Translate Language

Saturday, 18 October 2014

Bab 15- Pertama Kali Cinta #PKC


BAB 15
Tatkala azan Subuh mula berkumandang aku bangun dan bersihkan diri ini untuk bersujud kepada Allah. Hanya satu yang mahu aku pinta redhakanlah setiap apa yang terjadi dalam hidup aku dan permudahkanlah urusan aku. Tidak ada guna lagi aku bazirkan air mata aku untuk seorang lelaki ianya sungguh sia-sia.
Sungguh aku rasakan berat aku rasakan berat kaki aku melangkah. Demi maruah diri yang aku harus kembalikan aku cuba gagahkan jua diri ini. Atas nama Allah dan perjuangan demi umi aku cuba untuk menjadi manusia yang gigih menepis segala tomahan yang diletakkan diatas bahu aku.
Air mata yang menitis di pipiku aku lap dengan kasar. Disisi aku yang setia menemani aku ke majlis resepsi Wan bersama isterinya kakak, Chad dan Aini. Mereka tahu aku tidak kuat untuk melangkahkan kaki ke majlis itu. Walaupun ditegah berkali-kali oleh abah aku tetap datang ke majlis resepsi Wan.
Daripada jauh kelihatan ada sepasang mata sedang memerhati aku daripada jauh. Aku membiarkan dia melihat aku sepuas-puas yang mungkin untuk kali terakhir. Selesai makan aku gagahkan diri ini untuk berjumpa dengan makngah iaitu ibu kepada Wan. Begitu erat makngah memeluk aku mungkin tanda permohonan maafnya buat diri aku.
Aku pergi bersalam dengan pasangan pengantin yang kelihatan sepadan dan secocok bagi orang awam yang tidak mengetahui hal sebenar. Mereka hanya melihat luaran sahaja tanpa mengetahui dalaman yang sebenarnya. Aku bersalam dengan isteri Syafiq Hazwan sambil mata aku memandang tepat ke arah matanya.
Wan hanya mampu tunduk tatkala pandangan mata kami bertaut. Aku mahu tunjuk dan buktikan pada seorang insan yang bernama Syafiq Hazwan aku mampu berdiri dan membina hidup baru tanpa kasih sayang daripada dirinya. Aku cuba sedaya upaya menyemai sendiri benih kekuatan itu sendiri.
Chad dan Aini tidak pernah putus berharap. Mereka berdua dan kakak setia menyalurkan semangat untuk aku terus-menerus membuktikan pada Wan yang aku pun boleh membina sebuah kehidupan yang baru tanpa dirinya. Aku sangat berterima kasih atas kesudian mereka menemani aku dan memberikan kata-kata semangat.
“Tahniah Syafiq Hazwan dan……” Kata-kata aku terhenti disitu.
“Dhia Delisya. Boleh panggil Dhia. Dan awak?” Sebuah senyuman manis yang diberikan buat aku.
“Begitu indah nama Dhia seindah orangnya. Saya Amnie Halifi Ahmad Harith. Selamat berkenalan. boleh panggil saya Am ataupun along. Bergantung pada Dhia.” Aku lihat Dhia hanya terangguk-angguk tanda memahami. Dihujungnya seperti menayangkan muka yang agak tidak menyenangkan.
“Tahniah atas perkhawinan Dhia dan Wan. Semoga berbahagia hingga jannah dan mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah. Am doakan Dhia dan Hazwan bahagia.” Ucapan aku terhenti disitu kelihatan Dhia seperti mahu aku pulang secepat yang mungkin.
Ya! ,Dhia Delisya aku tahu segala apa yang lakukan sebentar tadi hanyalah plastik. Lakonan semata-mata di hadapan Syafiq Hazwan untuk membuktikan kau boleh melayan dan berbaik dengan semua kaum kerabat kami. Sejauh mana aku lari walaupun kehujung dunia pasti akan diketahui oleh Wan.
