Translate Language

Saturday, 18 October 2014

Bab 3- Pertama Kali Cinta #PKC


BAB 3
Aku merasakan terlalu berat beban yang aku sedang pikul selama beberapa hari ini. Mungkin aku terlalu takut untuk meluahkan apa yang terbuku dihatiku kepada Aini. Kami berdua terlalu sibuk melangsaikan segala kerja kami.

Aku dengan Aini tidak bertegur sapa dalam masa 2 hari ini. Dia sibuk dalam menguruskan laporan pesakit-pesakitnya untuk ditinggalkan kepada doktor Zaf. Aku pula sibuk menyiapkan laporan tahunan department masakan untuk big bos Hotel Permai, Datu Mansor Eusof.

Untuk kali pertama aku mengambil cuti yang agak panjang setelah aku memberikan khidmat disini hampir 3 tahun. Ramai yang mengatakan bahawa aku mengambil cuti panjang ini kerana hendak berkhawin. Aku menafikan segala gossip yang digembar-gemburkan itu kerana semua gossip itu tidak betul.

Sejak akhir-akhir ini aku selalu sahaja digosipkan dengan Encik Azif Arrayan anak kepada pemilik Hotel Permai, Datuk Mansor Eusof. Aku pun tidak mengetahui pucuk pangkalnya mengapa menjadi begitu. Sarah Edora, pembantu peribadi encik Azif selalu sahaja menghantarkan kepada aku bunga pada setiap hari Isnin dan Jumaat.

Tentang Sarah Edora ini pun aku kurang faham dengan tindakan yang dilakukannya.Aku kadang-kadang terpaksa menolak kerana malu ingin menerimanya. Apabila ditanya siapakah yang menghantar semua bunga-bunga ini, Sarah Edora hanya menjongket bahu tanda tidak mengetahuinya.

Sarah Edora hanya mengikut pada arahan yang dituliskan pada sebuah kertas yang diletakkan di atas mejanya. Pada setiap bunga pasti akan diselitkan kad dan ayat-ayat yang ditulis sangat mengusik jiwa. Ayat dibawah ini adalah salah satu daripadanya.

To: My Love,

Aku bukanlah orang yang hebat,
Tetapi aku mahu belajar daripada orang yang hebat,
Aku adalah orang biasa,
Tetapi aku mahu menjadi orang luar biasa,
Dan,
Aku bukanlah orang yang istimewa,
Tetapi aku ingin membuat seseorang menjadi istimewa di hatiku.

Flying kiss from me, your Mystery Love.

“Bila masa pulak den jadi cinta hati kau ni.” Sakit pulak hatiku. Aku sudah bosan menerima bunga daripadanya sehinggakan rumah yang aku duduki penuh dengan bunga pemberiannya. Ada separuh daripada bunga-bunga itu aku berikan kepada rakan sepejabat aku. Aini hanya menggelengkan kepalanya apabila tangan aku penuh mengangkut bunga pemberian orang yang tidak kukenali ke rumah.

“Hati orang tidak pernah sama dengan hati kita. Kadang-kadang kita rasa hati kita dengan dia sama tetapi kita sebenarnya salah tafsiran.”

Kata-kata yang selalu umi akan katakana kepada aku apabila ada seorang yang tidak aku kenali memberi­kan aku hadiah. Ketika aku sekolah menengah dahulu. Aku selalu mendapat hadiah daripada peminat misteri.

*******

Tibalah hari yang kami tunggu, aku dan Aini akan pulang ke rumah mak tok. Aku tidak memberitahu kepada mak tok tentang kepulangan aku. Aku pasti dia sangat gembira dengan kepulangan cucu kesayangannya.

Tetapi hati aku sedang resah disaat itu. Aku menanggung beban yang berat kerana aku akan memijak tanah yang penuh dengan kenangan cinta antara aku dan Wan. Selepas perpisahan antara kami terjadi, aku tidak pernah pergi mahupun buat sesuatu yang mungkin boleh mengingatkan aku kepadanya. Dan salah satu daripadanya, aku tidak pernah peluang ke rumah mak tok.

Sudah terlalu lama aku tidak menjejakkan kakiku ke sana. Sudah 6 tahun lamanya selepas aku berpisah dengan Wan. Aku melihat Aini begitu leka menyantap nasi lemak yang aku masakkan pagi tadi. Bersungguh-sungguh Aini menikmati sarapan pagi yang aku sediakan itu.

