Aku dan Chad
menunggu Yol di hotel yang cikgu Arbaiyah sudah tempahkan untuk pertemuan
antara dua insan ini. Pelayan membawa kami ke meja yang sudah ditempah. Yol
sudah melambaikan tangan ke arah kami.
Chad seperti gelisah. Aku tahu Chad agak kekok
dan risau untuk bertemu dengan bakal suaminya. Untuk kali pertamanya Chad
menjadi begitu. Huluran salam daripada Yol aku terima supaya tidak mengaibkannya
walaupun aku tahu aku dan Yol haram bersentuhan.
Chad juga
seperti aku. Kerana keadaan yang memaksa kami menerima huluran salam daripada
Yol. Yol menghadiahkan Chad pandangan yang agak tajam pada aku dan sukar untuk
difahami aku. Mungkin hanya Chad yang memahaminya.
Aku mula memecah kesunyian yang dibina oleh Yol dan Chad. Pelbagai
perkara yang aku bualkan bersama Yol. Aku bosan melihat Chad yang hanya diam
dan Chad hanya tahu senyum sahaja.
Selesai makan
aku ke tandas. Aku sengaja tinggalkan Yol dan Chad berdua-duaan untuk mereka
masing-masing memberikan penjelasan masing-masing. Alasan ke tandas itu adalah
alasan basi bagi aku. Hanya alasan untuk aku melihat kemesraan Chad dan Yol.
Daripada jauh
aku intai mereka berdua. Tetap membatukan diri membuat perkara masing-masing.
Aku sudah merasakan cubaan aku ini tidak berjaya membuatkan hubungan mereka
menjadi rapat. Aku mengeluh!
“Scha….” Yol
mula bersuara. Hasrat aku untuk pulang ke meja aku batalkan. Aku duduk di
sebalik tirai untuk mengintai mereka.
“Oh! Ada pun
suaranya ingatkan takda tadi. Baru nak ajak Scha cakap masa Am takda. Meer,
Scha minta maaf sangat-sangat pada Meer.” Aku suka mengekek seorang diri.
Dikatakan Yol tidak bercakap sedangkan Chad yang tidak bersuara.
“Ala, salahkan
orang pula. Awak yang tak nak bercakap kita pula yang disalahkan. Awak minta
maaf sebab apa ya?” Aku faham Yol sengaja buat tidak tahu apa kesalahan Chad.
Yol mahu Chad belajar daripada kesilapannya sendiri.
“Benci betullah
dengan Meer ni! Scha minta maaf atas segala kesilapan yang Scha buat pada Meer….”
Perbualan mereka terhenti. Aku sengaja datang menyergah mereka.
“Oh! Aku blah
kau orang baru nak cakap? Kenapalah kau orang nak sorok benda baik daripada
aku. Yalah aku tahu aku bukan penting pun dalam hidup kau orang.” Aku sengaja
merajuk dengan Chad dan Yol. Tujuan aku hanya satu untuk melihat kerjasama
mereka berdua memujuk aku.
Yol dan Chad
berpandangan. Mereka tahu aku merajuk. Yol sudah tidak boleh memujuk aku
seperti selalu. Memanggil aku seperti panggilan selalu yang dipanggil untuk
memujuk aku kerana mahu menjaga hati Chad. Chad seperti mencari akal memujuk
aku.
Aku bangun
daripada kerusi. Sahaja mengacah mereka kononnya aku mahu pulang.
“Am! Janganlah
balik lagi. Aku dan Meer tak pernah anggap kau orang luar pun. Dalam hidup kami
kaulah orang yang terpenting. Am, kau banyak berikan aku semangat dan cara-cara
membuat keputusan seperti orang matang.” Kata-katanya mati disitu. Yol pula
menyambung.
“Am, kau banyak
berikan aku maksud erti sebuah kehidupan. Memang betul kata Scha dalam kalangan
kita semua kaulah yang paling matang dan bijak dalam membuat keputusan. Kau
berikan aku cara bagaimana mahu menangani kehendak mama dan papa aku yang suruh
aku khawin dengan Scha.” Chad mengangguk tanda menyetujui perkara itu.