Itulah manusia ada sahaja yang tidak menjadi kepuasan hati mereka. Apalah yang ada pada diri aku sehingga mereka terlalu iri hati. Aku rasa mereka juga cukup anggota badan seperti aku. Ya Allah kau berikan petunjuk kepada sesiapa sahaja yang terlalu iri hati dengan apa sahaja yang aku miliki sedang ianya hanya perkara biasa.
Dhia Delisya. Namanya secantik wajah yang dikurniakan Maha Pencipta tetapi sayang kelakuannya tidak seindah nama yang dikurniakan Allah kepadanya. Dimanakah letaknya sifat malunya? Walaupun perhubungan sudah halal dan diketahui umum tetapi mereka tetap perlu menjaga batas-batas apabila diluar pada kamar tidur mereka. Tidak manis apabila orang ramai melihat kemesraan yang melampau sebegitu.
Entah mengapa hati aku berasa sakit mata dan malu tatkala melihat Dhia dengan aksi manja dan tergedik-gedik yang dipamerkannya di hadapan awam. Tangannya kemas memegang lengan Wan seperti tidak mahu dilepaskan. Kebaya ketat yang dipakainya menunjukkan susuk tubuh badannya yang agak langsing dan bentuk badannya seperti model. Hati ini segera beristigfar kembali.
Orang ramai mula berbaris untuk bersalaman dengan pengantin. Sesegera mungkin aku memalingkan tubuhku menuju ke taman di belakang rumah. Pada waktu itu juga air mata aku mengalir tanpa dipinta. Mengapa pada saat ini kau perlu keluar wahai air mata? Berilah aku ini peluang untuk melambai penuh gembira dan mesra atas perkhawinan dan penyatuan dua hati ini.
Masih ada yang sudi menghulurkan kepada aku sapu tangan untuk mengelapkan air mata yang tak pernah kering ini. Aku mengambilnya dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
“Aku tak perlukan ucapan terima kasih itu. Aku hanya mahu kau lupakan abang Wan dan tinggalkan tempat ini untuk selama-lamanya. Jangan kau berani jejakkan kaki kau ke sini. Aku jelek melihat kau. Konon pura-pura baik.” Itulah ucapan perkenalan yang disuakan oleh Dhia.
Aku dengan bangganya bangun dan merenung tepat pada matanya. “Terima kasih atas kata-kata perkenalan yang Dhia berikan pada Am. Am ke sini atas satu pertalian sahaja iaitu atas dasar sepupu. Kalau ikutkan hati Am sudah lama Am tinggalkan Malaysia tetapi Am bukanlah orang yang pentingkan diri macam Dhia. Am masih fikirkan abah Am yang tengah sedih atas pemergian isteri kesayangannya.
Am masih fikirkan kakak Am yang sanggup berkorban pulang ke Malaysia walau pada hakikatnya kakak Am juga sibuk di Melbourne. Am masih fikirkan kerja Am, fikirkan semua orang yang rapat dengan Am termasuk keluarga Wan. Am tak sanggup untuk kecilkan hati dia orang walaupun pelbagai ujian yang Allah berikan pada kami.” Aku membidaskan kata-kata.
“Whatever!?” Aku hanya mampu tersenyum sinis.
“Itulah kebenaran yang terjadi sekarang. Dihadapan mata ini boleh dijadikan tauladan bukan contoh nanti buruk padahnya. Hakikat yang sebenar. Pandangan mata itu selalu tersalah dan pandangan hati itu yang hakiki. Fikir-fikirkanlah Dhia.” Aku melangkah keluar daripada majlis menggunakan pintu belakang. Jari aku pantas mendail nombor telefon kakak mengajaknya Aini dan Chad pulang.
Aku bersandar pada pintu kereta milikku. Hati ini cuba mendoakan kebahagian Wan bersama Dhia walaupun sakit bagai dihiris pisau tajam yang baru diasah.
