Sedar tidak sedar, aku sudah terlelap. Aini hanya menggelengkan
kepalanya. Itu adalah salah satu hobi aku apabila aku hanya duduk disebelah
pemandu sahaja. Aini sudah lali dengan hobi aku. Apabila aku sedar kami sudah
berada di halaman rumah mak tok.
“Argh! Finally we are here. Home sweet home.” Aku
bercakap sambil menutup mulut aku yang sedang menguap kerana aku baru bangun
daripada tidur.
Aku berjalan ke arah pantai mencari susuk tubuh Aini. “Dah bangun
dah? Kita dah sampai setengah jam yang lalu dah. Kau tidur tidak ingat dunia.”
Tangan Aini lincah menulis sesuatu di atas pasir dengan menggunakan sebatang
kayu yang dijumpainya.
“Ohh. Kau ni kenapa? Lain sangat aku tengok kau ni.” Sungguh! Wajah
Aini sangat ketat ketika itu. Bayu laut terlalu kuat dan menyinggah pada tubuh
kami. Tudung yang kami pakai terbang ditiup angin.
“Aku saja cari ketenangan untuk diri aku. Aku tengah serabut
sekarang ni. Nenek tidak ada di rumah nenek pergi ziarah kawan nenek.”
Kata-katanya mengusik pintu hatiku.
“Ohh. You want to share? Aku sedia menjadi pendengar kau.”
Aini bangun dan berjalan menuju ke gigi air. Aku mengikut sahaja kemana kaki
Aini melangkah.
Aku hanya duduk di bawah pokok kelapa yang rendang untuk berteduh.
Aku melihat Aini leka bermain dengan air seperti sudah 1 tahun tidak berjumpa
air. Cuaca hari ini agak panas agak terasa bahang kepanasan matahari pada hari
ini. Aini mengambil tempat disebelah aku. Sungguh nyaman bayu laut yang menyapa
kami. Anginnya sangat memberikan ketenangan pada jiwa aku.
Dari jauh aku terpandang pangkin yang selalu menjadi tempat aku dan
Wan melepak. Aku membawa jauh mata aku daripada pangkin itu. Satu persatu
kenangan aku dan Wan terpancar di hadapan mata aku. Bengkek pulak hati aku
tatkala mengenangkannya!
“Am, aku….aku….” Dia mengeluh perlahan tetapi keresahan yang
dialaminya tetap bermukim pada riak wajahnya. Ayatnya tiba-tiba mati disitu.
Aku amat memahami dirinya. “See? Mengeluh lagi.”
Aini akan menjadi seorang yang tergagap-gagap untuk menuturkan
katanya apabila dirinya dibelenggu oleh masalah yang agak membebankan. Sungguh!
Aku kenal dirinya.
Aku tetap setia
menanti apa sahaja yang Aini mahu luahkan.
Aini menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin dan melepaskannya.
“Am, mak dengan abah aku dah carikan aku jodoh. Aku tidak boleh terima jodoh
yang mereka carikan untuk aku. Aku tidak ada cara bagaimana mahu mengelak.”
Akhirnya terluah segala masalah yang terbuku dihatinya.
“Adakah kau dah ada pilihan sendiri? Kalau sudah ada kau sepatutnya
berterus terang saja. Tak perlu kau biarkan mereka tertanya-tanya. Kesian mak
dengan abah kau. Sepatutnya kau lebih bijak dalam menangani hal sebegini.” Aini
mengangguk sahaja tanda mengiakan.
“Ya, aku dah ada yang bertakhta dihati. Tapi aku tidak pasti samada
dia menyukai aku atau tidak.” Jauh Aini memandang laut. Pandangannya seperti
menghamburkan segala stress yang dialami oleh dirinya.
Aku tidak mampu berkata apa-apa. Aini sepatutnya lebih bijak dalam
menyuarakan pendapatnya tetapi apabila ianya berkaitan dengan parents. Aini
pasti akan mengalah. Aku membiarkan keadaan tenang seketika. Perlahan-lahan aku
menarik nafas.
“Am,kalaulah kau tahu sapa yang aku cinta mesti kau akan menjerit.
Azif Arrayan! Kenapalah kau berjaya bertakhta di hati aku, Azif?” Aini
bermonolog sendirian.
*******
“Aini, aku akan
tunaikan janji aku pada kau. Kau nak dengar atau tidak?” Mata kami
bertentangan.
“Of course
la aku nak dengar.” Aini setia menantinya.
“Masa aku tinggalkan kampung dulu, kita di tingkatan 4. Aku
pergi sebab permohonan aku di KVP, Temerloh diterima dan aku dapat course
yang aku mohon. Aku nak tolak permohonan ke KVP tetapi umi kata lebih baik aku pergi. Aku pun
pergi tetapi dalam keadaan separuh jiwa sahaja.” Dalam nada lirih aku teguhkan
jua hati aku untuk meneruskan cerita ini.
“Sebab apa kau pergi? Aku frust menonggeng dengan kau sebab
kau tinggalkan aku macam tu je. Dah la tak inform apa-apa pun dekat
aku.” Nada Aini penuh dengan kekecewaan.
