Lamunan aku
terhenti tatkala Ameer memanggil aku. “Ish! Kau ini kenapa Am? Rindukan pujaan
hati kau tu ke? Beraninya Ray bagitahu perasaannya pada kau di khalayak ramai. I’m
salute him! Kau tak pelik ke dia tahu pasal Wan?” Ya! Benar kata Ameer. Aku
juga tertanya-tanya seorang diri daripada tadi.
“Entahlah!
Aku…” Aku mengeluh lagi.
Ameer membidas
kata-kata aku. “Aku apa? Aku sebenarnya keliru? Kau mahu katakan itu?” Terjahan
Ameer sememangnya keluar daripada landasan yang sebenarnya.
“Salah sama
sekali apa yang kau katakan itu. Aku…aku sebenarnya tak boleh terima kehadiran
cinta baru dalam dunia aku. Memang aku tak boleh nafikan Encik Azif cintakan
aku tetapi aku tak boleh cintakan dia. Aku dah penat. Penat sangat untuk
fikirkan pasal CINTA.” Kebenaran sudah terungkap olehku.
Chad datang
mendekati kami. “Am, kau okey? Ke kau masih terkejut dengan tindakan Ray?
Oppsss… salah Encik Azif Arrayan kau.”
“Aku okey sahaja.
Encik Azif sahaja yang tak okey. Sakit mental agaknya. Ameer dia tu kawan kau
ke?” Aku bertanya untuk kepastian.
“Yalah. Kawan rapat
sangat-sangat. Rahsia aku semua dalam kocek dia. Sungguh Am aku memang tak tahu
kaulah Amnie Halifi yang dia cintai sejak 3 tahun dahulu. Sekarang kau just cool.
Ray dah balik tadi.” Okey! Aku faham ini sudah terlebih rapat perhubungan
mereka sebab rahsia Ameer ada dalam kocek Encik Azif.
“Oh! Ini rapat
gila. Maknanya kau tahulah segala-galanya pasal Amnie Halifi yang dia cintakan
itu? Banyak ke cerita pasal aku yang dia cerita pada kau?” Hati aku kembali
bengkak. Chad yang duduk disebelah Ameer hanya mampu ketawa melihat memek muka
aku yang agak menyampah baginya.
“ Bukan kau ke
Amnie Halifi tu? Banyak jugalah aku simpan cerita pasal kau dalam masa 3 tahun
ini. Macam-macam Ray cerita pasal kau. Nak tak nak aku kena tadah saja telinga mendengar
cerita Ray. Ray kata kau masa mula-mula kerja dahulu muka bapaklah kerek dan
sombong semacam. Rasa gerun nak bertegur dengan kau. Tetapi Ray cuba
macam-macam perkara untuk merapatkan hubungannya dengan kau.
Ray ikut sahaja
gerak kau. Kau inikan jenis apabila kata kau ‘A’ mesti ‘A’. Ray pun buatlah keras macam kau walaupun
sebenarnya Ray ini sempoi sahaja orangnya. Ray kata kau nampak cantik walaupun
muka sombong. Lagi kau marah lagi Ray suka. Ray seorang lelaki yang sukakan
cabaran. Cuma sejak akhir-akhir ini dia berani hantar bunga dekat kau sebab Ray
bagitahu aku memang Ray cinta kau sampai mati.” Kata-kata Ameer tergantung
disitu.
Aku merasakan
sesuatu yang agak berbeza dengan perasaan aku. Perkataan ‘mati’ yang diucapkan
oleh Ameer daripada Ray membuatkan jantung aku seperti berdetak lebih kencang. “Ya
Allah mengapa hidup aku terlalu rumit? Biarkanlah Encik Azif cuba meniti
bahagia dengan Aini. Tolonglah aku Ya Allah.”
“Am, aku tahu
kau susah untuk lupakan Wan. Aku tak mahu Ray beribu sesalan seperti Amran. Tolonglah
Am. Kau fikirlah sehabis baik yang mungkin. Aku dengan Ameer sebagai sahabat
kau selalu mengharapkan yang terbaik dalam hidup kau. Kau selalu tolong sahabat-sahabat
kau tetapi diri kau dan kehidupan kau sering tunggang langgang.
