Mak tok begitu gembira dengan kepulangan kami berdua. Tatkala mak
tok sampai di rumah mak tok tiba-tiba menjerit keriangan. Sudah agak lama mak
tok menanti gerangan diriku pulang ke rumahnya.
Kedinginan angin menyapa diri aku. Malam yang sungguh sepi bagi
diri aku. Tiada seorang manusia pun aku lihat di tepi pantai. Aku duduk di
pangkin yang dahulunya tempat kesukaan aku dan Wan. Aku memerhati setiap sudut
pada pangkin itu. Pangkin itu masih kukuh walaupun sudah lama aku tidak pulang
ke sini.
Kesejukkan yang aku rasai sehingga ke tulang putih. Aku memeluk
tubuh. Lama aku duduk termenung di pangkin bagaikan melihat masa hadapan yang
berada dalam bayangan otakku sejak daripada tadi. Aku terdengar teriak daripada
mak tok memanggil aku pulang.
Aku melangkah menuju ke dapur. Pelbagai perkara yang kami bualkan.
Mak tok tiba-tiba bertanya kepada aku soalan yang so sensitive! Yang
mungkin boleh membuat aku menangis sesedih tadi mahupun menjadi lebih sedih.
Dahulu aku adalah seorang perempuan yang susah untuk menangis tidak
kira dalam apa sahaja situasi. Aku juga susah untuk menerima kehadiran lelaki
dalam kehidupan aku disebabkan satu peristiwa yang telah mengubah seluruh
kehidupan aku.
Ketika keluarga mengalami masalah disaat abah telah bermain cinta
dengan seorang wanita yang bekerja di pejabat pos. Pada waktu itu, keluarga
kami berpecah belah. Umi begitu abah begini aku dan kakak yang terpaksa menjadi
mangsa pemerhati setiap hari melihat umi dan abah bertengkar. Kadang-kadang
abah ada juga naik tangan ke pipi umi. Hanya juraian air mata aku dan kakak
mengiringi tamparan abah buat umi.
Kami tidak mampu membuat apa-apa. Kakak ada sekali melawan kata
abah. Kakak dihadiahkan sepak teranjang oleh abah kerana menyibuk hal abah. Umi
hampir-hampir sahaja mahu meminta fasakh tetapi selepas dinasihati oleh mak tok
umi membatalkan sahaja niatnya.
Cinta yang dihulurkan oleh wanita itu tidak murni. Dia hanya
mahukan wang dan barangan mahal daripada abah. Abah hampir muflis dikerjakan
olehnya. Puas aku dan kakak berdoa kepada Allah semoga segala cabaran dan
dugaan yang dihadapi oleh umi dan abah dapat diselesaikan.
“Alhamdulillah, akhirnya Allah dengar doa mak tok. Awak balik jugak
along. Mak tok dah puas berdoa pada Allah semoga along balik rumah mak tok
jumpa mak tok. Sudah lama mak tok tunggukan saat macam ni. Sudah-sudah la along
lupakan pasal Wan. Dia bukan jodoh kamu.” Aini sedang mencincang bawang disebelah
mak tok hanya tersengih.
Aku rasa dalam keadaan itu aku sangat poyo! No reaction! Aku
hanya mampu diam. Aku terlalu asyik melihat Aini mencincang bawang. Aini
menyiku lengannya padaku. Mak tok setia menanti jawapan daripada aku.
Aku melihat wajah mak tok dan memberikannya senyuman yang aku
rasakan sangat plastik. Aku kembali semula ke pangkin. Mak tok dan Aini tidak
mampu berkata apa-apa. Air mata yang aku tahan daripada tadi akhirnya gugur di
pipi. Aku hamburkan segala tangisan yang sudah lama aku tahan di tepi pantai
yang banyak meninggalkan kenangan aku bersama insan yang dikurniakan nama, Syafiq Hazwan.
Semakin lama tangisan aku semakin galak. Aku tidak tahu mengapa aku
terlalu tersentuh apabila nama Syafiq Hazwan a.k.a Wan disebut apabila aku
disini. Apa yang aku tahu hati aku kembali terluka tatkala namanya meniti di
bibir mahupun aku teringatkan dia.
