Translate Language

Saturday, 18 October 2014

Bab 2- Pertama Kali Cinta #PKC


BAB 2
Ketika kami sibuk berbual, pelayan membawa makanan yang kami pesan sebentar tadi. Aku mula merasakan sesuatu yang tidak kena tetapi aku tidak menyuarakannya. Aku bimbang Aini akan membuat sesuatu diluar kawalan aku.

Aini mempamerkan memek muka yang agak pelik. Dia pelik melihat nafsu makanku yang agak melampui pada batasannya. “Am, aku pelik tengok kau malam ni, kenapa nafsu makan kau melampau sangat? Selalunya tak macam ni.”

Aku terpaksa senyum. “Aku lapar sangatlah Aini, tengahari tadi aku tak sempat nak makan sebab terlalu banyak kerja yang perlu aku selesaikan.” Aku masih menyembunyikan sesuatu yang sememangnya sudah terang-terangan berada di hadapan mata aku. Aku merasakan ada seseorang sedang memerhatikan aku daripada jauh. Aku hanya menganggapnya sebagai andaian sahaja.

“Am, kau tak payah tipu aku. Kau adalah seorang manusia yang menjaga waktu makan. Kau kerja sebagai Senior Assistant Of Chef. Jawatan kau tu bawah sikit je pada big chef. Ni mesti ada something happened now but you afraid to tell me, right?” Aini adalah seorang yang tidak suka berselindung dalam menyelesaikan sesebuah perkara.

Lidah aku kelu untuk berkata-kata. “Adakah Aini sedar dengan kehadiran Wan disitu tetapi mustahil Aini tidak pernah berjumpa Wan secara berhadapan. Aku hanya bercerita itu ini pasal Wan pada Aini. Aku tidak berkesempatan mengenalkan Wan kepadanya hanya gambar yang aku tunjukkan kepadanya.” Getus hati kecil ini yang sedang resah memikirkan jawapan kepada soalan yang Aini ajukan kepada aku.

Lama aku membiarkan keadaan sepi seketika. Tegang. Tiada satu suara pun yang hinggap di gegendang telingaku.

“Aini, kalau….kalau aku kata yang d…i..dia ada dekat sini kau nak buat ape?” Aku takut-takut untuk menyuarakan perihal Syafiq Hazwan.

Muka Aini berubah. Dia terkejut. “Kau biar betul?”

Aku hanya mengangguk tanda mengiakan.

“Mana?” Daripada riak wajah Aini, aku tahu Aini ingin mengenali Wan dengan lebih dekat. Aini adalah seorang wanita yang sukar dijangka perbuatannya.

Aku menjuihkan bibirku ke arah tempat duduk Wan. Aini yang duduk bertentangan dengan aku berpusing ke belakang untuk melihat wajah lelaki yang pernah meruntuhkan hati batu sahabat karibnya itu. Sehinggakan sahabat karibnya merana dan kecewa disebabkan perbuatan lelaki itu.

Wan yang daripada tadi leka melayan perempuan disebelahnya agak terkejut dengan pandangan tajam yang dihadiahkan oleh Aini Fasihah. Lama pandangan mereka bertaut tetapi pandangan Aini bukanlah pandangan cinta. Pandangan Aini adalah pandangan maut.

Wan ingin mengalihkan pandangan ke arah perempuan disebelahnya tetapi dia tergamam sementara. Puas aku cuba menyorokkan diri aku. Dia tetap teguh melihat aku daripada jauh. Tiada kelipan daripada matanya.
“Amnie Halifi, Wan rindu Am. Am selalu ada dalam hati Wan. Selalu dan sentiasa akan ada dalam hati Wan. Tak kira Wan terpaksa khawin atau bertunang dengan sesiapa pun. Cinta Wan untuk Am tidak pernah akan luput.”

Kenangan lalu menerjah jiwanya. Ketika kami sekeluarga pergi bercuti di sebuah pantai di Kuantan. Wan ligat memetik gitarnya menyanyikan sebuah lagu buat diri aku. Disaat itu kami masih bahagia dan menjadi perbualan hangat dalam keluarga besarku.

Saat Terakhir- P.U.S.P.A

Tak pernah terfikir olehku
Tak sedikit pun kubayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit kurasakan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Di bawah batu nisan kini
Ku telah sandarkan kasih sayang kamu begitu dalam
Sungguhku tak sanggup ini terjadi
Karnaku sangat cinta
Inilah saat terakhirku melihat kamu
 Jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih

Satu jam saja ku telah bisa cintai kamu, kamu, kamu dihatiku
Namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu….
Dihatiku namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku semumur hidup……
Dinantiku…..

