Translate Language

Saturday, 18 October 2014

Bab 7- Pertama Kali Cinta #PKC


BAB 7
Percintaan Amran Hidayat dan Anis Sofeya sudah lama terjalin semenjak aku berpindah ke KVP, Temerloh. Hanya aku yang lambat mengetahuinya. Sejak pertemuan kami di Kedah, Amran sering menelefon aku. Aku seboleh-bolehnya tidak mahu menjawab call daripada Amran. Tetapi Aini sering memaksa aku. Mahu atau tidak aku harus menjawab call daripada Amran.
Entah! Aku pun tidak mengetahui mengapa aku harus menjauhkan diri daripada Amran Hidayat. Aku merasakan sesuatu tentang kisah lama bakal berulang kembali. Aku mengeluh!
Aku dan Amran sememangnya rapat semenjak sekolah rendah lagi. Hubungan aku dan Amran semakin regang sejak aku keluar daripada daerah Kuala Lipis. Mungkin disaat itu Amran terkapai-kapai mencari teman meluahkan perasaan kerana kehilangan diriku.
Bermula dengan Anis meminta Amran membelikannya sebatang pen berjenama ‘faber castle’ bermata tajam, berwarna hitam dan berharga RM 1.20 di koperasi. Perincian maklumat yang Ayya berikan pada aku menunjukkan Ayya sangat mengambil berat tentang perhubungan Anis dan Amran.
Pada aku ianya salah satu detik yang Amran dan Anis akan ingati. Detik yang sangat romantik dan sweet bagi mereka! Walaupun aku hanya mendengar cerita ini daripada Ayya aku dapat membayangkan detik-detik perkenalan mereka. Mereka menflasifikasikan perhubungan Amran dengan Anis sebagai ‘Cinta RM 1.20’. Begitu unik nama diberi seunik cerita cinta mereka.
Sejak daripada hari mereka semakin hari semakin rapat. Amran pula seperti sudah melupakan aku. Aku asyik tertunggu-tunggu panggilan telefon daripada tetapi hampa. Amran seperti membisukan dirinya. Dia semakin hanyut dengan percintaannya bersama Anis.
Amran mencari teman baru dan Anis Sofeya, sahabat aku tanpa sedar telah menjadi kawan kepada Amran dan merangkap kekasih hati Amran. Andai masa aku boleh putarkan akan aku putarkan tetapi apakan daya aku tidak mampu melakukan perkara itu. Aku hanya menyerahkan semuanya kepada yang berkuasa. Aku doakan Amran dan Anis bahagia hingga jannah.
*******
Persepsi aku bagi hubungan pada aku sangat pelik. Efah Insyirah dan Fazlee Sufian pada zaman persekolahan dahulu tidak pernah bercakap walupun sepatah. Kedudukan meja mereka di dalam kelas agak dekat tetapi aku jarang melihat mereka berbual-bual. Mereka asyik duduk membelakang antara satu sama lain.
Berkenaan Efa pula aku tidak mampu memberikan sebarang komen. Perhubungan mereka terlalu unik dan jaran-jarang kita ketemui. Cerita cinta mereka bermula dengan huluran botol air untuk Aneem kerana Aneem duduk di belakang Fazlee.
Mereka berdua kelihatan seperti manis apabila digandingkan berdua. Walaupun mereka tidak pernah bercakap walau sepatah perkataan renungan mereka dapat mentafsirkan segala perasaan mereka. Aku dapat melihat segala-galanya dengan mata kasar aku.
Efa memang seorang yang sangat pemalu. Berbeza pula dengan Fazlee dia orang yang sempoi dan berkawan dengan sesiapa sahaja yang menegurnya. Setiap hari Aneem akan meminta botol air daripada Efa hanya untuk menjernihkan keadaan mereka berdua.
Bak kata pepatah kami sendiri, daripada botol air turun ke hati. Pepatah kami memang agak ‘gila-gila’ tetapi itulah kebenaran yang sebenar. Mahu atau tidak Efa dan Fazlee terpaksa menerimanya. Daripada kesimpulan perhubungan mereka tercatatlah ceritera ‘ Begin With Bottle They Fall In Love’.
Terungkai segala kebingungan aku pada hubungan Efa dan Fazlee. Hendak dikatakan mereka benci membenci antara satu sama lain tidak pernah aku dengari daripada mulut Efa yang Efa bencikan Fazlee. Aku juga mendoakan mereka bahagia hingga jannah.
Fazlee dan Efa hanya tersengih apabila aku bertanyakan mereka bagaimana mereka berjaya menjalinkan hubungan seakrab ini dan insyallaah bakal membawa mereka ke jinjang pelamin. Efa dan Anis sudah menemui cinta sejati mereka cuma aku sahaja yang masih terkontang kanting keseorangan mencari teman sejati dalam hidup aku.
Aku tidak putus-putus mendoakan Ayya, Aneem, Feesya, Chad, Syirah dan Aini berjaya mendapat pasangan hidup mereka. “ Kehidupan ini sungguh merumitkan aku. Aku kehilangan cinta aku tetapi ada cinta lain yang dihulurkan pada aku tetapi aku menolaknya. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup ini. Sungguh aku insan yang lemah dan aku sangat memerlu­kan bantuan daripada Mu.”
