama Bollywood. Kau akan datang tahan perkhawinan dia dan kau akan cakap Amran Hidayat, I love you. Tetapi itu hanya hayalan dia. Aku sebagai kawan dan sahabat rapat dia dan kau aku menangis seorang diri disamping Anis. Aku menangis sebab aku kesian sangat dengan Amran. Dia bagaikan hilang arah tujuan.
Dia tercari-cari orang yang dia sayang. Dia tak pernah berputus asa. Dia cari dan terus mencari. Apabila akad nikah selesai dia berjumpa aku. Aku lihat matanya merah seperti ada kesan tangisan. Aku cuba bertanya dan terus bertanya. Ya, jawapan dia tidak mengejutkan aku.
Dia sangat sedih. Apabila aku bertanya mengapa dia teruskan jugak perkhawinan ini. Amran berkata dia pun tidak tahu mengapa. Dia redha dengan jodoh yang Allah tetapkan buatnya walaupun hatinya mencintai orang lain. Dia akan cuba mencintai Anis Sofeya sepenuh hatinya.
Aku putuskan talian telefon itu selepas mendengar kata-kata terakhir Chad. Aku menangis teresak-esak keseorangan. Aini datang menghampiri aku. Aini memujuk aku. Dia terus memberikan kata-kata semangat pada aku. Seperti dia mengetahui apa yang telah Chad ceritakan pada aku sebentar tadi.
Pada waktu itu baru aku sedar dan tahu tentang keberadaan dirimu, Amran. Baru aku tahu, baru aku faham dan aku cuba mengerti tentang kamu. Diam-diam dirimu cuba meraih hatiku. Diam-diam juga aku telah jatuh hati padamu tetapi satu saat kita berpisah dan waktu itu kau tersedar cinta kau telah pergi.
Amran hanya persinggahan sementara untuk aku. Wan pula bagaikan pondok untuk aku berteduh sementara aku cuba mencari kekasih halal buat diri aku. Begitu sukar dan payah untuk kita mencari cinta kita. Kemana hilang erti cinta suci? Allahu, pimpinlah aku dalam mencari seseorang yang halal buat diri aku.
*******
“Syasya Airyscha Bt Mohd Asri, ibu dan ayah dah bersetuju untuk satukan kamu dengan Yol. Kedua-dua orang tua Yol dah setuju. Ibu perlukan jawapan Caca sekarang! Bukan besok, bukan lusa dan bukan nanti. Sekarang!” Tegas nada suara cikgu Arbaiyah, ibu kepada Chad.
“Alahai, guane ni?! Ibu panggil aku guna nama penuh ni. Susahnya permintaan ibu dengan ayah ni. Boleh ke aku tunaikan? Boleh ke aku jadi isteri dan ibu yang baik? Boleh ke aku jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan memberikan nafkah zahir dan batin? Ya Allah.”
Chad bermonolog sendirian. Chad berperang dengan hati sendiri. Baginya permintaa ibu dan ayahnya berat untuk Chad tunaikan. Jika dia diberikan pilihan antara berkhawin atau menjadi pengasuh Chad lebih sanggup memilih menjadi pengasuh.
Chad adalah seorang manusia yang aku kenali mempunyai perangainya sangat pelik. Dia bencikan budak kecil tetapi tidaklah sampai nak menyeksa. Pada Chad budak kecil banyak sangat kerenahnya dan sangat cerewet untuk dijaga.   
Ayahnya, cikgu Asri pula bersuara.Mengejutkan Chad seperti mengelamun dalam dunia sendirian. “Syasya Airyscha? Kamu dengar atau tidak permintaan ibu kamu tu?” Chad bungkam.
“Terlalu berat permintaan ibu dan ayah untuk Caca tunaikan. Maaf Caca tak dapat bagi jawapannya sekarang. Caca perlukan masa untuk berfikir. Berikan Caca 2 jam untuk berfikir segala kebaikan dan keburukannya. Caca harap ibu dapat berikan kerjasama.
Perkhawinan ini bukan main-main. Caca sangat perlukan kerjasama ibu dan ayah. Tolonglah faham Caca. Caca merayu sangat pada ibu dan ayah.” Kedua-dua orang tua Chad melahirkan kata-kata persetujuan melalui pandangan mata.
“Baiklah! Kami berikan kamu masa sehingga petang ini. Tepat pukul 5.30 ibu dan ayah mahukan kata putus daripada kamu. Jikalau tidak tindakan keras akan diambil. Jika permintaan ini ditolak pelbagai syarat yang Caca tidak jangka akan dibuat oleh ibu dan ayah. Tiada alasan untuk Caca mengelak.” Aduh! Macam mana ibu dengan ayah tahu aku akan cipta alasan yang paling unik untuk mengelak ni.
Susahnya kalau macam ni. Otak, tolonglah fikir sesuatu untuk aku selamatkan diri aku daripada Yol yang entah daripada planet mana. Yol mana pulak ni? Tak sanggup aku bersuamikan toyol. Nama pun pelik semacam je. Macam mana aku nak keluar daripada masalah ini?
