Translate Language

Saturday, 18 October 2014

Bab 6- Pertama Kali Cinta #PKC


BAB 6
Aku hanya bersiap ala kadar sahaja. Aku mengenakan pakaian yang sangat simple pada malam itu. Blouse dipadankan dengan skirt kembang dan aku pakaikan tudung bawal. Simple but nice! Bak kata Wan…..

Lihatlah dunia! Nama dia tidak akan pernah padam dalam otak dan hati aku. Aku cuba memujuk hati aku sementara untuk melupakan Wan tapi aku gagal. Aku rasa kecewa dengan diri aku sendiri.

Sejak aku pulang ke rumah daripada petang tadi, Aini tidak bercakap sepatah kata pun dengan aku.Aku membiarkannya sahaja kerana malas memikirkannya. Aku benar-benar kusut pada waktu itu. Aini mengangguk sahaja dengan pelawaan aku.

Puas aku menilik dan menilai mata aku. Sedikit bengkak daripada kebiasaan. Aku gagahkan jua diri ini demi kawan-kawan aku yang setia menanti aku. Dalam perjalanan ke chalet, Aini mula bersuara pasal itu ini. Aku melayannya sahaja seperti biasa sehingga kami sampai ke destinasi yang dituju.

Sekali lagi kami berpeluk beramai-ramai. Suka sangat! Pada waktu itu. Senyuman mereka tidak lekang daripada bibir manis milik mereka. “Terlampau mahal kasih sayang mereka buat diri aku.” Aini tetap setia menjadi patung cendana melihat gelagat kami.

Perasaan kasihan menular dalam diri aku.Aku memperkenalkan satu persatu kawan sekolah menengah aku kepada Aini. Daripada jauh aku terlihat Amran Hidayat dan Fazlee Sufian sedang melambai-lambai tangan ke arah aku. Aku hanya membalasnya dengan senyuman.

Kami duduk di meja bulat bersama-sama dan bertukar-tukar cerita antara satu sama lain. Seperti biasa kami akan bergelak ketawa dan insan yang sentiasa menjadi penyeri ialah Syasya Airyscha atau dikenali oleh kami sebagai Chad. Aku mentafsir satu persatu personaliti mereka.

Syasya Airyscha atau dikenali oleh kami sebagai Chad/Caca/Scha, sifat gila-gila dan suka membuat orang ketawa tidak kira dalam keadaan sedih mahupun gembira. Chad ialah seorang sahabat yang begitu sukar menuturkan masalah daripada mulutnya. Kami sendiri bingung dengan kehidupannya asyik dengan kegembiraan sahaja.

Nafeesa Istisyad a.k.a Feesya/ Icha mempunyai sifat kebudak-budakkan yang tetap utuh dalam dirinya sehingga dewasa. So Childish! Tak matang! Ada sahaja perkara gila yang Feesya akan rancang apabila dirinya dilanda dengan kebosanan.

Efah Insyirah atau glamor dengan nama Efa/Fa lebih banyak sifat keibuan tersemat dalam dirinya. Efa juga seorang penasihat yang terbaik di kalangan yang terbaik. Aku sangat suka meluahkan masalah dengan Efa. Dia sangat memahami perasaan aku.

Farrah Asyirah ialah seorang sahabat yang banyak mendorong aku ke arah kejayaan. Farrah Asyirah lebih suka dipanggil Syirah. Syirah mempunyai semangat yang kental dan cita-cita yang tinggi dalam hidupnya. Syirah juga tidak lokek menyalurkan bantuan kepada sahabatnya yang memerlukan tunjuk ajar dalam pelajaran.

Anis Sofeya lebih suka dipanggil Anis ialah pendengar yang terbaik. Dia juga akan menjadi pendengar masalah suka duka sahabatnya. Anis akan membuat perbandingan kehidupan orang dengan kehidupan Anis. Dia seorang yang hebat bagi diri aku. Anis ialah seorang pencinta yang setia. Dia setia mencintai seseorang daripada dahulu sehingga sekarang.

Aku sangat mengenali siapakah gerangan yang telah mencuit hati si gadis muka bujur sireh ini. Lelaki itu pernah menghuni sebentar hati aku. Tetapi pada saat itu hati Anis juga penuh dengan bunga-bunga cinta si lelaki itu. Amran Hidayat!