Daripada jauh aku melihat Aini, Aneem, Chad, Ayya, Syirah dan Feesya sedang berjalan seiringan menuju ke arahku di anjung rumah mak tok. Aku memerhati segenap sudut lautan yang terbentang di hadapan mata aku. Pandangan mata aku tiba-tiba teralih kepada pasangan kekasih yang hangat dilamun asmara.
Mereka sedang mengecapi bahagia. Aku hanya melihat mereka daripada jauh. Kaki mereka berjalan seiringan di gigi air laut. Hati aku tidak tenteram melihat kemesraan Amran dan Anis. Aku keliru dengan keadaan aku sekarang.
Ya! Memang sejak dahulu aku sangat menyukai Amran Hidayat. Tetapi perasaan aku terhadap Amran terkubur apabila Wan mula menyapa pintu hatiku. Perasaan aku terhadap Amran aku pendamkan sahaja kerana pada saat itu aku masih tomboy! Amran melayani aku seperti kawan biasa sahaja tidak lebih daripada itu.
Aku dan Amran sangat akrab. Ke mana sahaja mesti berdua. Apa sahaja kesalahan yang kami buat mesti berdua. Suka duka kehidupan kami pun kami lalui berdua. Orang lain hanya tahu mengata itu ini. Buat perkara betul pun dikatakan salah. Buat perkara salah lagilah salah.
Kadang-kadang aku sendiri rasa bersalah. Cikgu-cikgu di sekolah rendah mahupun menengah sering mengatakan bahawa aku dan Amran mempunyai hubungan yang istimewa kerana aku sanggup berkorban apa sahaja demi Amran dan Amran pun sanggup berkorban apa sahaja demi aku.
Aku sanggup menerima denda mencuci tandas selama 2 minggu daripada guru disiplin atas kesalahan yang Amran lakukan. Amran telah dituduh membuli budak junior daripadanya. Aku tahu Amran tidak akan membuat perkara sebegitu.
Amran pula sanggu menerima sebatan di punggung sebanyak 5 kali atas kesalahan aku yang terlupa membuat latihan Bahasa Melayu yang cikgu Wan Rosmawati berikan kepada aku. See!? Kami saling memerlukan antara satu sama lain tetapi itu dahulu sekarang lain.
Pertemuan aku dan Wan membuatkan perasaan sayang aku terhadap Amran beralih arah. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam sekelip mata. Ini membuatkan had antara kami berdua terbatas. Aku sibuk dengan pengajian aku. Amran juga begitu.
Amran untuk Anis dan Anis untuk Amran. Nama aku sudah Amran gantikan dengan nama Anis. Aku redha kerana aku pasti Allah telah menyediakan jodoh yang terbaik buat diri aku. Aku akan tunggu hari itu.
Walaupun hati aku agak terluka melihat kebahagian Anis dan Amran tidak pernah sekali pun terlintas di hati aku untuk mengkhianati cinta antara mereka. Aku cuba membuatkan hati aku menerima segalanya. Aku percaya pada Allah. Aku juga percaya pada cinta.
Cinta pasti akan hadir pada suatu hari nanti. Kita cuma perlu menunggu dan terus menunggu saat itu. Tetapi kita juga perlu berusaha mencari cinta itu. Kita tidak akan ketemuinya jika kita tidak berusaha mencarinya. Ingatlah bahawa usaha itu tangga kejayaan.
Aku menguntum sebuah senyuman untuk semua sahabat aku yang sedang berjalan ke arah aku.Hari ini adalah hari terakhir mereka disini setelah kami bersama-sama meluangkan masa selama 2 minggu disini. Dalam masa yang singkat ini aku akan cuba mencaritakan hal sebenar yang telah berlaku antara Wan dan aku.
Aku tahu mereka juga perlukan penjelasan daripada aku. Kami duduk di pangkin yang berhampiran rumah mak tok. Pangkin yang banyak meninggalkan kesan sejarah pada aku. Mereka tekun mendengar cerita aku. Amran dan Fazlee yang sebelum ini banyak mulut hanya tergamam. Mereka menjadi bisu sementara.
Mereka diam tanpa sepatah kata. Apabila aku berjaya menumpahkan air mata mereka juga begitu. Ada sesuatu perkara yang aku berjaya melakukannya. Aku berjaya melempiaskan ego dua orang lelaki, Amran Hidayat dan Fazlee Sufian. Sungguh aku tidak menyangka bahawa mereka juga menangis mendengar cerita cinta aku.
Aku berharap mereka berdua tidak mensia-siakan Anis Sofeya dan Efah Insyirah seperti mana Syafiq Hazwan melakukan pada diri aku. Aku cuba memberikan perngajaran kisah hidup aku kepada mereka semua. Aini juga menumpahkan air matanya untuk kali yang kedua. Pengajaran hidup aku, aku cuba kongsikan kepada mereka.
“Ego dan kemarahan seorang lelaki dapat ditumbang apabila mereka berjaya menangis tentang sesuatu perkara yang telah melukai hati mereka”

No comments:

Post a Comment