Tiga bulan
telah berlalu, sejak daripada itu kami tidak pernah berjumpa lagi kerana
masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Aku gembira dengan kejayaan mereka.
Aneem, melanjutkan pelajaran jurusan psikologi dalam pangkat PHD di Universiti
Oxford. Sudah hampir satu semester Aneem menyambung pengajiannya di sana.
Aneem telah
menemui cinta sejatinya dengan seorang warganegara Jordan, Aritz Muayyad yang
menetap di England dan menuntut di universiti yang sama dengannya. Kisah cinta
mereka bermula dengan mereka asyik berlanggaran antara satu sama lain.
Perkhawinan
mereka bakal berlangsung tidak lama lagi. Alhamdulillah, Aneem bakal menjadi
isteri orang. Perkhawinan Aritz dan Aneem bakal belangsung di Morocco kerana
kedua-dua orang tua Aneem menetap di sana. Aku juga dijemput ke sana tetapi aku
tidak dapat hadir kerana kekangan jadual kerja yang sangat padat menghalang aku
daripada menghadiri majlis perkhawinan sahabat karib aku.
Feesya dan Ayya
pula dapat menyambung pelajaran mereka di negara yang terkenal dengan K-Pop,
Korea! Mereka tidak menyangka permohonan mereka diterima. Gembira tidak
terkata. Feesya menyambung pengajian dalam jurusan pengajian am dan Ayya pula
dalam jurusan kedoktoran.
Mereka berdua
seperti aku. Degil! Apabila berbicara berkaitan dengan jodoh. Kami akan
membatukan diri dan memekakkan telinga kerana bagi kami selagi impian kami
tidak tercapai jangan berharap kami akan berkhawin.
Syirah pula berjaya
menyambungkan pelajaran di negara matahari terbit, negara Jepun. Walaupun
Syirah berasa terkilan kerana permohonannya tidak diterima ke Korea tetapi dia
tetap bersyukur kerana dapat menyambung pelajarannya ke luar negara seperti
mana impiannya.
Alhamdulillah!
Mereka berjaya melakar masa hadapan mereka sendiri. Aku tumpang bangga dan
gembira dengan kejayaan yang mereka kecapi. Hanya aku yang masih terumbang
ambing dengan kehidupan aku.
Si misteri
pemberi bunga sudah memperkenalkan dirinya. Dia aku sangat kenali. Sungguh aku
tidak sangka gossip yang menular di deparment aku betul. Dia anak kepada
pemilik Hotel Permai, Encik Azif Arrayan. Dia berusaha mengajak aku keluar
dengannya.
Semua ajakannya
aku tolak. Aku tidak menyukainya dirinya lebih daripada seorang majikan. Aini
sejak akhir-akhir ini agak renggang hubungannya dengan aku. Aku juga tidak
mengetahui apa kesalahan yang aku lakukan terhadap dirinya.
Aini lebih suka
menyibukkan dirinya di kinik miliknya. Kami jarang berjumpa. Apabila aku sudah
tidur Aini baru pulang. Apabila aku bangun daripada tidur Aini sudah pergi ke
klinik miliknya. Aku sungguh tidak faham dengan apa yang berlaku pada Aini.
Anis Sofeya dan
Amran Hidayat sudah selamat diijabkabulkan selepas seminggu pernikahan Efa dan
Fazlee. Pada perkiraan yang sepatutnya Anis dan Amran dahulu melangsungkan
perkhawinan mereka tetapi Fazlee mengambil tindakan drastik dengan membuat
sesuatu diluar jangkaan Efa dan kami semua.
Dengan sikap Efa
yang sukar difahami, Fazlee sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghantar
orang merisik dan meminang Efa lebih awal daripada rancangan Efa dan Fazlee.
Hampir sebulan kami tidak ketemu dan selama itu Fazlee menjalankan komplotnya
bersama-sama kedua-dua ibu bapa Efa.
Efa mendapat
panggilan daripada abangnya. Doktor Zafri Fikri bahawa ibunya sakit tenat dan
ibunya sangat merindui Efa.
“Efa, I want
you go back home now!” Efa kebingungan
“Rumah mana?”