*******

Lama aku membiarkan keadaan ini. Selesai Aini makan aku mengajak Aini pulang ke rumah. Aku tahu Aini masih tidak berpuas hati selagi dia tidak dapat mencari erti kebenaran. Aini berang dengan sikap aku yang selalu ambil mudah.

Apabila Aini marah dia tidak akan bercakap sepatah pun denganku. Aku sudah lali dengan sikapnya.
Aini sebenarnya seorang yang sangat prihatin dengan sahabat karibnya. Dia akan mengambil tahu pelbagai aspek pada diri sahabatnya kerana terlalu menyayangi sahabatnya.

Perkara ini berlarutan selama 3 hari. Ini membuatkan aku resah. Kami tidak bercakap sepatah pun selama 3 hari.

“Aini, aku tahu kau marahkan aku. So, aku mintak maaf okey?” Aku mempamerkan wajah kasihan kerana aku tahu Aini akan cair dengan wajah itu.

“Kau boleh tak jangan buat muka macam tu?  Aku nak merajuk tak jadi nak merajuk sebab kau buat muka kasihan.” Aini hanya tersenyum. Dia selalu  kalah dalam hal begini.

Yes, im the winner.” Aku menjelirkan lidahku kepadanya.

“Aku potong kang baru tahu. Aku sebenarnya kecewa dengan sikap kau sejak kita jumpa balik awal tahun ni selepas kita berpisah kira-kira 10 tahun dahulu. Kau terlalu banyak rahsia antara kita. Selalunya kau akan bagitahu aku. Kau tidak akan membelakangkan aku. Tapi sekarang dah lain. Kau menjadi seorang yang sangat perahsia.” Sungguh aku tidak tahu mengapa aku berubah menjadi begitu.

“Aku minta maaf sangat dengan kau kalau selama ni, sikap aku buat kau sakit hati. Aku tak tahu macam mana nak teruskan kehidupan aku sekarang. Aku jalankan kehidupan aku terlalu formal dan penuh protokol. Aku cuba biasakan kehidupan baru ini.” Aku mengeluh. Aku tidak tahu bagaimana mahu memulakan cerita.

“Aku rasa ada sesuatu yang dah lama bersarang dekat hati kau tapi kau tak tahu nak luahkan dekat sapa. Nak luah dekat mak bapak kau diaorang pun dah tak tahu nak buat macam mana dekat kau. Kalau kau rasa aku adalah orang yang terbaik untuk kau luahkan. Aku sedia mendengar.” Terlalu telus kata-kata yang Aini luahkan kepadaku. Aku menjadi serba salah.

Aku sudah dapat meneka bahawa Aini akan berkata begitu. Aku mengangguk. Memang benar apa yang dia katakan itu. “Aini, aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita ini, tapi aku harap sangat kau berikan aku ruang untuk fikir balik samada patut atau tak patut aku luahkan.” Aini hanya diam.

Aini leka melihat rancangan kegemarannya, Running Man. Rancangan yang sememangnya terkenal di serata dunia. Aini ialah peminat Korea yang tegar. Semua nama artis Korea Aini hafal disebabkan minat yang terlalu dalam.

Aku tahu di saat ini Aini berkecil hati dengan sikap aku. Aku hilang selama 5 tahun daripada Kampung Relong kerana ingin melanjutkan pengajianku di Kolej Vokasional Perempuan di Temerloh demi mencapai cita-cita aku. Jikalau tidak aku tidak akan dapat apa yang aku mahukan selama ini.

Ketika aku pulang ke Kampung Relong, Aini pula berada di Amsterdam melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Aku bertanya khabarnya melalui ibunya sahaja. Aku tidak berkesempatan menelefon­nya. Dia tidak mengetahui apa-apa tentang perkara yang menimpa diri aku.

Aini pulang ke Malaysia selepas 5 tahun di Amsterdam. Aini berjaya mencapai cita-citanya sebagai pakar sakit puan. Aku berbangga dengan kejayaannya. Ketika dia pulang ke rumahnya, baru kami berjumpa antara satu sama lain. Ketika itu kami berusia 25 tahun.

Sementara Aini menunggu panggilan daripada hospital yang memerlukan khidmatnya dia mengikut aku merantau ke Kuala Lumpur. Setelah seminggu dia menjadi penganggur dia akhirnya mendapat panggilan. Dia ditugaskan di Hospital Pantai.

Pada aku, walaupun aku sakit macam mana pun aku tetap akan simpan rasa sakit itu sebab pada aku ianya sangat berharga. Hanya sesetengah orang sahaja yang mampu merasai kesakitan itu.

Aku mengutarakannya sebuah rancangan. “Aini, jom balik Kedah jumpa mak tok. Dah lama aku tak balik sana. Aku rasa dia merajuk kot. Jomlah.” Aku memujuknya balik berjumpa mak tok. Sememangnya aku pasti dimarahi oleh mak tok kerana sudah lama aku tidak pulang ke sana.