Aku membawa satu jag air teh o panas. “Kau dah siap kemas beg? Kalau tak kemas lagi, sempat lagi nak kemas. Lagipun aku tahu kau sibuk weekend ni. Aku dah kemaskan baju aku malam semalam.” Aku menuangkan air itu ke dalam cawan yang sudah aku sediakan di atas meja.

“Aku awal-awal lagi dah siapkan sebab excited nak balik sana. Lepas kau bagi tahu aku nak balik Kedah tu aku dah siapkan semua. Amacam? Aku lebih superb daripada kau! Tak sabar nak jumpa mak tok. Last aku jumpa mak tok time kita baru-baru masuk tingkatan 4. Masih kanak-kanak riang disaat itu.” Aku hanya tersengih mengingatkan kenangan lama.

“Okey, kau je yang superb 24/7. Aku jugak yang kalah.” Aku mengalah sahaja dengan sikap kebudak-budakkanya. Aku bersarapan sekali dengannya. Senang! Apabila siap makan mudah untuk kami kemas bersama-sama.

“Alololo, merajuk? Ada aku kesah? Makanlah cepat kang kita terperangkap dalam jalan jammed. Susah tahu.” Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan.

Kami berdua hanya perlu memakai tudung sahaja. Aku mengambil tudung bawal yang sudah siap aku gosok sebentar tadi. Aku pin disebelah kiri dan satu lagi disebelah kanan. Siap. It simple but nice!

Aku turun ke ruang tamu untuk menunggu Aini sambil aku membelek majalah yang sudah beratus kali dibaca oleh kami. “Hai, lamanya dia ni bersiap. Nak kata pergi akad nikah kang macam tak logik je sebab Aini ni pakwe pun takde.” Aku merungut sendirian.

“ Datin Paduka, Hajah, Puan Sri, Dato’, Datin dan semua panggilan yang terhormat dalam dunia ni untuk kau, lambat lagi ke siap? Aku dah naik kematu ni tunggu kau.” Aku menjerit daripada ruang tamu kerana kaki aku malas untuk melangkah ke biliknya walaupun biliknya tidak sampai sebatu.

“Kejappppppp! Aku dah siap dah. Aku nak ambik beg kejap ni.” Suaranya sudah menjelaskan situasi yang sedang berlaku.

“Okey! Aku tunggu kau dalam kereta. Jangan lupa kunci pintu. Yang lain semua aku dah check dah, semua dah tutup dan kunci.” Aku meloloskan diri aku ke dalam kereta dan membuka radio.

Sementara menunggu Aini, aku melayan muzik yang DJ Era putarkan. Lagu yang diputarkan itu sungguh menghiburkan hati aku. Kelakar pun kelakar. Tidak sampai 5 minit aku menunggunya, dia sudah ada disebelah aku. Agak terkejut aku, dia sampai macam chipsmore!

Dengan bacaan Bismillah, kereta Exora pemberian abah yang aku pandu berhati-hati memecut keluar daripada kawasan perumahan kami. Kami merempuh kedinginan pagi hanya untuk pulang ke rumah mak tok. Manusia lain sedang leka diulit mimpi, kami sudah berada dijalanan untuk pulang ke Kedah.

Suasana di dalam kereta terlalu sepi. Aku tiada tajuk untuk dibualkan dengan Aini. Aini tidak habis-habis membelek handfone LG Prada miliknya itu. “Aku tahulah handfone kau jenis limited addition tapi jangan lupa kawan.”

Sesekali aku terdengar Aini ketawa ketika membaca sms. Aku tetap membatukan diri. Aku focus dengan pemanduan aku. Aku membiarkan Aini melayan perasaannya. Aku mengeluh berat. Aku cuba mele­paskan semua masalah yang aku alami melalui keluhan aku.

Aku dan Aini mempunyai banyak persamaan. Apabila kami mempunyai masalah kami akan mengeluh dan terus mengeluh. Kadang-kadang jikalau kami kepenatan kami akan mengeluh jua. Aini yang sedang asyik bermain sms terbantut apabila mendengar keluhan daripada mulut aku. Aini memerhati wajah aku. Aku memberikan senyuman.

“Kau kenapa? Berat bebenor masalah kau. Nak share?” Telefon bimbitnya berbunyi. Aini membalas sms itu untuk kali terakhir kerana selepas daripada itu aku tidak mendengar lagi LG Prada miliknya menjerit.