Cikgu Arbaiyah bersuara kembali. “Untuk pengetahuan Caca ibu dah aturkan pertemuan Caca dengan Yol esok di hotel. Ibu pun dah telefon Am untuk teman Caca jumpa Yol. Am setuju dan ibu tak mahu dengar sebarang alasan lagi.”
Ya Allah, yang ini lagilah parahnya. Siap hendak temukan aku dengan mamat poyo tu. Macam mana ni? Haaa! Am. Chad menelefon aku untuk mendengar kepastian daripada aku. Aku terpaksa terima arahan cikgu Arbaiyah kerana ibu kepada Chad sudah mengugut aku. Itu yang menyebabkan aku kecut perut.
“Am, betul ke ibu call kau? Kenapa kau terima permintaan ibu tu? Kau sukakan aku sedih?” Jelas nada gelisah daripada suara Chad.
“Haaa! Waalaikumsalam. Best nampak call aku takda salam bagai. Macam polis pun ada soal aku macam-macam.” Ayat aku seperti memerli Chad tetapi Chad tetap diam. Sah! Mesti dia buat muka poyo dia.
“Kesah apa aku?! Ye, memang ada ciri-ciri polis sikit sebab ayah bekas polis sebelum jadi cikgu. Lain yang aku tanya lain yang kau jawab ni kenapa? Kau jangan mengada nak mengelak. Kang aku cabai mulut hang!” Aku ketawa. Nadanya seperti serius tetapi tetap lawak.
“Yela, maaf ye sayangku busuk. Aku terpaksa terima arahan ibu tu. Dah la siap ugut aku lagi kalau aku tak terima arahan dia. Cuak kot.” Chad mengeluh. Chad sangat benci jikalau ibunya sudah mula membuka agenda dengan mengugut supaya arahannya diterima.
“Haish! Mana aci ibu guna taktik macam ni. Ni mesti kes nak menang ni. Susahlah kalau macam gini.” Untuk kesian kalinya Chad mendengus bengang.
“Aci tak aci tu India kira. Sekarang ni apa sahaja masalah kau kena hadapi dengan tabah. Berikan ibu jawapan yang sememangnya luhur daripada hati kau. Kesian ibu, ibu nak sangat tengok kau naik pelamin. Tolong, jangan hampakan harapan seorang ibu.
Semua ibu dalam dunia ni mestilah nak yang terbaik buat anak mereka. Percaya pada qada’ dan qadar Allah. Percayalah bahawa Ameerol Amin Bin Abu Bakar adalah jodoh yang Allah utuskan buat diri kau. Istimewa buat kau…” Chad memotong percakapan aku.
What?! Ameerol Amin musuh aku tu?” Nadanya seperti sedikit menjerit. Aku tahu Chad terkejut kerana ibu tidak memberitahu perkara sebenar kepadanya.
Yup! Takkan ibu tak beritahu kau? Sekarang ni kau tak boleh musuhi dia lagi. Ingat dia bakal imam kau, bakal suami dan bakal ayah kepada anak-anak kau yang comel-comel nanti.” Aku sudah membayangkan betapa comelnya anak Chad.
No way! Dia takkan pernah ada dalam hati aku. Tidak akan sesekali.” Aku tersengih mendengar kata-kata Chad.
“Mungkin buat masa sekarang kau akan kata macam tu tapi apabila rumah tangga kau dah bahagia mana tahu kau boleh jatuh cinta pada dia. Bencilah dia seadanya dan sukailah dia seadanya. Jangan terlalu benci takut nanti jatuh cinta. Jangan terlalu suka takut nanti jatuh benci.
Jangan nafikan hati kau, Chad. Mulut kata lain tapi hati kata lain. Yang akan merana kau sendiri. Pepatah pernah mengatakan ikut hati mati. Itu kalau terlalu mengikut kata hati. Kadang-kadang kita perlu ikut kata hati. Ada yang baik dan ada juga yang jahat.
Ibarat macam kau berniaga. Kalau rugi itu salah kau. Kalau berjaya itu hasil titik peluh kau sendiri. Yang tidak berbezanya disini orang yang menjayakannya. Untung atau rugi tetap diri kau. Macam tu jugak kalau nak menilai perasaan kau buat Ameer.
Berikan sepenuh jiwa kau pada Dia. Allah pasti akan bantu. Percaya pada takdir dan lohmafuz Allah. Buat solat istikharah Chad. Buat masa ni kau setuju je dengan permintaan ibu tu. Ingat apa aku kata istikharah tu penting untuk tetapkan hati kau.” Panjang ceramah aku buat Chad.
Aku mahu dia membuat pilihan yang baik untuk diri dia. Aku mahu dia tahu untuk menilai mana satu kaca mana satu berlian. Aku tak mahu dia tanggung segala kekecewaannya nanti. Aku juga percaya akan hadir cinta buat Ameer dalam hati Chad.
“Kadang-kadang kita perlu ikut kata hati untuk menetapkan keputusan kita tetapi cubalah percaya bahawa takdir Allah sememangnya benar untuk kita”

No comments:

Post a Comment