Translate Language

Wednesday 9 September 2015

Bab 16- Pertama Kali Cinta #PKC


BAB 16
Perkhawinan yang cukup adventure. Disuruh nikah kita nikah sahaja nasib baik hal rumah tangga kita tidak diikut campur! Hidup aku macam dekat circus. Penat hidup dengan badut ini. Melawak 24/7 tak pernah kenal erti penat. Ada sahaja lawak Azif yang sememangnya mencuit hati aku.
Azif memandang wajah isterinya yang sedang nyenyak tidur. Hatinya ketawa puas kerana berjaya mengenakan isteri kesayangannya. Memang sekarang Azif boleh ketawa sepuas-puasnya tetapi dia harus tunggu pembalasannya esok.
*******
Kebahagian yang aku kecapi sepanjang pernikahan adalah sesuatu benda ataupun perkara yang aku tidak pernah dapat sepanjang aku hidup. Bulan berganti bulan, usia perkhawinan kami menjangkau 6 bulan. Kami semakin mengenali hati budi masing-masing dan dalam proses mengenal antara satu sama lain. Ya! Memang payah melalui fasa ini.
Dan kepayahan ini aku dapat rasai hanya waktu sekarang. Dulu aku hanya menguruskan keperluan diri sendiri tetapi sekarang aku perlu uruskan keperluan diri aku dan Azif. Pada permulaannya agak payah tetapi lama kelamaan semakin cekap aku uruskan semuanya.
“Am, Azif rasa baik kita duduk rumah sendiri. Ada privacy barulah boleh manja-manja dengan Am.” Dihujungnya kedengaran ketawa.
“Baru sekarang Azif terfikir? Am sebenarnya dalam fikir tapi malas nak suarakan pada Azif.”
“Sebenarnya Azif dah 6 bulan beli rumah untuk kita. Usia rumah yang Azif beli pun sama juga dengan usia perkhawinan kita.”
“Sampai hati Azif tak bagi tahu Am. Eeii, geramnya!”
“Alaa, Azif tak sampai hati sebab Azif tengok Am macam tak boleh berenggang dengan abah je. Sebab tu Azif diam je. Azif kesian pada Am takut Am nangis bila berpisah dengan abah.” Dibuat muka mengejek pada aku.
“Okay fine! Jangan cakap dengan Am seminit.” Aku merajuk dengannya.
Seminit keadaan kami begitu. Sunyi tanpa bualan tetapi yang peliknya Azif hanya mengikut rentakku. Tiba-tiba Azif bersuara.
“Sayangku, seminit sudah berlalu so bila Am ada free time? 6 bulan hidup berumah tangga kita tak plan nak pergi honeymoon pun. Abah dah bising ni. Tolonglah Am, Azif tak sanggup dengar bebelan abah dengan kak Leya.”
“Honeymoon?! Geli geleman tahu. Okaylah nanti Fi fikir balik pasal ni. Fi pun kena bebel jugak dengan abah pasal tak spent time dengan suami terchinto la sangat!” aku menjelir lidah padanya.
Azif hanya ketawa melihat aku. Aku kembali menyambung tugasku berkaitan dengan cawangan kafe milikku. Banyak perkara yang aku perlu lakukan untuk memajukan perniagaan aku ini.
********
Entah mengapa sejak akhir-akhir ini Azif tidak begitu sihat. Sangat mudah merajuk. Kuat makan. Selalu minta makanan yang pelik-pelik. Terpaksalah aku melayannya. Nasib baik Azif dapat isteri yang serba boleh. InshaAllah semua menda boleh buat. Garenti beres punya!
Kafe milikku akan menjadi ‘extravaganza’ sibuk apabila hari minggu. Tak menang tangan aku melayan pelanggan yang datang berkunjung ke kafe milikku. Kafe milik aku, kakak dan abah sudah semakin maju. Dan kami bakal membuka lagi satu cawangan. Aku berehat sebentar di belakang.
“Am penat ye?” Azif mengurut-ngurut bahu aku. Aku merasakan satu suasana yang sangat selesa.
“Penat sangat. Tak menang tangan Am.” Tiba-tiba aku merasakan tekak aku sangat loya. Bau busuk yang entah datang daripada mana meloyakan tekak aku. Aku berlari ke singki secepat mungkin.
Selepas memuntahkan semua isi perutku. Pandangan aku tiba-tiba menjadi kabur. Azif semakin kalut. Dia tidak tahu hendak membuat apa. Aku terus berpaut padanya sebelum aku pengsan. Azif menjerit memanggil abah.
Dalam keadaan segera abah menuju ke dapur. Mereka segera membawa aku ke klinik yang berdekatan untuk menerima rawatan. Azif sudah tidak senang duduk. Mundar-mandir ke kiri dan ke kanan kerana terlalu risau akan isterinya.
Kelihatan doktor keluar dari bilik rawatan. Beliau maju ke arah Azif.
“Encik..” Azif memotong kata-kata doktor muda itu.
“Azif. Ada apa-apa yang tak kena pada isteri saya doktor. Saya sanggup bayar berapa sahaja asalkan isteri saya selamat.” Doktor muda itu hanya mengangguk-anggukkan kepala dan memberikan senyuman kepada si suami.
“Isteri Encik Azif memang ada apa-apa. Isteri encik mengandung 3 bulan. Tahniah encik.” Doktor muda itu berlalu pergi sambil tersenyum.