Kau gembirakan
orang lain tetapi diri kau sering diselubungi kesedihan. Sudah lama kisah kau
berlalu, Am. Kami mahukan kau yang dulu, Am bukan yang sekarang. Aku hilang Am,
yang happy go lucky. Aku hilang Am, yang suka beri nasihat dalam nada
keras tetapi mengusik jiwa dan membuatkan orang sering terfikir bersendirian
kata-kata kau.
Terimalah Ray
dalam hidup kau. Mungkin dia jodoh yang Allah tentukan untuk kau. Tolonglah, Am
kau lakukan demi kami dan orang-orang lain yang mahu lihat kau hidup dalam gembira
terutama sekali umi,abah dan kak Leya. Abang juga mahu lihat Am berubahkan?”
Chad bertanya kepada Ameer. Aku lihat daripada jauh abah melambai ke arah aku.
Aku hanya tersenyum untuk membalas lambaiannya.
“Scha, kenapa
abang tak tahu yang Amran sukakan Am? Kenapa Scha tak bagi tahu abang?
Sampainya hati sayang.” Mereka cuba membina bahagia. Aku gembira dengan
perkembangan mereka walaupun aku berasa sangat sedih melihat kegembiraan yang
mereka cuba bina.
“Dah sampai pun
hati Scha dekat abang. Maaflah abang ini rahsia kami bertiga. Baru hari ini
abang berkesempatan untuk mengetahui semuanya. Rahsia tentang Amran cintakan
Am, Scha simpan sejak daripada tingkatan 4. Maafkan Scha, abang.” Ameer
mengangguk tanda Ameer mengerti keadaan kami.
“Fikirlah yang
terbaik, Am untuk diri kau.Aku tak sangka dalam kesombongan kau itu ramai
peminat kau. Setahu aku kau bukanlah jenis peramah sangat. Ada insan yang setia
mencintai kau tetapi kau tetap mengejar manusia yang hampir menghancurkan
seluruh kehidupan kau. Amran cintakan kau begitu juga dengan Ray.” Perbualan
kami mati disitu sahaja. Aku terpaksa pulang kerana ada hal kecemasan berlaku
di dapur hotel.
*******
Tidak lama selepas perkhawinan Ameer dan Scha
aku menerima panggilan telefon daripada Wan. Wan mahu bertemu dengan aku kerana
Wan mahu mengatakan kepada aku sesuatu perkara yang penting.
Aku menyetujui
sahaja kemahuannya. Aku sendiri keliru dengan tindakan yang aku lakukan.
Perilaku aku telah mendahului pemikiran aku. Perasaan rindu terhadap Wan mula
membelenggu diri tetapi aku cuba menafikannya. Aku tidak sanggup lagi untuk
hadapinya seorang diri sekali lagi.
Daripada jauh
aku melihat Wan sedang menantikan kehadiran aku di sebuah meja. Aku tetap
memberikannya sebuah senyuman walaupun ianya plastik. Aku terasa kesakitannya
tatkala melihat wajah Wan. Aku kurang pasti mengapa ianya terjadi. Mungkin luka
itu terlalu dalam.
Wan setia
menunggu aku duduk di kerusi yang ditariknya untuk aku. Aku menarik kerusi lain
untuk duduk. Mahu atau tidak Wan terpaksa menanggung malu yang Wan ciptakannya
sendiri. Aku mula bersuara.
“Hal apa yang
penting sangat yang Wan hendak beritahu pada Am? Boleh kita cepatkan sikit
perjumpaan kita ini kerana Am masih banyak lagi kerja daripada berjumpa dengan
Wan.” Nada suara aku agak keras. Mahu atau tidak Wan terpaksa terima itulah
nada aku sekarang untuk dirinya.
Aku tetap mahu
mempercepatkan pertemuan ini walaupun aku sebenarnya bercuti pada hari ini
hanya untuk berjumpa dengan Wan. Mungkin Wan faham bahawa aku sudah mula
memupuk diri aku untuk membencinya. Wan tidak perlu mengetahui apa-apa tentang
aku.
Aku tidak
pernah membencinya walau pada hakikatnya aku kelihatan kasar dengannya tetapi
jauh di lubuk hati aku, aku masih dan tetap akan cintakan Wan. Susah untuk aku
lupakan kenangan itu walaupun aku sudah cuba. Wan masih senyap tiada suara yang
aku dengari keluar daripada bibirnya.