“Am, demi Allah
aku dan Meer sayang sangat-sangat pada kau. Kau macam kakak sulung kami. Efa
pula ibu kita dan ayahnya tetap Fazlee. Kakak sulung sudah ada tapi abang
sulungnya mana ya?” Chad memandang Yol seperti meminta kekuatan untuk
menanyakan soalan maut itu.
“Maaf, aku tak
mampu untuk jawab soalan kau Chad. Aku takkan cintai lelaki yang mencintai aku
tetapi aku akan cintai lelaki yang telah diaturkan oleh Allah untuk aku syurga
dan akhirat. Hanya jawapan itu aku mampu berikan pada kau.” Ameer tergamam
seketika mendengar kata-kata aku. Chad hanya mampu diam.
“Am, ini kau
ke? Kata-kata kau terlalu puitis dan sedap didengari oleh halwa telinga. Untuk
kali pertamanya aku mendengar kau menutur seperti tadi. Scha, awak selalu
dengar ke Am berkata-kata seperti tadi?” Aku tersenyum sendirian.
“ Selalu tapi
ada satu kata-kata yang Am berikan pada Scha yang Scha tak pernah nak faham dan
takkan faham. Kata-kata dia berbunyi begini…”
“Apabila kita
bertemu dengan orang yang kita kasihi pada masa yang tepat itulah kesempatan
malah apabila kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan hati kita tertarik
itu bukan pilihan tetapi itulah kesempatan”
Yol khusyuk
mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Chad. Yol cuba memahami satu persatu
maksud kata-kata itu. Aku berasa terharu kerana Chad yang kusangkakan rock
kapak tidak akan menghafal kata-kata seperti itu.
“Ya Allah, Am
kau dalam diam seorang yang hebat. Sungguh aku tak pernah sangka kau seorang
yang pandai berbahasa. Sebagai seorang sahabt aku bangga dengan bakat terpendam
yang kau miliki.” Chad ketawa seorang diri. Untuk kali pertamanya, aku melihat
sinar kebahagiannya akan muncul dalam perkhawinan mereka nanti. InshaAllah.
“Sudah-sudahlah
puji aku, Yol. Dah lama sangat ini aku bawa Chad keluar dengan kau. Kau orang
berdua ini berdarah manis. Kau tahu tak jalan balik rumah kau? Bukan rumah Chad
tahu!” Chad mengetip aku menggunakan senjata ketamnya.
“Takkkkkkk…”
Ameer menjawab dengan muka yang selamba sahaja sambil menyedut minumannya.
“Alahai
gediknya pakcik seorang ni! Bawa-bawalah bersabar sikit Meer. Seminggu sahaja
lagi perkhawinan kau orang.” Aku lihat Ameer bermain mata dengan Chad seperti
mengisyaratkan sesuatu.
“Am… Kau sayang
aku tak?” Aku menganggukkan kepala.
“Ameer request
kau jadi pengapit kami dan… dan… Ameer nak kau bawak abang sulung kami masa wedding
kami. Bolehkan?” Memek muka mereka seperti sangat mengharapkan jawapan yang
baik daripada aku.
“InshaAllah.
Kalau ada jodoh aku dalam masa seminggu ini sebelum perkhawinan kau orang. Aku
akan bawa abang sulung kau orang tetapi aku tak janji.” Ameer sudah mula
mencebik. Memek muka Chad agak sedih dengan jawapan aku.
Aku tarik
tangan Chad untuk mengajaknya pulang. “Yol, kita orang balik dulu. Nanti bakal
mama kau bising dekat aku bukan dekat kau. Jumpa hari akad nikah sahaja. Nak
nombor telefon Chad? Jangan harap aku kasi pada kau. Apa-apa hal telefon aku
nanti aku bagi tahu Chad.
Tahan sajalah
rindu kau tu. Seminggu saja ya sayang. Lepas nikah nanti jumpalah Scha kau ini
lama-lama. Nak kurung dalam bilik pun takpa. Bye, gua nak bawak balik anak
orang a.k.a bakal bini kau.” Ameer terpaksa pasrah dengan keputusan aku. Mahu
atau tidak Ameer terpaksa terimanya dengan redha sahaja.
******.
Hari yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak
muncul jua. Aku sebak melihat Chad cantik dengan busana yang direka oleh Hatta
Dolmat. Aku sendiri kurang pasti dengan perasaan aku. Aku mengeluh dan terus
mengeluh!
“Maaf Chad.