Kisah perit itu membuatkan banyak pihak terluka. Terutama sekali aku. Umi dan abah pun terasa tempiasnya. Dihina, dicaci itu perkara biasa bagi kami. Mahu atau tidak kami terpaksa tempuhi. Itu adalah salah satu faktor aku tidak ke rumah mak tok adalah kerana tempat itu adalah tempat kesukaan Wan.

Terlalu banyak kenangan aku dan dia. Sukar untuk dilupuskan. Dia bukan sampah yang boleh aku hantar ke pusat kitar semula. Dia manusia, manusia yang membuatkan aku terluka terlalu lama. Aku meraup muka aku. Aku sedia menanti jawapan daripada mulut Aini.

“Kau ni mesti dah apply cuti awai-awai. Await tak habaq kat kami? Nasib baik kami bos.” Aku hanya tersengih bagaikan kerang busuk.

“Dah apply dah. Sebab cheq tau hang ada klinik sendiri. Boleh buat sesuka hati. Boleh la? Suruh doktor Zafri Fikri ambil job kau. Kau tu perlukan rest jugak.” Aini bersetuju dengan cadangan aku.

“Boleh je tapi ada satu syarat ni, sampai je sana kau kena cerita dekat aku semua perkara yang terbuku di hati kau. Boleh?” Aku tersenyum tanda mengiakan.

“Bila nak pergi? Kau ni tak busy ke? Kau kan tak menang tangan dekat dapur. Kau apply cuti ni bila?” Aini mengutarakan soalan kepada aku.

“Aku dah lama apply. Nasib baik bos aku baik. Untung dapat bos gituh. Bangga kejap.” Aku membuat riak yang membanggakan.

“Tak payah bangga lama-lama kang jadi bangla pulak. Susah aku nak transit kau balik Bangladesh. Aku ni baru je bukak klinik. Modal pun tak pusing lagi, dah kene bazir duti dekat kau.” Aku hanya tergelak.

Aini selalu buat lawak dalam keadaan ini. Dia tidak sukakan keadaan yang serius. Hanya sekali sahaja aku pernah melihat keadaannya serius. Ketika dia selamatkan nyawa seorang ibu yang mengandung ditimpa kemalangan. Dia begitu teliti dan serius dalam menyelamatkan tiga nyawa dalam satu masa.

Aini hanya berjaya selamatkan dua nyawa sahaja. Kembar seiras yang berusia 8 bulan. Ibu kepada bayi ini tidak dapat diselamatkan. Ibu kepada kandungan ini mati syahid ketika melahirkan anak ini. Disaat itu, Aini menangis semahu yang mungkin. Dia kecewa dengan sikapnya yang gagal menyelamatkan nyawa si ibu.

Aku memahami kekecewaannya. Puas Aini dinasihati oleh doktor yang lebih senior daripadanya. Aini tetap begitu tidak habis-habis menyalahkan dirinya sendiri.

“So, kau maafkan aku ke tak ni?” Aini mengangkat keningnya sebelah. Aku tergelak lagi dan lagi. Sebijik macam Ziana Zain.

“Aku maafkan laaa. Mana boleh tak maaf. Aku kesian tengok kau. Suka sangat buat muka seposen tuh. Menyampah tau!” Aini meletakkan tangan di bahu. Ya Allah sahaja yang tahu betapa lawaknya pada saat itu.

“Aku janji dengan kau akan cerita semuanya dekat Kedah ye. Kaulah sahabat yang aku ada sekarang dan sampai bila-bila. Kau yang setia dengan aku tak kira susah atau senang. Aku suka gila kawan dengan kau.” Air mata Aini tiba-tiba jatuh daripada tubir mata.

Aku pelik melihat keadaannya. Aini mengesat air mata. Tiba-tiba sahaja dia memeluk aku. Aku kebingungan sementara. Semakin kuat sendu tangisannya, semakin erat pelukannya.

“Aku pun ada benda nak cerita dekat kau. Kita story sama-sama dekat rumah tok mak. Sep?” Aini melepaskan pelukannya. Air matanya aku kesat.

“Sep. Aku setuju. Jom tidur, esok aku kena bangun awal. Aku banyak perkara yang kena buat sebelum cuti.” Lemah longlai Aini mengheret kakinya ke bilik.

Aku hanya memandang sepi. Aku masuk ke dalam bilik. Aku solat dan menyiapkan diri untuk tidur. Lama aku berdoa. Aku bermunajat kepada Allah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku.


“Mengalah itu lebih baik daripada memanjangkan perselisihan faham yang berlaku”

No comments:

Post a Comment