Doktor Zafri Fikri terpaksa menahan tawanya daripada meletus. Kadang-kadang
sikap LB (lembab berfikir a.k.a lurus bendul) adiknya itu sangat melampau.
“Balik rumah
ibu la sekarang! Ibu sakit tenat. Cepat!” Talian tersebut terputus. Efa
terkocoh-kocoh mengemas meja yang berselerak dengan fail-fail tugasan kerjanya.
Efa segera mengambil tas tangannya dan berlari ke lif.
Efa pulang ke
Seremban sehelai sepinggan. Kereta Viva miliknya dipandu laju pulang ke rumah
ibunya. Efa begitu bimbang dengan berita yang disampaikan oleh abangnya. Efa
terpaksa meredah kesesakan lalu lintas demi ibunya. Maklumlah, ketika Efa
keluar daripada pejabatnya waktu itu waktu puncak.
Setelah
berjam-jam meredah jammed, Efa
akhirnya sampai di rumah kedua-dua orang tuanya. Kelihatan abang Efa
menunggunya di pintu pagar rumah. Sekitar rumahnya dipenuhi kanopi dan ramai
jiran-jirannya sedang sibuk memasak.
Mata Efa lebih
tertumpu pada abangnya. Matanya meliar cuba mencari susuk tubuh ibu
kesayangannya. Harapannya hampa ibu tidak kelihatan. Efa hampir ke arah
abangnya.
“Abang…” sendu-sendu Efa memanggil abangnya. Puas Efa menangis
sepanjang perjalanannya ke Seremban. Abang Efa menghadiahkan sebuah senyuman
kepada Efa.
“Ya, sayang.
Jangan nangis. Masuk dalam pergi jumpa ibu.” Zafri Fikri seorang abang yang
terlalu menyayangi adiknya. Dia terlalu prihatin tentang kebajikan adiknya.
Zafri Fikri
mengikut langkah adiknya ke bilik ibu yang terletak bersebelahan dengan
biliknya. Tangisan adiknya tidak pernah putus sejak sampai ke Seremban. Rasa
kasihan mula menular dalam diri. Tetapi apa yang dilakukannya demi kebaikan
adik bongsu kesayangannya.
Efa bagaikan terpanar
seketika tatkala melihat bilik tidur kesukaanya dihias dengan begitu cantik dan
tampak mewah. Persoalan demi persoalan mula menjengah ke benak otakknya. Abang
Zaf menarik tangan Efa masuk ke dalam bilik.
Efa membiarkan
apa sahaja yang dilakukan oleh jurusolek itu. Efa terdengar bunyi suara yang
sangat dikenalinya. Ibu! Efa mendapatkan ibunya dan mendakap seerat yang
mungkin. Ibu berdehem tanda minta dilepaskan.
Riak wajah ibu
sungguh tegas ketika itu. Aku pandang tajam mata ibu. “Dalam masa 2 jam sahaja
lagi kamu bakal menjadi seorang isteri
kepada seorang lelaki pilihan ibu dan ayah. No objection! That’s all for
today.”
Efa terkejut
melihat keadaan ibunya yang sihat walafiat sahaja. Keadaan ibu sangat berlainan
dengan berita yang disampaikan oleh abangnya. Efa sanggup berkorban apa sahaja
demi menggembirakan hati tua kesayangannya.
Ohhhhhhhhhhh!
Dunia! Pada saat dan ketika itu Efa rasa macam nak seru wad Tanjung Rambutan
sahaja. Efa buntu. Efa mempunyai pilihan hati sendiri tetapi Efa tidak pernah suarakan
kepada ibu dan ayahnya. “Ya Allah, alangkah bagusnya jikalau Fazlee ada bersama
Efa sekarang dan dapat selamatkan keadaan Efa yang tersepit antara pilihan ibu
dan pilihan Efa.” Puas Efa berdoa meminta pertolongan daripada Allah.
Mahu atau tidak
Efa terpaksa menerima sahaja hakikat yang sebenar Efa bakal menjadi isteri
orang pada hari itu. Efa percaya pada takdir Allah. Lohmahfuz kita sudah
terletak di tangan Allah. Efa cuba terimanya dengan redha.