Maaf Yol aku tak mampu bawa abang sulung kau orang berdua. Aku masih tiada
pengganti, Wan.” Aku bermonolog dalam hati tatkala mengenangkan permintaan Chad
dan Ameer.
Chad begitu
tenang walaupun pada badannya sudah bersalut sepasang baju pengantin yang
sungguh cantik. Aku memang sudah ketahui bahawa aku menjadi kepada Chad tetapi
aku kurang pasti siapa yang menjadi pengapit kepada Yol. Itu yang membuatkan
aku runsing.
Aku runsing
kerana aku tidak membawa seorang pun pengganti abang sulung mereka. Permintaan
mereka aku tak mampu aku terima. “Siapakah yang akan menjadi pasangan pengapit
aku? Aku harap sangat-sangat dia itu sekepala dengan aku. Amin.” Hati kecil aku
meminta perkara yang aku sendiri kurang pasti.
Aku asyik
memerhati tingkah laku Chad. Pada wajahnya tiada secalit pun perasaan resah
gelisah bermukim. Chad begitu tenang dalam menangani dirinya dalam majlis
begitu. Kalau aku menjadi Chad sudah tentu aku akan tidak duduk diam.
Alhamdulillah!
Selepas 2 kali lafaz akhirnya Syasya Airyscha Binti Mohd Asri sah menjadi milik
Ameerol Amin Bin Abu Bakar. Mulut berkata lain hati berkata lain. Itulah
krateria cerita cinta Ameer dan Chad yang aku ketahuinya sendiri. Hati berkata
sayang tetapi mulut berkata benci.
Mungkin agak
susah untuk mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Mereka
harus membina perhubungan cinta secara perlahan-lahan. Itulah indahnya bagi
sebuah perkhawinan yang memulakan cinta selepas khawin. Ianya lebih sinonim
dengan ‘cinta selepas nikah’.
Selepas selesai
majlis perkhawinan tersebut aku berjumpa dengan Yol untuk kepastian keputusan
yang sebenar. Ameer memulakan bicara.
“Am,
aku…aku…entahlah Am. Hati aku rasa bercampur baur. Dalam rindu ada benci, dalam
benci ada sayang tetapi dalam sayang aku sendiri tak pasti masihkah ada cinta
buat Scha. Aku akan cuba mencintainya secara perlahan-lahan. Terima kasih atas
segala nasihat kau, Am.” Katanya mati disitu.
Pengapitnya
Azif Arrayan! Memanggilnya. Sungguh aku sakit hati tatkala mengenangkan
peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Encik Azif sememangnya suka memalukan
dirinya sendiri dihadapan orang ramai. Aku juga terpaksa menanggung malu atas
segala perbuatannya.
Selepas selesai
Yol menyanyikan lagu buat Chad. Encik Azif merampas microphone daripada
Ameer untuk menyanyikan satu lagu. Pada sangkaan aku ianya mungkin untuk
pasangan bahagia ini, Syasya dan Ameerol tetapi telahan aku salah belaka.
Encik Azif
akhiri nyanyiannya dengan ucapan yang agak menyakitkan hati aku dan telah
memalukan aku dihadapan orang ramai dan pasangan pengantin yang sedang membina
bahagia itu.
“Amnie Halifi
Binti Ahmad Harith saya cintakan awak. Awak cintakan saya tak? Ohh! Baru saya
ingat awak pernah cakap hanya awak yang boleh katakan pada saya apabila tiba
pada masa yang sesuai. Saya sangat nantikan waktu itu. Saya harap awak boleh
jadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya sehingga jannah.
Itulah
kesempatan yang ingin saya rampas daripada orang yang awak cintai daripada 10
tahun yang lalu sehingga sekarang, Syafiq Hazwan. Am saya harap awak dapat
terima saya seadanya. Tolonglah Am faham cinta saya untuk awak. Saya terlalu
cintakan awak sepanjang hidup saya.” Seisi dewan bertepuk tangan. Aku tak mampu
melakukan apa-apa.
Aini, Ayya, Feesua, Syirah, Efa, Fazlee, Anis, Amran, Aneem, abang Zaf, umi dan abah tak
sangka perkara sebegini akan berlaku. Aku tidak mampu menegah daripada berlaku.