“Silap aku jugak aku pergi tanpa bagitahu kau. Disaat itu keadaan
terlalu mendesak aku pergi. Aku buntu sangat, aku tidak mengetahui cara lain
untuk mengelak daripada semua perkara ini. Aku pergi disebabkan sepupu aku
selalu mendesak aku untuk menerima dirinya sebagai kekasih hati. Kau tahu aku tidak
suka bercinta kalau kita masih di bangku sekolah.” Aini merasakan kata-kata itu
aku tujukan kepadanya.
Aku meneruskan
cerita aku. Aini tetap membatukan diri. Mata miliknya asyik memandang laut.
“Itulah bak kata orang lari sejauh mana pun kalau dah suka, hujung
dunia pun dia tetap akan cari kita. Susah hidup ini jikalau kita terjumpa orang
yang psiko macam dia. Aku hidup dalam keadaan terseksa sementara. Aku bagaikan
hilang arah tujuan untuk hidup kerana kehidupan aku sering dihantui oleh bayangan
diri, Syafiq Hazwan.
Kadang-kadang pilihan yang kita buat untuk diri kita tidak selalunya
betul. Kesilapan tetap akan hadir. Macam aku, kononnya aku memilih untuk lari
daripada masalah. Aku selalu ambil mudah dalam segala hal. Tetapi rahsia aku tidak
pernah bertahan lama. Dia terus-terusan kejar aku.” Aku terhenti seketika
disitu.
“Cop! Await
hang tak pergi KVP luar pada Pahang?” Aku tersenyum.
“Aku takkan pergi jauh daripada keluarga aku.” Aini mengangguk dan
membuat isyarat supaya aku teruskan bercerita.
“Setiap kali cuti, aku akan balik kampung umi sebab itu sahaja
tempat yang terdekat. Lagipun keluarga aku ramai yang duduk di sana. Dia akan
ada di kampung itu jikalau aku pulang ke sana. Mahu atau tidak aku terpaksa
menghadap mukanya. Pelbagai ugutan yang aku berikan kepada makde aku supaya
jangan memberitahu Syafiq Hazwan tentang kepulangan tetapi dia tetap begitu.
Degil! Pernah sekali sahaja aku tunaikan apa yang aku katakan.
Makde aku sungguh risau kerana aku tidak pulang. Aku pergi ke Kuantan untuk release
tension. Tetapi aku tetap dalam keadaan stress ketika itu kerana telefom
bimbit aku selalu sahaja menjerit minta diangkat.” Aku berhenti seketika kerana
Aini seperti mahu mengajukan soalan.
“Siapa call
kau time tu?” Aku tersengih. “Sudah tahu bertanya pula. Annoying
betul.”
“Semua ahli keluarga aku tetapi missed call paling banyak
daripada Wan. Serabut sangat! Pada keesokkan hari juga aku pulang ke kampung.
Dia tetap nak interframe. Aku rasa macam nak sengkeh-sengkeh je kepala
dia. Sibuk tanya itu ini. Semua dia hendak ambil tahu.”
“Ohh, teruskan. Bila kau boleh tangkap cintan dengan dia?” Sensitive
question! Aku mula membuat riak yang agak membosankan.
“Kalau kau jadi aku kau rasa best ke kalau ada orang sibuk
hal kau 24/7? Mestilah tidak? Lama kelamaan aku menjadi lali apabila ditanya
macam-macam oleh Wan. Macam aku cakap sebentar tadi, mahu atau tidak aku
terpaksa layan dia juga. Apabila sudah menjadi kebiasaan ianya akan menjadi
sesuatu diluar kebiasaan. Faham?”
“Faham sangat. So,
apa yang terjadi selepas itu?” Aini fokus mendengar cerita aku.
“Aku selalu nafikan perasaan aku terhadap dirinya. Walaupun
kadang-kadang persoalan dia ada menyerkap aku. Aku cuba buat seperti biasa
walaupun kadang-kadang jatung aku berdegup lebih kencang daripada selalu
apabila ketemu sama Wan. Aku malas melayan perasaan aku.” Aini sudah mengenali
diri aku. Aku tak tangkap jiwang! Pada aku itu semua poyo.
“Umi dengan abah tahu tentang semua ni?” Ha! Itu adalah soalan yang
memang patut Aini tanyakan pada aku. Disaat itu aku merasakan aku telah membuka
satu kaunter pertanyaan seperti ask.fm. Famous aku! Kuat betul aku
berangan.
“Mestilah diaorang tahu sebab diaorang yang planned. Akak
dan aku mempunyai nasib yang sama. Jodoh kami ditetapkan oleh umi. Tetapi akak
beruntung sebab percintaan akak pada permulaan tidak melalui jalan yang sukar.
Tetapi ianya menjadi sukar apabila Allah menarik nyawa orang yang akak sayang.
Pada ketika itu, aku tidak mampu melakukan apa-apa untuk akak.”
“Teruskan” Dia tetap setia mendengar cerita aku walaupun agak sudah
mula tergagap-gagap untuk bercerita. Aku cuba menahan kesedihan yang sedang
bertakhta di hati. Aku tidak mengetahui kenapa aku menjadi begini jikalau nama Syafiq Hazwan meniti di bibir aku.