*******
Setelah lama aku bercuti panjang aku kembali ke pejabat seperti biasa dan menyiapkan segala kerja milikku yang banyak bertangguh. Hampir memakan masa selama seminggu aku menyiapkan kerja yang tertangguh milikku termasuk juga menyiapkan surat perletakkan jawatan. Walaupun keputusan ini agak tergesa-tergesa tetapi inilah pilihan aku dan bukannya kesempatan.
Setelah mengambil kata sepakat dengan abah dan kakak aku telah mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan. Abah dan kakak juga berjanji dengan aku akan membantu aku dalam pelbagai aspek dalam bidang perniagaan termasuk juga kewangan.
Kaki aku laju melangkah menuju lif. Aku menekan nombor menuju ke tingkat 3. Sarah Edora, pembantu Encik Azif Arrayan memberikan aku keizinan untuk berjumpa dengann Encik Azif. Walaupun hati aku berat untuk bertemu dengannya kerana kisah yang berlaku di hospital tempoh hari. Aku gagahkan juga atas nama umi.
Aku ketuk pintu bilik Encik Azif dan kedengaran suaranya memberi arahan masuk. Aku pulas perlahan-lahan tombol pintu itu. Aku lihat dia begitu sibuk menyiapkan kerjanya.
“Sila duduk.” Encik Azif tetap tekun menyiapkan kerjanya. Hampir 5 minit aku tunggu dia menyiapkan kerja barulah Encik Azif mengangkat mukanya melihat wajahku. Mata aku meliar melihat susunan dekorasi di dalam biliknya. Tampak mewah dan kemas.
Aku menghadiahkanya sebuah senyuman yang aku rasakan paling manis. Riak wajahnya seperti terkejut dengan kehadiran aku.
“Sudah siap kerja Encik Azif?”Aku tidak tahu kata sapaan apa lagi yang perlu aku hulurkan padanya.
“Sudah. Maaf saya buat Am tunggu saya terlalu lama. Am ada apa-apa yang perlu dikatakan pada saya ke? Kali pertama Am ke sini tanpa panggilan daripada saya.” Encik Azif tersengih sendiri. Ya Allah tolonglah buang sifat menyampah yang ada dalam diriku ini buat Encik Azif Arrayan ini.
Tanpa menjawab soalannya aku menghulurkan surat perletakkan jawatan aku kepadanya. Encik Azif membuka dengan berhati-hati dan membacanya. Riaknya kelihatan agak terkejut dan sedih. Aku tak mampu membalas pandangan tajamnya. Aku hanya tunduk memandang lantai.
Encik Azif bangun dan menarik tangan aku untuk keluar daripada pejabat. Aku menarik kembali tangan aku. Sungguh kuat genggamannya. Aku cuba meronta minta dilepaskan. Sarah Edora seperti terkejut melihat situasi kami. Di tingkat 3 suasananya agak gamat melihat keadaan kami.
“Encik Azif jangan buat saya macam ini. Saya hanya ingin meletakkan jawatan saya di hotel ini. Lepaskan tangan saya.” Puas aku meronta tetapi genggamannya semakin lama semakin kuat. Apabila pintu lif terbuka aku lihat Dato’ Mansor Eusof,bapa kepada Encik Azif.
Aku merentap kuat tangan aku walaupun agak perit aku cuba berlagak kuat dihadapannya. Tangan aku tiba-tiba meluncur ke pipi Encik Azif. Dato’ Mansor yang melihat kejadian ini tak mampu berkata apa. Seisi ruang di tingkat 3 tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Encik Azif memegang pipi kanannya yang aku tampar sebentar tadi.
“Saya bukan perempuan murah yang Encik Azif boleh ambik bila suka. Apabila sudah tak suka encik Azif boleh buang. Saya bukan macam. Jangan buat saya benci pada encik Azif. Assalamualaikum.” Seboleh-bolehnya aku mahu keluar cepat daripada hotel ini.