Farah Aien dikenali sebagai Farah/Aien/Ayya dan Aneem Soraya dipanggil mesra Aneem/Neem/Ya. Mereka berdua adalah manusia yang sangat gembira walaupun diri mereka dilanda kesedihan. Mereka tetap akan cuba gembira walaupun kegembiraan mereka sangat plastik!

Mereka berdua sangat memahami perasaan dan situasi yang aku sedang alami. Mereka juga tidak kurang banyak menyalurkan semangat dan kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan. Tetapi diantara mereka Aini tetap top dalam hati aku. Aini ada semua yang sahabat aku ada. Aini yang paling sempurna pada aku dan untuk diri aku.

Lama aku merenung mereka. Satu persatu wajah mereka singgah pada pandangan mata aku. Mahalnya harga sebuah persahatan ini tidak terbayar dengan wang mahupun emas. Harga persahabatan ini tiada nilai. Merekalah sahabat aku dunia akhirat. “Terima Kasih Ya Allah kau kurniakan aku sahabat sebaik mereka. Aku pasti setiap kelemahan pasti kau akan tutup dengan kelebihan daripada setiap sudut diri aku. Thank You, Allah.”

Aku menghiburkan mereka dengan sebuah lagu yang cukup popular pada masa sekarang. Aku cuba memetik gitar milik Fazlee Sufian. Aku masih ingat notes-notes yang Wan ajarkan pada aku walaupun sudah bertahun-tahun aku tidak memetik gitar.

Aku cuba tahan air mata aku daripada melimpah. Aku gagahkan jua diri ini demi mereka. Merekalah segala bagi aku pada saat ini. Aku terus memetik gitar hanya kerana mereka. Mereka bersorak kegembi­raan bagaikan anak kecil.

Sahabat- Najwa Latif feat Syam Kamarul

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa

Kau ada di kala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh


Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis hidupku

Kaulah yang disitu
Setia menungguku
Kaulah yang satu menjadi sahabatku

Ku tahu
Ku kan selalu ada
Ada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kaulah yang selalu
Selalu menemani ku
Mendengar kisah pahit manis hidupku
Kaulah yang disitu
Setia menungguku
Kaulah yang satu menjadi

Kaulah yang selalu
Selalu menemani ku
Mendengar kisah pahit manis hidupku
Kaulah yang disitu
Setia menungguku
Kaulah yang satu menjadi sahabatku

Tepukan gemuruh dan sorakan kegembiraan mereka lemparkan buat aku dan Aini. Aini gembira dan mereka juga begitu. Mujur Aini pandai bermain piano dan aku pula berkebolehan bermain gitar. Jelas tergambar kegembiraan di wajah mereka. Alhamdulillah, Ya Allah aku dapat gembirakan orang disekeli­lingku.

Kami berbual-bual di tepi pantai sehingga lewat malam. Kami tidak sedar bahawa jam sudah menginjak ke angka 12 malam. Aini dan aku ingin pulang tetapi ditegah mereka kerana mereka sudah menyediakan chalet untuk kami. Wow! So sweet my friends.

Kasih sayang mereka terhadap diri aku tidak pernah berbelah bahagi sejak dahulu lagi. Benarlah kata orang sepi tidak bererti hilang. Aku diam bukan bermaksud aku sudah melupakan mereka. Aku masih ingat dengan mereka cuma aku sibuk dengan pekerjaan aku di hotel.

Aku dan Aini menganggukkan kepala. Kami setuju sahaja dengan kehendak mereka. Aini sangat mesra dan peramah melayan sahabat lama aku seperti sudah lama mengenali mereka. Aku sudah menelefon mak tok memberitahu bahawa kami tidak pulang ke rumah. Mak tok tidak banyak bantahan.

Aku dan Aini dihantar ke bilik kami. Aku ingatkan mereka akan beransur ke bilik masing-masing apabila sudah menghantar kami ke bilik. Rupa-rupanya mereka hendak tidur sebilik dengan aku. Semasa kami sedang berbaring di atas katil bersaiz king yang digabung 3, Syirah mula bersuara.

“Am aku tanya ini bukan hendak menyibuk tetapi sekadar untuk kepastian sahaja. Kau dengan….. dia… dah okey ke? Please, jangan marah aku. Kami hanya mahukan penjelasan sahaja sebab kami lihat sebahagian besar pasal Wan tidak pernah hilang dalam diri kau.” Mereka semua melihat wajah aku. Aku sembamkan muka aku pada bantal.

