Translate Language

Saturday, 18 October 2014

Bab 14- Pertama Kali Cinta #PKC


BAB 14
Aku sedar akan kesilapan aku pada kakak. Aku tidak mengendahkan nasihat yang kakak berikan pada aku. Kemaafan yang aku ingin pinta darinya. Aku pergi ke dapur untuk bertemu kakak memohon kemaafan atas kesilapan yang aku lakukan padanya.
“Kakak…” Aku memanggil kakak yang sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk yang bertimbun di dalam singki.
“Ya, adik hendak makan ke? Bawah tudung saji itu semua kakak dan sediakan.” Kakak memalingkan tubuhnya dan memberikan aku sebuah senyuman.
Aku memeluk tubuh kakak daripada belakang. Aku dapat merasakan kehadiran umi disitu seperti melihat kami berdua beradik. Kakak melepaskan pelukan itu dan memegang kedua-dua tangan aku.
“Kenapa ini, Am? Adik ada apa-apa masalah ke? Mahu bantuan daripada kakak?” Kedengaran seperti tegas tetapi tegurannya secara halus.
“Kakak, Am nak minta maaf dengan kakak. Am tahu kelakuan Am agak melampau. Maafkan segala kesilapan yang Am telah lakukan terhadap kakak.” Aku hanya memandang kosong lantai marmar.
“Am, adik dan along tetap adik kakak sampai bila-bila. Dia mempunyai pelbagai panggilan tetapi dia hanya seorang. Kakak tahu adik sedih. Kakak hanya mampu memberikan kata-kata nasihat untuk adik. Cubalah tabah setabah isteri-isteri Rasullah. Kakak tahu adik manusia yang tabah. Adik orang paling kuat yang pernah kakak temui.
Jikalau dahulu adik boleh bangun daripada kelukaan yang adik hadapi maka dengan ini kakak secara rasminya sudah ketahui bahawa adik kakak seorang yang sangat tabah dan penyabar. Kalau dahulu adik boleh tepis rasa kesedihan dan kelukaan yang adik terpaksa harungi disebabkan, Hazwan Safwan itu bermakna adik kuat.” Kakak tersenyum sinis. Ya! Aku faham maksud itu.
“Kakak, Am bukan mahu belakangkan kakak pasal cerita sedih ini. Am tahu kakak agak terkilan kerana Am tak ceritakan pada kakak tentang kisah benar yang berlaku dalam keluarga kita dan telah melukakan hati banyak pihak. Sekali lagi Am minta maaf.” Aku tahu itu khilaf aku. Kakak bukan mahu menyibuk hal hidupku tetapi kakak seorang kakak yang prihatin.
“Kakak selalu maafkan setiap kesilapan yang adik lakukan.” Kakak hadiahkan aku senyuman tanda kakak memahami keadaan diri aku.
“Ohh. Terima kasih kakak. Senanglah kalau Am buat silap saja minta maaf dijamin kakak akan berikan kemaafan. Bolehlah buat silap tiap-tiap hari.” Kakak sudah mula menarik muka bengang. Aku ketawa melihat reaksi kakak.
“Macam ayat adik pernah bagi pada kakak dahulu aku bisa memaafkan dia tetapi untuk aku melupakan dia dan peristiwa yang kami telah lalui aku tak mampu. Macam itu juga kakak.” Jerangkap samar sudah mengena. Kakak memang suka menyindir aku secara halus tetapi aku tidak pernah mengambil hati dengan kakak.
“Kakak……” Aku mula mengeluarkan suara yang boleh dikira begitu manja.
“Ya adik. You have any problem?” Kakak seorang yang sangat prihatin terhadap adiknya. Itulah kelebihan yang kaka perolehi.
“Am nak kakak temankan Am esok. Boleh?” Kakak mengelap tangannya yang basah pada kain tuala yang disediakan di tepi singki.
“Pergi mana?” Kakak membuka peti sejuk membawa keluar air untuk diminum.
“Ala ikut saja jangan banyak soal. Kakak Am inikan comel.” Aku mula membuat reaksi meminta belas kasihan daripadanya.
Kakak mengambil tangan kiri aku dan meletakkan satu sampul surat yang sangat aku kenali. Aku agak terkejut dan aku ambil sampul itu daripada kakak.
“Kakak…..” Aku tiada lagi air mata untuk dititiskan. Aku sudah penat dan puas menangis. “Ya Allah, mengapa begitu berat ujian yang kau berikan padaku.”