Ya Allah, ujian apakah yang ingin yang kau berikan kepada aku. Ya,
aku mengetahui bahawa sesuatu yang kita sayang itu adalah ujian. Aku terlalu
dan sangat menyayanginya tetapi sayang ianya hanya tinggal harapan. Aku tidak
mampu bersamanya jikalau itu bukan kehendak Mu, Ya Rabb. Semua lohmafuz
terletak di tangan Mu. Aku hanya mampu berserah.
Aku memeluk tubuh. Dalam kedinginan bayu laut yang menyapa diri
aku, aku cuba memotivasikan diri aku sendiri. Aku mencuba dan terus mencuba.
Jika 6 tahun dahulu aku boleh bangun dan keluar daripada kepompong bayangan Wan
itu bermakna aku boleh lakukannya sekarang.
Diri aku tidak terikat dengan mana-mana manusia yang bukan
mahramku. Aku milik Allah dan aku milik kedua-dua orang tuaku. Selagi aku tidak
berkhawin aku bukan milik sesiapa. Aku perlu bangun untuk menolak segala
tomahan yang aku letakkan ke atas diri aku sendiri.
Aku mengelap air mata aku dan aku pergi ke paip air yang berada di
luar rumah mak tok untuk mencuci muka aku. Aku masuk ke dalam rumah melalui
pintu dapur aku lihat dapur kosong. Aku pergi ke kamar aku terlihat Aini sudah
tertidur. Aku melihat jam di tangan aku. Jam sudah menunjukkan tepat 12 malam.
Sudah terlalu lama aku bertapa di pangkin. Aku berasa bersalah
kerana aku membuatkan mak tok dan Aini tertunggu-tunggu aku. Aku keluar
daripada rumah sejak waktu makan malam sehingga tengah malam. Aku tidak sempat
makan malam mujur aku sempat minum petang. Aku menyiap diri untuk tidur.
Selesai solat aku melelapkan mata disebelah Aini.
*******
Jam 5 pagi, jam pada telefon bimbit Samsung S4 aku telah berbunyi
dan mengejutkan aku untuk bangun. Dalam keadaan mamai aku gagahkan jua diri ini
untuk bangun walaupun tubuh aku masih dalam keadaan penat setelah menempoh
berjam-jam perjalanan. Aku mengejutkan Aini disebelah aku. Kami solat berjemaah
bersama-sama di ruang solat. Nenek telah menjadi imam.
Selesai kami solat, wirid dan puji-pujian ke atas nabi Muhammad
kami tidak lupakan. Doa juga penutup bagi menyempurnakan rukun wajib solat. Doakan
yang dibacakan nenek sungguh menjentik pintu hati aku. Juraian air mata
mengiringi doa yang nenek bacakan. Aini hanya mampu melihat aku.
Selesai berdoa, aku tergesa-gesa bangun tanpa mempedulikan nenek
dan Aini. Aku masuk ke bilik dan membenamkan muka aku di bantal. Aku menangis sekuat hati aku yang mungkin.
Sakit hati aku ini hanya Allah yang mengetahuinya.
Aku ambil tudung dan pakai pada kepala aku. Aku berjalan menuju ke
pangkin pada kedinginan subuh. Jam tepat pukul 6.15 pagi pada saat itu. Aku
tidak kisah dengan keadaan sekeliling.
Nenek sudah memahami keadaan aku. Cuma Aini sahaja yang pelik
dengan kelakuan aku. “Amnie Halifi yang aku kenali dahulu tidak pemurah air
mata orangnya. Kenapa sejak Am jejakkan kakinya ke sini Am terlalu murah dengan
air mata?” Aini membiarkan persoalaan itu tertanam dalam benak otaknya.
Aku membiarkan Aini menolong nenek menyiapkan sarapan pagi. Aku
tetap kaku memeluk tubuh berteleku melihat segenap lautan yang terbentang luas
di hadapan mata aku. Pangkin yang aku duduki ini terlalu banyak cerita indah.