“Abah betul ke ni? Tolong lempang Azif kejap.” Kakak hanya ketawa melihat reaksi adik iparnya.
“Tak perlu abah lempang. Akak cubit Azif ini.”Azif terjerit kesakitan menerima cubitan kakak.
“Serius Azif tak mimpi kakak. Azif dapat rasai betapa sakitnya cubitan kakak. Meh sini Azif cubit abah pulak. Dari tadi abah senyap tak bercakap.” Abah hanya duduk di kerusi seperti memikirkan sesuatu.
Azif menghampiri abah. Segera membangunkan abah daripada lamunan. “Abah memang betul anak abah mengandung. Dan abah bakal jadi datuk.”
Kedengaran sendu bunyi tangisan abah. Kakak segera memeluk abah. “Abah janganlah sedih. Kita dapat sebuah berita gembira ini. Adik mesti tak suka tengok abah sedih-sedih macam ini.” Kakak cuba memujuk abah.
“Abah rindu dekat umi. Apa yang umi hajati yang berjaya dia capai semasa hidupnya. Alhamdulillah abah bakal jadi datuk. Tua sudah abah.” Sempat lagi abah melawak walaupun sedang menangis.
Azif hanya ketawa melihat dua beranak itu. Kehidupan sebuah keluarga yang diimpikannya akhirnya tercapai setelah sekian lama menunggu. Alhamdulillah Ya Allah. Terima Kasih atas segala kurniaan-Mu. Permudahkan segala urusan kami semua dan urusan isteri yang aku sangat cintai. Cambahkanlah cinta kami berdua tanpa putus pada setiap waktu.
*******
Dalam keadaan aku yang kadang sihat kadang tidak Azif telah membuat perancangan untuk membawa aku berbulan madu. Yehoo! Our first honeymoon. Amnie Halifi jenis seorang yang tidak kisah dibawa kemana sahaja tempat perlancongan asalkan tempat yang dia pergi adalah sebuah pulau.
“Am, we will fly to Sabah to Pulau Manukan. Are you happy with me ?” kata Azif sampai menayang dua tiket penerbangan ke Sabah.
One answer for one question. I love you.” Kataku sampai memeluknya.
Azif membalasnya kembali. “I love you too and our baby soon.” Sambil tangannya memegang perutku yang masih kempis. Tidak kelihatan seperti ibu mengandung kerana kandungan masih baru.
Macam-macam perkara yang perlu kami lakukan. Azif sibuk dengan kerjanya di hotel yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Aku pula tidak menang tangan menyiapkan proposal untuk cawangan kafe baharu aku. Kepenatan berganda dengan keadaan aku yang mengandung ini.
Aku mengatur temu janji untuk bertemu dengan Chad dan Ameer. Sudah terlalu lama kami tidak ketemui. Masa yang terlalu mencemburui kami. Aku terlalu rindu dengan semua sahabat aku. Kali terakhir aku bertemu dengan mereka 6 bulan yang lepas. Aduhh! Rindunya dengan mereka.
Ameer dan Chad datang ke kafe kami ketika hujung minggu. Aku memeluknya erat sekali. Azif dan Ameer hanya mempu memandang dan menggeleng-gelengkan kepala. Perangai serupa budak kecil. Sedangkan umur kami sudah patut menjadi seorang ibu.
“Chad, aku ghinduuuu sangat dengan kau. Apa macam hidup dengan Ameer Khan tu?” Chad membulatkan matanya.
“Berani kau samakan Ameer  aku dengan Ameer Khan? Ameer  aku lagi handsome dari Ameer Khan tu tahu!” Aku ketawa sekuat yang mungkin.
“Konon dulu sebelum dapat Ameer kau tu Amerr Khan itulah yang kau puja sepanjang masa. Dapat Ameerol Amin kau lupakan jasa Ameer Khan. Perangai apa ni? Anak sapa yang tersesat dekat kafe aku ni?” Suara aku kuatkan sedikit.
Muka Chad mula mencuka tanda geram dengan aku. Ameer hanya ketawa. Geli hati mungkin melihat kami. “Jasa apa yang Ameer Khan bagi dekat aku Amnie Halifi? Engko buatlah sekali lagi macam tu memang aku angkat kaki dari kafe ini dengan makanan-makanan sekali aku angkat.”
Aku buat muka mengejek bercampur dengan serba salah. Kau orang bayangkan muka aku jadi apa. Tak boleh nak bayangkan sebab memang buruklah. Wahahaha! Gelak sakan aku sambil menari salsa.
“Ameer Khan tu tempat kau nak melempias rindu dekat Ameer kau tu.” Aku sengaja menunjukkan ke arah Ameer yang memang tidak jauh daripada kami berdua.
“Hahaha. Am give me five sikit. Kantoi orang tu dengan kita.” Ameer sengaja mengejek menambahkan kebengangan Chad.
“Sekarang gelaklah puas-puas. Gelaklah dengan Am ni sampai besok pun takpe. Abang tahulah balik rumah nanti abang tidur mana.” Chad menggunakan kuasa vetonya mengugut Ameer.
Ameer menganggkat tangan menyerah kalah. Ameer kembali kepada Azif untuk menyambung kembali perbualan mereka. Azif hanya ketawa daripada tadi tidak henti-henti. Aku pun hanya menyambut kata-kata Chad dengan tawa.