Demi kebaikan
ibu bapanya dan keluarganya Efa terpaksa menerima sahaja. Efa cuba menyorokkan
hatinya yang sedang dirundung lara. Efa sendiri tidak mengetahui siapakah
pasangan hidupnya. Efa tertanya-tanya seorang diri tentang pasangannya. Mahu
bertanya kepada abang Zaf, Efa malu.
Fazlee Sufian,
bijak mengatur rancangan dalam menjayakan misinya. Misinya dalam menguji cinta
Efa terhadap dirinya. Hati Efa terluka kerana kehendak ibunya melebihi daripada
kemampuan Efa. Demi ibunya Efa sanggup mengorbankan seluruh kehidupannya.
Dengan sekali
lafaz Efah Insyirah Bt Ahmad Zaki sah menjadi milik Fazlee Sufian Bt Badra Isa.
Ucapan Alhamdulillah yang keluar daripada mulut Fazlee tatkala Efa sah menjadi
miliknya. Efa setia menanti gerangan suaminya.
Efa tidak
pernah putus berdoa semoga pilihan ibunya itu menjadi jodoh yang terbaik buat
dirinya. Fazlee mula mengatur langkah ke bilik Efa. Semakin maju kaki si suami
itu Efa semakin berdebar-debar.
Efa tidak
mengangkat wajahnya tatkala suaminya menyarungkan cincin di jari manis
miliknya. Ada satu suara yang berbisik di telinganya. Efa cuba mentafsir dengan
lebih jelas lagi.
“Kalau dahulu
Ombak Rindu, Izzah diciptakan untuk Harris. Tetapi sekarang ini masih cerita kita
dan tidak salah jikalau untuk saat ini Fazlee Sufian diciptakan untuk Efah
Insyirah.” Efa sangat mengenali suara itu. Efa mengangkat mukanya.
Efa terjerit
kecil dan terpeluk Fazlee. Efa benar-benar terkejut. Efa bagaikan dalam dunia
hayalan. Efa tidak menyangka bahawa Fazlee yang menjadi suami merangkap imam
buat dirinya. Dalam diam Efa cuba mentafsir kata-kata Fazlee buat dirinya.
Efa tidak
menyangka bahawa Fazlee Sufian ialah pilihan ibu buat dirinya. Efa sangat
bersyukur dan redha dengan jodoh pilihan kedua-dua orang tuanya.
Lensa kamera
semakin gamat memancarkan cahaya mengambi gambar mereka. Fazlee terpanar dengan
tindakan refleksi isterinya. “Fa, kalau excited sangat pun janganlah
macam ini. Malu tahu! ramai orang dekat sini nyaris tok kadi sahaja takda.
Sudahlah Efa tak sanggup abang nak tanggung malu ini.” Efa melepaskan pelukan itu dengan pantas.
Efa, kalau
sudah gelabah pelbagai perkara bakal terjadi yang Efa sendiri tidak
sangkakan. Efa termalu sendiri dan mencuba
cover line kembali kesilapannya. Fazlee hanya tersenyum dan
menggelengkan kepalanya. Abang Zaf hanya mampu ketawa seorang diri melihat
keletah adiknya. Di dalam hatinya meruntun kesedihan.
Sudah sekian
lama Efah Insyirah dalam jagaannya. Sekarang Efa bukan miliknya lagi. Efa sudah
sah menjadi milik Fazlee Sufian. Sudah terlepas tanggungjawab yang dipikul
selama 25 tahun dalam menjaga adik kesayangannya itu.
Efa benar-benar
tidak mengetahui rancangan komplot ahli keluarganya bersama-sama dengan Fazlee
dan keluarganya. Terlalu ketat mereka menjaga rahsia itu. Tetapi Efa tabik
dengan lakonan ibunya. Untuk kali yang pertama, ibu membawa watak yang sangat
serius sampai Efa pun takut untuk membantah.
Efa bersyukur
ke hadrat ilahi kerana Allah masih memberikannya peluang untuk hidup dengan
insan yang disayanginya hingga hujung nyawa. Cerita cinta Efa dan Fazlee salah
satu cerita yang mempunyai moment yang menarik.
“Kisah demi
kisah, cerita demi cerita tetapi aku tetap keseorang kerana aku percaya Allah
sedang mencarikan aku jodoh yang terbaik. Cuma aku tidak berpeluang menemuinya
lagi.”
No comments:
Post a Comment