Wan tetap setia
menatap wajah aku seperti melepaskan segala kerinduannya terhadap diri aku. Aku
gelisah melihat pandangan tajamnya pada mata aku. Aku genggam kuat sapu tangan
milik Wan yang pernah Wan berikan kepada aku di bawah meja. Mungkin Wan perasan
mata aku mentafsir segala-gala cintaku buat dirinya.
Wan menyerahkan
satu sampul surat dan satu nota lekat pada sampul surat itu. Setelah aku
menerima sampul surat itu, Wan berlalu pergi tanpa jawapan untuk soalan yang
aku ajukan padanya. Aku tatap nota lekat yang Wan berikan pada aku.
Sungguh aku tidak
sangka Wan masih ingat akan tabiat aku yang suka menulis pada nota lekat. Di
atas meja aku lihat ada segelas air kegemaran aku. Wan juga seperti aku. Wan
mungkin tidak dapat lupakan aku. Begitu kuat ujian Allah ke atas cinta kami.
“Tetapi mengapa
Wan lakukan begitu terhadap aku?” Aku biarkan sahaja persoalan itu tidak ada
jawapannya. Aku membaca nota lekat yang Wan berikan pada aku. Wan meminta
permohonan maaf daripada aku atas kesalahan yang Wan lakukan terhadap diriku.
Aku tersenyum sendiri membaca nota lekat yang Wan berikan pada aku. Begitu
banyak memek muka yang dilukiskan pada nota itu. Comel!
Ya! Aku memang
boleh maafkan dirinya tetapi untuk lupakan semua kenangan yang membuatkan aku
terlalu sakit itu aku tak mampu lakukannya. “Maafkan Am, Wan. Am tak boleh
tunaikan permintaan Wan.”
Aku membawa
keluar kad daripada sampul surat yang diberikan oleh Wan. Luluh hati aku
tatkala aku melihat pada kad itu. Hati aku kembali menangis. Air mata aku
kembali berjurai pada pipi apabila melihat kad jemputan ke perkhawinannya.
Ya Allah,
dugaan apakah ini? Syahdunya hati aku membaca kad bait-bait kata yang tertera
pada kad yang Wan serahkan pada aku. Hati ini berasa serba salah.
Walimatulurus
Dengan izin
Alah SWT ke atas hamba-Nya
yang merancang,
kami
Haji Ahmad
Khalid Bin Mohd Salleh & Hajjah Zainab Binti
Jamaluddin
Sejambak bunga
setepak sirih dihulurkan dengan
kehadiran
Dato’/ Datin / Tuan /Puan
/ Encik / Cik
……………………………………
Seisi keluarga ke majlis perkhawinan
anakanda putera
kami yang dikasihi…..
Syafiq Hazwan
Bin Ahmad Khalid
Disatukan
dengan……
Bacaan aku
terhenti disitu sahaja. Memang sah Wan akan melangsungkan perkhawinannya sekali
lagi. Mungkin dengan pilihan ibunya yang lebih baik daripada bekas isterinya
yang ditangkap khalwat dahulu.
Sungguh aku
katakan aku masih mengharapkan Wan berada di sisi aku sepanjang hidup aku
tetapi harapan hanya tinggal harapan. Aku tidak mungkin akan menggapainya.
Daripada jauh aku masih tercari-cari susuk tubuh Wan.
Aku melihat
dari jauh Wan begitu berat untuk meninggalkan aku. Kakinya melangkah perlahan.
Kelihatan seperti Wan mahu melihat aku buat kali terakhir sebelum Wan hidup
bahagia bersama pasangan pilihan ibunya.
Aku berlari
keluar daripada restoran dan aku terus memandu tanpa arah tujuan. Aku sendiri
tidak ketahui destinasi manakah yang ingin aku tujui untuk menenangkan hati aku
yang sedang lara. Untuk kali keduanya, Wan melukai hati aku.