“Kegembiraan yang dahulunya kita rasakan susah ingin dikecapi sekarang kita dapat mencapainya dengan bergolek-golek tanpa kita ketahui. Kerana ‘kunfayakun’ penentu segala. Trust Allah.”



p/s: actually El taknak bagi korang baca banyak-banyak sebab nanti tak laku weh novel Ek. hahaha, sebab ramai yang request ape yang akan terjadi nanti so El kesian El bagilah korang satu bab lagi as a GIFT. 

Its all belong to Allah :)

Penghijrahan Tunggal, 150820

Salam alaikh semua umat nabi adam. El Amni disini.

Ya, benar aku memang umpama biskut kadang ada kadang tiada. Biasa kehidupan dunia menuntun masa El jauh bawa pergi dari dunia blog ini. Rindu ofkos El rindu kerana di sini El mengenal sebenar erti you are young and wild!

Disini ingin El titipkan satu pesan, satu pengajaran or it can be like my story about my hijrah.

HIJRAH can be so many concept or macam mana orang faham dengan maksud hijrah, Almost of us can faham hijrah is like berubah daripada jahat ke lebih baik. Daripada dulu perangai macam mangkuk tandas sekarang bagi molek sikit ayu sikit be like mangkuk tingkat.

Actually im not quite good person always keep melawak tak kira masa, kasar and seriously sangat-sangat kasar, perangai kuat marah tak tentu hala or its more good kalau El kata El memang perangai teruk. Pranga supo beruk! hahaha. Macam my friend told kalau dia rasa prangai orang tu melampau sangat.

How El boleh hijrah dari zero?

Tak senang yang disangka tapi kalau tak cuba sampai matilah perangai akan tetap macam mangkuk tandas. First, i ask myself macam mana ya aku nak jadi lagi baik dari sekarang? and pada masa yang sama jugak tertanya jugak sorang diri about my friend, teacher and my family reaction. its okay or k.o?

Tapi bila fikir balik El bukannya nak pergi merompak just nak hijrah be a better person with piece of purdah on my face. Bertarikh 20 August 2015, its all happened and masa first nak mintak permission umi menggigil sejuk kaki tangan, El laugh sorang-sorang sebab why El so nervous?

Perasaan tu macam El nak mintak permission umi El nak kawin. hahaha, its more like that la my fefeling jauh sangat. But seriously death im too nervous. And malam tu El pegi kelas with my purdah and my classmate be like who are you? After a few minute they all macam okay aku kenal sape dia so dorang pun tegur.

And hari-hari seterusnya El jalani dengan penuh tabah walaupun kata cacian such as taufan for me but im okay cause' im too cute with these all mangkuk tandas and haters. Faham sendiri jelah maksud dia. haha. Sebelum El kenal hijrah ni banyak tempias dah El kene but half El cerita pada umi and half i keep secret.

Actually kalau nak cerita whole story so panjang and El malas sangat taip. haha. So last word, to all the muslimah yang baru berhijrah no matter what you are first you have to know all the things in your life all belong to Allah. Perjalanan hijrah ni jauh sangat you have too keep sado everytime takde masa nak culas-culas sadonya.

But macam biasa niqabis ke purdahbis ke we all still manusia biasa bukannya nabi maksum. Kalau rasa banyak dosa harini taubat selagi masa dan nyawa masih ada. Second do not upload your photo sebab kata nak hijrah kan? kenapa masih buat perangai jahiliyyah?

El nak muslimah semua fikir baik-baik. Hijrah ini juga memutuskan couple dan cinta monyet korang semua. Dan orang yang berani hijrah ni she is such a brave person. She left everything yang tak baik dalam diri dia untuk beriman pada jalan Allah. Jaga ikhtilat! nak bercinta lepas kawin. Nak suami suruh parents cari and then lepas tu bercintalah tonggang terbalik pun takpe.



JAGA HATI.
JAGA MATA.
JAGA IKHTILAT.

ikhlas: dari penghijrah mangkuk tingkat baru untuk muslimah bakal syurga yang El sayangi

-EMAN EL AMNI-

Dari hatiku untuk hatimu, muslimah. Kalau muslimat yang baca nak hati saya datang rumah jumpa abah dengan umi saya. haha, ok acah. Wassalam.