“Hubungan aku dengan Wan menjadi semakin serius dari sehari ke
sehari. Seluruh ahli keluarga gembira dengan perkembangan kami. Pada masa yang
sama, aku sangat bimbang kalau terjadi sesuatu dalam perhubungan kami. Tetapi
aku diamkan sahaja.” Mata aku sudah mula berair. Aini memeluk bahu aku.
“Macam mana kau dan Wan berpisah? Kalau kau tidak berat hati untuk share.”
Lagi sensitive soalan ini. Tetapi Aini berhak mengetahuinya.
“Dalam masa 10 tahun pelbagai perkara boleh terjadi. Di saat umur aku
menginjak 20 tahun, kami disuruh berkhawin. Usia kami sangat mentah pada masa
itu. Aku masih berhempas pulas di dewan kuliah disaat itu begitu juga dengan
Wan. Usia Wan ketika itu 23 tahun. Aku terpaksa mengikut sahaja kemahuan umi.
Tetapi 3 hari sebelum perkhawinan kami berlangsung, Wan….dia…dia..” Air mata
yang aku tahan sejak daripada tadi mengalir deras menuruni pipi aku. Aku buntu
pada saat itu. Tiada gambaran kegembiraan dapat aku bayangkan pada saat itu.
Apa yang aku tahu, aku sedih diperlakukan sebegini.
Aini juga mengalirkan air mata. “Am, aku tahu kau kuat sebab selama
10 tahun kau boleh survive tanpa aku. Dengan sikap kau yang tak pernah
putus asa ini membuatkan impian kau selama ini tercapai. Kau menangis berdozen
air mata pun apa yang berlaku tidak akan berubah kepada yang asal. Aku sudah
ada disisi kau pada setiap saat untuk memimpin kau menjadi manusia yang lebih
tabah dan redha dalam menjalani ujian hidup.” Aini cuba memujuk aku. Aini sedih
melihat keadaan sahabatnya begini.
“Aku menyesal kenal dia. Aku menyesal terima huluran cinta dan
kasih sayang dia. Satu family aku gempar dengan berita Wan ditangkap khalwat.”
Akhirnya terluah jua sesalan aku terhadap diri Wan. Aku mengesat air mata aku
yang berjurai-jurai di pipi dengan sapu tangan yang aku genggam sejak tadi.
“What the kind of people he is? Sanggup dia buat kau macam tu? Kau sepatutnya tutup lama dan bukak buku
baru. Kenapa kau tidak cerita pada aku? Kenapa sekarang?” Semakin kuat bunyi
tangisan Aini. Dia juga merasa tempias kesedihan itu.
“Kau di Amsterdam pada waktu itu. Aku penat Aini, aku penat apabila
usaha aku untuk mengekalkan hubungan suci aku menjadi sia-sia sahaja, Hati aku
kecewa sungguh kecewa. Allah sahaja yang mengetahui betapa sedihnya aku.” Aku
luahkan semua masalah yang sudah lama membengkak dalam hati aku. Semuanya aku
hamburkan kepada Aini.
Jikalau dahulu aku akan tahan selagi aku mampu memikul masalah ini.
Tetapi sekarang aku sudah tak tertahan lagi. Semakin deras air mata aku
mengalir bagaikan air terjun. Sudah kali ke-2 aku menangis pada tahun ini
apabila mengenangkan cerita cinta antara aku dan Wan.
“Ya, aku boleh bayangkan betapa kau meratapi nasib diri kau. Tetapi
kau tidak boleh teruskan kehidupan kau macam ni. Ingat Am, kumbang bukan seekor
tetapi berekor-ekor. Masih ada yang setia menjadi pemuja kau tetapi kau jual
mahal. Sombong sangat! Nak yang high class je.” Tidak kira situasi Aini
pasti akan membuat lawak. Dia tetap menghiburkan hati aku yang sedang bersalut
duka.
“Hati aku sudah
beku untuk menerima cinta lain.” Aku cuba jujur dengan Aini.
“Fikir baik-baik, Am. Ingat Am kalau kau boleh terlafaz tidak ada
keinginan untuk mendirikan masjid nabi tidak mengaku umat. Aku sebagai sahabat
hanya mampu memberi nasihat sahaja. Apa sahaja yang terbaik untuk diri kau
insyallah aku akan sokong.” Erat Aini memeluk batang tubuhku. Aini seperti
menyalurkan kekuatan untuk diri aku.
Matahari sudah mula tenggelam. Cantiknya cintaan Allah.
Subhanallah! Engkau pencipta yang teragung di alam ini. Untuk kali
pertamanya, selepas 6 tahun lamanya aku tidak pulang ke sini petang ini aku
dapat melihat matahari terbenam.
Kami bangun dan mengibas-ngibas baju kami yang dipenuhi pasir. Aini
dan aku berjalan beriringan meninggalkan pantai menuju ke rumah nenek yang
terletak berhampiran dengan pantai.
“Jodoh kita
ketentuan Allah. Berserah kepada takdir itu lebih baik.”
No comments:
Post a Comment