Yup, sangat berat. Selama 6 tahun aku memikul beban ini di dalam hati aku. Hanya Allah yang tahu betapa terseksanya hidup aku selama 6 tahun. Aku nak mintak maaf dengan kau sebab aku banyak belakangkan kau dan tidak menceritakan kisah aku habis-habisan pada kau.” Aku memohon kemaafan daripada Aini yang sepatutnya sejak 10 tahun lalu aku meminta maaf daripadanya.

“Kau ada hak kau, Am untuk menceritakan kesemua kisah kau. Aku takda hak, hak aku hanya sebagai pendengar sahaja. Tapi aku rasa kau agak tidak adil sebab kau menyeksa hati dan perasaan kau. Sudah ada yang sedia menghulurkan cinta dan kasih sayang untuk kau kau menolaknya. Dia sanggup habiskan ratusan ringgit untuk berikan kau bunga. Tetapi kau tak reti nak hargainya. Sebab HATI.

Hati kau ada pada dia tetapi hati dia takda pada kau. Aku tahu disebabkan peristiwa pahit yang berlaku dalam hidup kau menyebabkan kau sukar untuk terima cinta lain. Sepatutnya kau berikan hati dan jiwa kau peluang untuk terima kasih sayang daripada orang lain.  Aku tidak mahu kau memendam terlalu lama masalah ini. Kadang-kadang disebabkan masalah, kau akan dapat penyakit barah hati kerana terlalu banyak memendam rasa.

Bukan 1 atau 2 tahun kau memendam rasa dan perasaan tapi 6 tahun Am, 6 tahun bukan masa yang singkat. Ianya satu tempoh yang lama. Aku bukan mendoakan kau untuk dapat penyakit tetapi itu adalah salah satu kesan sampingan apabila hati kau terbeban dengan masalah.” Aini Fasihah ialah pendengar dan penasihat yang hebat.

Setiap apa yang dituturkan olehnya selalu sahaja tepat pada sasaran. Apabila aku bersamanya aku tidak boleh lari daripada kenyataan. Dia tetap akan menyoal dan terus menyoal demi mencari kebenaran yang sebenar.

“Entahlah, Aini aku bingung dengan perasaan aku sendiri. Aku tidak pernah faham dengan kemahuan diri aku sendiri. Aku tertanya sendirian. Adakah benar pilihan yang aku buat untuk diri aku? Adakah ianya akan mendatangkan kebaikan? Menjadi seorang manusia lain dalam dunia aku sendiri.

Selama 6 tahun aku memupuk diri aku sendiri untuk menjadi manusia lain dan hasilnya kau lihatlah sekarang. Aku tidak mengetahui tujuan aku sekarang. Biarlah masa yang menentukan segalanya.”  Aku malas memikirkan semua perkara tersebut.


“Ya, aku faham. Kau masih sakit hati dengan semua peristiwa pahit yang dilakar oleh seorang lelaki yang bernama Syafiq Hawan. Walaupun aku tidak begitu mengenalinya aku boleh membayangkan bagai­mana dia boleh membuatkan diri sahabat aku ini berubah.” Aini merasakan getaran Syafiq Hazwan pada diri sahabatnya Amnie Halifi terlalu kuat.

“Kau berjaya memecahkan hati batu sahabat aku. Aku tabik sama kau, Wan. Tetapi aku kecewa dengan kau sebab kau tidak manfaat Amnie Halifi sebaik mungkin. Dia adalah manusia yang paling baik pernah aku temui. Aku tetap aku doakan jodoh kau dengan dia masih ada.” Aini tersenyum sinis.

Sepanjang perjalanan kami hanya berbual kosong untuk memecahkan kesunyian. Pelbagai tajuk kami utarakan untuk dijadikan sebagai isu perbualan. Daripada isu artis sehinggalah isu politik kami bahaskan. Penat berbual, kami bernyanyi bersama-sama lagu yang diputarkan di corong radio.

Kami berhenti rehat di hentian rehat untuk solat jamak takdim dan makan tengahari. Kami memulakan kembali perjalanan apabila selesai. Kereta milikku meluncur laju dipandu oleh Aini. Aku sudah kepenatan kerana sudah separuh daripada jalan ke Kedah aku pandui kereta Exora milikku. Aini menggantikan aku pula.

“ Pahit manis kehidupan seorang manusia bergantung pada takdir dan lohmahfuz yang Allah tetapkan”

No comments:

Post a Comment