Aku perlukan waktu untuk menjawab semua soalan itu. Lama aku membiarkan keadaan seperti itu. Aku bangun dan duduk. Aku tenung satu persatu wajah mereka.

“Aku boleh maafkan dia tetapi untuk melupakan segala kenangan aku bersama dia aku tak mampu.” Aku peluk bantal erat-erat.

Feesya pula memberikan respon pada aku. “Takpa, Am kau ambillah sebanyak mana masa yang kau nak. Yang penting jangan lupa jemput kitaorang kalau nak khawin nanti.” Dihujungnya ada bunyi ketawa. Aku bingung. Aku terlihat mereka memandang ke arah Anis.

Tidak sempat aku berkata apa-apa telefon bimbit Efa berbunyi. Efa meminta kebenaran kami untuk menjawab telefonnya. Sekali lagi kebingungan menghuni sudut otakku.

 Aku melihat Aneem, Ayya, Feesya, Syirah, Aini dan Chad. Mereka mengangkat bahu bersama-sama tanda tidak mengetahui. Ada sesuatu yang mereka sorokkan daripada aku. Anis pula leka bermain sms. Aku pergi ke balkoni menjadi spy. Aku mendengar perbualan antara Efa dan si pemanggil.

Sah! si pemanggil itu lelaki. Aku terdengar Efa membalas perbualan terakhir si pemanggil lelaki itu. “Baik, cik abangku Fazlee Sufian. Efa takkan cakap dengan Am. Efa janji ya. Bye, love you my darling. Flying kiss from me. See you tomorrow.”

Yes! Aku dapat rakam. Padan muka kau Efa. Nak main sorok-sorok akhirnya kau terkantoi. Aku menjerit secara tiba-tiba. Semua penghuni bilik itu berlari ke arah aku termasuk Efa. Aku tergelak seorang diri melihat situasi kelam kabut itu. Aku memainkan kembali rakaman suara antara Efa dan si pemanggil tersebut, Fazlee Sufian.

Muka Efa sudah mula memerah seperti menahan malu. Aini, Aneem, Syirah, Chad, Anis, Ayya dan aku sudah tidak tahan menahan ketawa. Akhirnya ketawa kami terburai. Efa duduk di hujung katil muka sedikit bengang.

“Fa, marah ke? Sorry la. Saja nak manja-manja dengan kau. Asyik Fazlee Sufian saja manja-manja dengan kau aku tak boleh ke?” Aku cuba meraih simpati Efa.

Chad seperti memulangkan paku buah keras kepada aku. “Mengada nampak Am dengan Efa? Dengan Anis kau tak nak manja-manja ke? Asyik orang lain manja-manja dengan Anis ni.”

Aku membalas kembali pertanyaan Chad sebentar tadi. “Actually what happen with Anis and Efa?”

“Itulah problem kau sekarang! Orang lain sudah sampai China kau masih dekat Malaysia.” Aku memotong percakapannya.

“Cewah! Best nampak curi ayat aku?” Aku mengangkat kening aku sebelah kiri.

Chad hanya ketawa. “Relax ah! Sharing is caring. Itulah kau Am kawan sendiri nak naik pelamin tak lama lagi pun kau tak tahu. Anis dah jadi tunangan orang dan Efa bakal jadi tunangan orang.”

Aku mengangguk tanda faham. “Aku tahu Efa dengan Fazlee Sufian aje. Dengan Fazlee Sufian batch kita la ni?”

“Yela. Fazlee Sufian batch kita. Anis pula menjadi tunangan kepada Amran Hidayat. Sudah hampir 2 bulan mereka bertunang.” Aneem menjawab soalan aku bagi pihak ramai.

Aku terkejut bukan kepalang tetapi aku cuba menutupnya dengan senyuman plastik. Aku menggembira­kan hati aku demi mereka. Anis dan Efa mengejar Chad keliling katil kerana Chad mengejek mereka. Aku hanya ketawa melihat gelagat mereka. Masih tidak matang! Tetap keanak-anakkan seperti dahulu.

Aku akan cuba bahagia jikalau mereka bahagia. Sudah tercalit sedikit kegembiraan dihati aku buat diri mereka. Semoga kehidupan mereka tidak akan ada kisah sedih seperti kisah kidupku.Ingatlah bahawa hidup adalah perjuangan!

“Sahabat yang memahami antara satu sama lain adalah sahabat yang benar-benar mengenali luaran dan dalaman sahabatnya”

No comments:

Post a Comment