“Umi, bilakah
along dapat mengapai bahagia. Alangkah gembiranya aku jikalau kakak Leya ada
disisi aku. Akak tolong along hapuskan Wan daripada hidup along. Ya Allah
indahnya hidup aku jikalau engkau melupakan ingatan aku. Aku akan hidup bahagia
semungkin yang aku mampu tanpa kenangan yang menyakitkan aku.”
Puas aku setiap
kali solat aku pasti akan berteleku lama di tikar sejadah memohon doa daripada
Allah. Begitu banyak juraian air mata aku hamburkan kepada Rabb. Semoga segala
doaku dimakbulkan oleh Allah. “Permudahkan segala urusanku, Ya Rabb.”
Daripada Kuala
Lumpur aku memandu kereta tanpa tujuan. Yang aku tahu aku mahu sebuah tempat
yang boleh menenangkan pemikiran aku. Apabila aku sedar aku sudah berada di
sebuah pantai di Kuantan.
Tempatnya sangat
tenang dan damai. Aku berasa begitu selesa apabila terkena bayu laut disitu.
Hati aku begitu tenang apabila berada di pantai tersebut. Aku terasa puas dan
terus-terusan menikmati ketenangan disitu.
Seorang lelaki
menyapa aku ketika aku sedang leka menikmati keindahan alam semulajadi. Aku
sangat kenali suara itu. Aku toleh ke belakang untuk melihat gerangan siapakah
yang menyapa aku. Hati aku gundah gulana. “Ya Allah mengapa dia perlu hadir
pada waktu, saat dan ketika aku begini?”
Gerangan
dirinya akan hadir apabila kesedihan mula melanda diri aku. Aku juga kurang
faham mengapa dia perlu ada pada setia situasi dalam kehidupan aku. Encik Azif
Arrayan hadirmu bukanlah memberi kebahagian malah hadirmu menyesakkan benak
otakku.
“Am…… saya
tetap tak boleh terima orang lain dalam kehidupan saya selain awak. Tolonglah
faham saya, Am. Saya terlalu cintakan awak.” Kaki lincah aku bermain dengan
pasir di pantai yang aku kunjungi.
“Cintailah
orang yang diaturkan oleh Allah untuk diri encik sendiri. Tak perlulah encik
bazirkan segala cinta encik untuk saya. Maafkan saya walaupun saya mengetahui
encik adalah orang yang begitu sempurna pada semua mata manusia tetapi bukan
pada mata saya. Aini Fasihah orang yang terbaik untuk terima cinta encik.
Saya bukan
memaksa encik untuk mencintai Aini tetapi bukalah mata hati dan mata encik
sendiri sebesar-besar yang mungkin untuk melihat segla kesempurnaan yang ada
pada diri Aini. Sememangnya semua manusia dalam dunia ini tidak sempurna tetapi
gunakanlah setiap ketidak sempurnaan Aini itu untuk encik cuba mencintai dia.
Saya rasa encik sudah faham kesemuanya.
Dan satu lagi
saya minta jangan campur urusan hidup saya tidak kira 10 tahu lepas, sekarang
mahupun yang akan datang. Saya tak suka. Saya tahu encik begitu bijak dalam menilai
yang mana intan dan yang mana kaca.” Aku sudahi kata-kata aku disitu dan
tiba-tiba telefon bimbit aku menjerit minta diangkat.
Abah menelefon
aku memberitahu yang umi rebah di bilik air dan sekarang umi masih lagi dalam
keadaan tidak sedarkan diri. Umi dirawat di Hospital Besar Kuala Lipis. Abah
menyuruh aku pulang sesegera yang mungkin kerana sebelum umi rebah di bilik air
umi ada meminta abah menelefon aku menyuruh aku pulang kerana umi rindu dengan
aku.
Untuk kesekian
kalinya, air mata aku bertakung pada tubir mata aku. “Rabb, dugaan apakah yang
engkau berikan pada aku di saat aku masih mencari-cari ketenangan. Berikanlah
aku kekuatan untuk hadapi semua dugaan ini. Aku tahu aku tabah dan kuat untuk
menangani semua cubaan-Mu.” Hati ini berdoa sendiri meminta diberikan kekuatan.
“Kehilanganmu sungguh berat bagiku
Hampa hidupku terasa tanpa
kamu”
*Kangen Band-Kehilanganmu Berat Bagiku
No comments:
Post a Comment