Tatkala kaki aku mahu melangkah ke dalam lif kedengaran suara Dato’ Mansor menyuruh aku masuk ke dalam biliknya. Dalam keadaan hati yang sebal ini aku cuba gagahkan juga.
“Papa sebenarnya tak tahu nak kata apa dengan Am dengan Ray.” Kata-katanya putus disitu. Kedengaran telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. Aku masih pandang anak kesayangannya dengan pandangan tidak puas hati.
“Sakit memang sakit tetapi saya tetap tak endahkannya asalkan awak jadi milik saya yang sah!” Aku mahu berjalan keluar daripada bilik Dato’ tetapi tangan aku direntap sekali lagi.
“Apa lagi yang Encik Azif mahu daripada saya? Enough! Saya sudah tak tahan hidup dalam dunia yang penuh dengan percintaan yang menyakitkan hati. Stop it!” Aku memberontak tetapi secara perlahan. Tiba-tiba air mata aku jatuh.
“syyyhhhh… jangan menangis sayang. Im here beside you. I really love you.” Encik Azif membisikkan kata-kata itu di telingaku dan memeluk erat tubuhku. Aku juga tidak mengerti mengapa aku tidak menolaknya.
 Pintu bilik ditolak perlahan oleh Dato’ Mansor. Aku tolak kuat tubuh Encik Azif. Kelihatan seperti ada tetamu yang hadir. Abah? Kenapa abah datang sini? Ya Allah bala apa yang mahu kau berikan pada aku ini?
Abah duduk di sofa yang disediakan untuk tetamu di belakang. Aku dan Encik Azif juga disuruh duduk disitu. Aku cuba patuh pada arahan Dato’ Mansor walaupun gelonjak dalam hati ini bagaikan lahar gunung berapi. Abah mula bersuara.
“Along, anak abah. Dengar sini baik-baik ya. Selain daripada surat yang abah berikan pada abah untuk along itu masih ada wasiat yang umi tinggalkan dan along perlu tunaikan.” Aku sedikit terkejut.
“Apa wasiatnya abah?” Aku cuba menahan amarahku.
“Along mestilah berkhawin dengan Azif Arrayan Mansor Eusof. Tiada bangkangan mahupun bantahan. Ini adalah wasiat dan perlu ditunaikan.” Dato’ Mansor hanya menganggukkan kepala tanda setuju.
“Wajib ke abah? Ala, abah along tak mahulah khawin dengan dia ini.” Aku cuba merayu dengan abah. Ketawa yang ditahan oleh Encik Azif tiba-tiba meletus.
“Merengek macam budak kecil.” Aku membidas kata-katanya.
“Eh! Encik inikan memang menyakitkan hati saya betul.” Abah dan Dato’ Mansor terkaku sementara.
“Macam mana awak rasa sekarang macam itu yang saya rasakan selama saya mengenali awak. Peritnya tamparan yang awak berikan pada pipi saya, saya tetap terasa sakit dihati. Begitu bodoh hati saya kerana terlalu mencintai manusia yang tak pernah kenali langsung apa itu cinta.” Memang betul apa yang Encik Azif katakan padaku. Aku terasa kepedasannya.
“Sudah! Malam ini jugak majlis akad nikahnya. Azif balik sekarang buat persiapan untuk malam ini.. Along mari balik bersiap sementara kakak masih ada di Malaysia.” Tangan aku ditarik abah. Aku seperti kehilangan kata-kata.
Ketika di dalam kereta abah banyak memberikan kata-kata nasihat. Aku tidak mengetahui kemana hilangnya kudrat aku untuk membidas kata-kata abah ketika itu. Aku seperti orang bingung. Perkhawinan mengejut membuatkan aku terdiam sementara.