“Carilah waktu yang tepat untuk merenung kembali setiap perbuatan baik dan jahat yang telah dilakukan. Pada kakak inilah masa yang sesuai buat adik untuk keluar daripada kancah percintaan yang membuatkan setiap isi kehidupan adik terseksa. Kakak tahu Amnie Halifi seorang perempuan yang tabah. Amnie Halifi, yang kakak kenali dahulu bukanlah Amnie Halifi yang sekarang.
Amnie Halifi yang dahulu seorang yang suka main-main dalam segenap aspek. Hanya serius apabila marah sahaja. Amnie Halifi yang sekarang adalah Amnie Halifi yang tabah, kuat dan seorang yang sangat penyabar. Dia seorang yang kuat kerana setiap masa lampau yang dia lalui dia ambil secara positif.” Aku tak mampu berkata apa.
Kakak juga hebat dalam berkata-kata kerana kakak bakal menjadi pakar bahasa. Itu yang aku tidak mampu berlawan dengan kakak. Kakak seorang yang hebat dalam mengarang sesuatu ayat.
“Kakak jumpa kad jemputan ini di atas meje solek Am ke?” Aku lihat kakak hanya tersengih tanda dia tahu akan kesilapannya.
“Adik masa lampau itu mengajar kita erti sebuah kehidupan yang sebenar-benarnya. Cubalah hadapi dengan setabah yang mungkin. Jika pada zaman dahulu isteri-isteri sahabat Rasullah boleh hadapi setiap ujian hidup mereka dengan tabah maka adik pun boleh lakukannya.
Lupakan segala masa lalu. Bukalah sebuah buku yang baru dan corakkan setiap jalan kehidupan adik disitu. InshaAllah! Allah akan selalu membantu adik dikala adik dalam kesusahan. Kakak dengan abah akan selalu ada disamping adik dan kami akan selalu menyokong adik.” Kata-kata itu yang membuatkan aku menjadi seorang insan yang semakin bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
“InshaAllah kakak, Am akan cuba sedaya upaya yang boleh demi Am dan orang sekeliling yang sayangkan Am.” Kakak hanya menganggukkan kepala tanda memahami
“Tutup kes! Esok kakak teman adik pergi majlis itu. Sebenarnya abah pun ada dapat jemputan itu tapi abah pun tak sangka yang adik pun akan dapat kad jemputan ke majlis resepsi Syafiq Hazwan. Kuatkan diri dan hati adik dan cuba belajar untuk redha.” Kakak meneruskan kerja mengemas dapur yang berkecah akibat kenduri pada siang tadi.
Kaki aku melangkah ke dalam bilik. Terasa berat sekali. Aku menghempaskan tubuh aku di atas katil. Sesekali terdengar bunyi spring tilam itu berbunyi. Sudah agak usang katil milik aku. Sudah lama aku tidak menukar katil baru di bilik ini.
Aku tolak pintu almari pakaian aku. Perlahan-lahan aku ambil album gambar yang disusun rapi di dalam almari usang itu. Aku meniup habuk yang melekat pada album yang menjadi kenangan ngeri dalam kehidupan aku. Aku buka helaian pertama album dan perlahan-lahan tangan milik aku bergerak membuka helaian seterusnya.
Detik kegembiraan teserlah ketika itu. Aku lihat wajah umi indah dan bahagia mengukir senyum kerana anak kesayangannya hidup dalam kebahagiaan. Wajah Syafiq Hazwan tersenyum bergambar dengan aku dan kakak. Ya! Semuanya telah tinggal kenangan.
Air mata aku kembali menitis di pipi. Aku memeluk erat album gambar yang mempunyai pelbagai kenangan indah dan kenangan perit suka duka dalam kehidupan aku. Aku akhirnya terlelap dalam tangisan sambil memeluk erat album. Waktu terus berdetik dan berdetik tanpa henti. Kemunculan hari itu aku tunggu dengan penuh sabar.

“Tangisan bukanlah pengubat untuk segala masalah hanya kekuatan jiwa yang boleh memberikan semangat untuk kita teruskan perjuangan kita dalam membina sebuah kehidupan” 

No comments:

Post a Comment