Aini aku terlihat daripada jauh mukanya sudah berubah. Aku sudah agak perkara
ini bakal terjadi. Memang sah Azif Arrayan ialah lelaki yang Aini Fasihah
cinta. Datuk Mansor Eusof dan Datin Zaharah tergamam mendengar luahan hati anak
mereka
Aku mengepal
penumbuk tanda geram. Chad dan Yol sangat faham aku dalam keadaan marah dan
agak tertekan. Aku ambil kembali microphone itu dan membidas kata-katanya.
“Maaf semua bos saya ini ada masalah kesihatan.” Kata-kata aku terhenti disitu
dan aku tarik Encik Azif keluar daripada dewan.
“Terima kasih
atas segala cubaan encik tadi untuk malukan diri encik. Maafkan saya kalau
kata-kata saya ini akan mengguris hati encik. Encik saya mohon tolong
tinggalkan majlis ini kalau encik rasa mahu melihat saya bekerja di hotel
Permai lagi. Terima kasih.” Aku meninggalkannya yang termangu seorang diri di
luar dewan sambil memikirkan kembali kata-kata aku sebentar tadi. Aku masuk
kembali ke dalam dewan.
“Am! Awak harus
dengar penjelasan saya dahulu.” Encik Azif memanggil aku dalam nada menjerit.
Langkah aku
terhenti. “Penjelasan apa lagi? Cukuplah encik sudah malukan saya depan orang
ramai tadi. Encik tak faham Bahasa Melayu ke yang saya tak cintakan encik.
Encik dengar sini baik-baik. Cintailah orang yang mencintai encik dan
percayalah bahawa dia adalah orang yang Allah telah aturkan untuk encik dan
dialah orangnya, Aini Fasihah.”
Pada waktu yang
sangat tepat dan aku sangat memerlukan Aini. Aku menunjukkan jari aku ke arah
Aini. Aku memanggil Aini untuk aku temukan dengan Encik Azif Arrayan.
“Percayalah kata-kata saya Aini Fasihah adalah cinta yang Allah aturkan buat encik
dan bukannya saya. Maafkan saya.” Aku berlalu pergi dari situ.
Aini yang tidak
faham dengan keadaan kami termangu seorang diri memikirkan kata-kata aku. Encik
Azif hanya memandang kosong ke arah aku. Pandangannya terus jatuh pada Aini.
Langkah Aini terhenti apabila Encik Azif tiba-tiba memanggilnya.
“Awak… memang
betul-betul cintakan saya?” Aini memusingkan badannya. Air mata Aini mengalir
di pipinya. Aku faham Aini mungkin sedih.
“Aini rasa Azif
sendiri sudah ada jawapannya. Aini akan berikan Azif ruang dan waktu untuk Azif
berfikir selama mana yang Azif mahukan. Aini tahu Azif begitu cintakan Am. Aini
terpaksa terima hakikat itu.” Encik Azif meraup mukanya. Ya! Mungkin dia sedar
atas kesilapannya sendiri.
“Terima kasih
atas segala ruang yang doktor berikan pada Azif. Azif terlalu buta dalam
menilai diri doktor. Azif… tetap mencari yang jauh sedangkan yang dekat selalu
ada disisi Azif pada setiap waktu tidak kira dalam suka atau duka. Maafkan saya
Doktor Aini Fasihah.” Encik Azif mengeluh. Mungkin dia telah sedar kesilapannya
dalam menilai hati budi orang.
Aini ialah
doktor peribadi keluarga Datuk Mansor Eusof. Aini akan selalu bertemu dengan
Encik Azif pada setiap minggu kerana Aini akan ke rumah Encik Azif untuk
memberikan rawatan fisioterapi kepada ibu Encik Azif yang lumpuh. Aini banyak
berjasa dengan keluarga Datuk Mansor Eusof.
Aini
menghulurkan nota kepada Ancik Azif. Encik Azif hanya tersenyum apabila membaca
nota daripada Aini. Encik Azif menyeluk poketnya dan menghulurkan Aini sapu
tangan miliknya. Aini mengelap air matanya dengan sapu tangan yang Encik Azif
hulurkan padanya. Dari situ mungkin akan bermula episod baru cinta Aini dan
Encik Azif.
“My
life how it should be no matter how hard it is I’ll be fine without you yes I
will be fine”
No comments:
Post a Comment