Aku seperti disihir oleh abah. Aku hanya mengikut katanya tanpa bantahan. Apa saja yang disuruh oleh kakak, abah dan mak andam. Aku lakukan tanpa bantahan. Aku meminta telefon daripada kakak untuk membuat video call dengan Aini.
“Aini…” Bunyi sendu tangisan aku. Pada waktu ini baru aku seakan-akan sedar daripada mimpi buruk aku.
“Ya. Janganlah menangis sayang. Saat-saat bahagia seperti ini kau sepatutnya nikmati sepuas-puas yang mungkin.”Aini sekarang tiada di sisi aku. Dia jauh nun tercampak di Afrika Selatan memberi bantuan kepada mangsa yang memerlukan.
“Kau tak marah dekat aku ke? Aku kena paksa khawin dengan Encik Azif. Aku tak mahu dituduh menikam belakang kau.” Aku dengar Aini ketawa. Aku kehairanan.
“Buat apa aku perlu sedih aku pun sudah berkhawin.” Tiba-tiba ada seorang lelaki melambaikan tangan kepada aku. Wajahnya seperti pernah kulihat.
“He is your husband?” Aini mengangguk.
“Hai Am, saya banyak dengar cerita pasal awak. By the way, I’m Afif Arrayan Mansor Eusof. I’m Azif brother. We are twin. Cubalah mencari bahagia awak bersama Ray. Saya disini begitu bahagia bersama Fasihah. Pimpin dia ke jalan yang diredhai Allah. Ray sudah jauh tersasar daripada landasan.” Aku tak mampu berkata apa-apa.
“Aku ucapkan semoga berbahagia dengan Azif. Aku mohon maaf sebab tak beritahu kau tentang perkhawinan kami berdua. Sampai di Malaysia nanti kita buat majlis resepsi sama-sama. Lagi 3 tahun kami akan pulang ke sana. Doakan kami selamat tiba disana.” Talian kami terputus begitu sahaja kerana Aini dan suaminya, Afif ada kecemasan.
Kaum kerabat Dato’ Mansor Eusof sudah mula membanjiri rumah banglo 2 tingkat yang aku beli hasil titik peluh aku sendiri. Walaupun harganya hampir mencecah 1.5 juta aku sanggup membelinya kerana mahu menghadiahkan kepada kedua orang tuaku tetapi sayang umi sudah pergi sebelum aku berikannya kepadanya. Aku tilik ke garaj melalui balkoni bilik aku.
Kereta pihak pengantin lelaki sudah memenuhi garaj. Perasaan aku sudah mula berubah menjadi          berdebar-debar. Teringat kembali kata-kata Afif aku mula ligat memikir sesuatu yang bakal aku jadikan      perkara untuk menyedapkan hati aku. Mengapa? Dan kenapa? Aku perlu mengahwini Encik Azif Arrayan Dato’ Mansor Eusof.
“Am masuklah. Tak baik pengantin berembun. Aku memalingkan tubuhku dan mempamerkan muka bosan. Efa, Chad, Anis, Farah, Syirah, Tia dan Aini muncul di depan pintu bilik aku dan ketawa. Aku menangis tiba-tiba. Aku memeluk kakak dengan erat sekali.
“Kakak along takut. Along tak sedia langsung jadi isteri orang ini. Nafkah zahir mungkin along mampu bagi tetapi nafkah batin. Awal-awal lagi along say sorry.” Aini menggosok belakang badan aku yang dibaluti dengan baju nikah berwarna putih bersih hasil rekaan pereka fesyen yang baru meningkat naik.
Afif muncul tiba-tiba memberi salam. Aku lihat wajahnya tiada perbezaan sedikit pun dengan Azif. Yang membezakan mereka adalah cermin mata dan ketinggian yang dimiliki. Afif memakai cermin mata dan tinggi lebih kurang 5 inci daripada Azif.
“Sukalah hati kau orang semua tipu aku berikan macam-macam alasan sedangkan kau orang memang ada dekat sini?” Aku menyesat air mata yang mengalir dipipi aku. Aku tidak endahkan akan mekap yang rosak akibat tangisan aku. Puaslah nanti aku kena bebel dengan mak andam.
“Tia, Aneem, Syirah dan Farah. Kau orang kata sibuklah belajar kerjalah bila aku call. Efa dengan Chad pun sama saja dengan diaorang. Aini dengan Afif kata pada aku ada kecemasanlah itulah inilah. Semua orang buat tak endah pada aku. Sedihnya.” Aku lap lagi air mata yang entah datang daripada mana ini membuak-buak keluar tanpa dipinta.
“Kami semua minta maaf sangat-sangat dengan kau. Kami saja nak tengok kau boleh terima Azif ataupun tidak. Hakikatnya kau boleh terima. Sudahlah menangis kejap lagi pengantin lelaki nak masuk upacara batal air sembahyang.” Mak andam mula membebel tetapi tangannya tetap laju sahaja touch up kembali make up di muka aku.
 Gelang yang cantik di dalam bekas hantaran itu diambil dan dipakai di tangan aku. Aku kucup tangannya. Terasa seperti halilintar sedang memanah hati aku. Encik Azif pula mencium dahi aku untuk upacara membatal air sembahyang. Pantas sahaja tangannya yang aku genggam ditarik.
Mungkin dia sedang berjauh hati dengan aku. Ya Allah apa yang sudah aku lakukan padanya. Abah mengadakan kenduri doa selamat dan tahlil di rumah. Ramai juga jiran-jiran dan jemaah dijemput. Aku masuk ke dalam bilik untuk membersihkan badan sebelum bacaan tahlil bermula. Kedengaran pancutan air daripada bilik air.
Aku tunggu di luar pintu bilik air menghulurkan tuala dan baju kepada suami aku. Encik Azif keluar daripada bilik air tanpa menoleh ke arah aku. Dia mengambil kopiah di atas meja solek dan melangkah keuar daripada bilik. Ya! Memang dia berjauh hati dengan aku. Aku menyentap sekuat hati tangannya. Langkah yang diaturnya terhenti.
Dia hanya tunduk memandang lantai. Tanganku erat menggenggam tangan dia. Aku mengangkat wajahnya merenung mata aku. Renungan kami bertaut. Aku memeluknya. Tiba-tiba air mata aku menitis di dadanya. Basah baju melayu yang dipakainya. Dia membalas pelukan aku tanpa rungutan.
“Encik Azif….Am minta maaf dengan Encik Azif daripada hujung rambut hingga hujung kaki.” Azif cuba memujuk aku. Tangisan aku semakin reda daripada tadi.
“Abang sudah lama maafkan Am tetapi Am saja tak pernah nampak dimana kebaikkan abang. Panggil abang sayang. Abang.” Tangannya erat menggenggam tanganku.
“Yang Encik Azif… eh abang tiba-tiba protes tak mahu cakap dengan Am itu kenapa?” Azif ketawa.
“Saja nak lihat Am rasa tercabar tak kalau abang diam tanpa berkata sepatah kata. Rupa-rupanya cengeng juga bila abang diam. Am risau ke?” Aku hanya diam. Di dalam hati ini hanya Allah sahaja tahu gelonjaknya.
“Gila tak risau. Suami sendiri tiba-tiba bisu.” Aku bangun daripada katil dan mencapai kain tuala untuk mandi. Lagi setengah jam majlis tahlil akan bermula. Aku segera mandi. Selesai mandi aku solat berjemaah untuk kali pertama dengan Azif Arrayan suami aku hingga hujungnya dan jannah.
“Sejarah silam membuatkan seseorang tidak dapat menerima orang lain dalam lehidupannya barunya hanya kerana sejarah yang lalu telah banya menyakitkan hatinya dan membuatkan dirinya gagal menerima orang lain."

No comments:

Post a Comment