Hanya aku, Wan dan mak tok sahaja yang mengetahui betapa indahnya cerita kami.
Ianya masih terbenam dalam otakku dan masih menjadi cerita kami
yang tidak akan lenyap. Air mata aku tidak kering-kering. Sudah terlalu banyak
aku pecahkan paip tatkala aku menjejakkan kaki di sini. Ianya tetap akan
mengalir.
Puas aku bertekak dengan hati dan pemikiran aku. Pepatah pernah
mengatakan ikut hati mati, ikut rasa binasa. Aku tidak ada pilihan yang tepat
untuk aku ikut. “Disebabkan diri aku yang terlalu bodoh ini aku telah menyeksa
diri aku sendiri. Aku telah mengingkari janji setia antara aku dan diri aku
sendiri. Disebabkan perkara ini aku malas pulang ke rumah mak tok.”
Tabiat aku sememangnya begitu. Aku suka menyalahkan hati, diri dan
perasaan aku sendiri. Pada aku ianya lebih baik daripada aku menyalahkan orang
lain atas kesalahan aku sendiri. Susahkan nak buat hati kita redha?
Kita perlu pujuk diri sendiri untuk redha segala ketentuan Allah.
Lepaskanlah apa yang bukan milik kita dan cuba terima apa sahaja yang Allah
takdirkan walaupun ianya memeritkan kita kerana di setiap keperitan akan ada
penghujungnya yang memberikan kemanisan.
Nenek dan Aini setia menunggu aku pulang ke rumah. Rasa kasihan
terhadap mereka mula menular dalam diri aku tetapi aku tetap berdegil dengan
keputusan aku. Aku belum berasa puas menatap laut dan menghamburkan segala
amarah aku padanya.
Aku bukan mementingkan diri sendiri tetapi aku perlukan masa untuk
cuba melupakan semua ini. Aku boleh memaafkan segala kesalahan yang dia lakukan
tetapi untuk melupakannya dengan sekelip mata aku tidak bisa. Sungguh pedih
hati aku sekiranya aku teringat kembali apa yang dia lakukan terhadap diri aku.
Aku terus-terusan melayan perasaan sedih aku. Aku tidak mengetahui
bahawa aku telah melukakan hati banyak pihak. Aku juga banyak merisaukan
mereka. Aku menyeksa diri dan perasaan aku. Pada saat itu, diri aku terlalu
bodoh kerana mengenangkan semua perkara yang telah terjadi.
Tepat 12.30 tengahari perut aku menghasilkan muzik keroncong tetapi
aku tetap berdegil. Aku tetap kaku disitu melayan perasaan aku. Sejauh mana aku
fikir untuk masa hadapan aku nama Syafiq Hazwan tetap tidak akan padam dalam
buku kehidupan aku. Aku bagaikan terkurung dalam kenangan hidup aku sendiri. Aku
bingung. Aku tidak tahu jalan keluar aku di mana.
Mampukah diri aku untuk membuang dirinya sejauh mungkin? Ahh! Ya
Allah tolonglah hamba yang jahil ini. Aku terlalu susah untuk membuangnya
daripada kehidupan aku. Ya Allah, aku serahkan seluruh kehidupan aku kepada-Mu
aku juga serahkan jodohku kepada Mu Ya Allah. Tetapkanlah jodoh aku dengan
lelaki yang taat pada agama-Mu dan boleh membimbing aku ke syurga.
Sedang asyik aku melihat permandangan yang cantik di hadapan aku
terdengar bunyi bising. Aku membiarkannya sahaja. “Mungkin pelancong kot.
Lantaklah.” Getus hati kecilku.
Aku terdengar satu suara memanggil nama aku tetapi aku tidak
menyahutnya. Aku membuat andaian bahawa itu hanya perasaan aku sahaja. Aku
membiarkannya sahaja. Tiba-tiba aku merasa ada seseorang menyentuh bahu
milikku.
Aku menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang menyentuh bahu
milikku. Lama dia melihat muka aku. Dia tersenyum. Aku melihat wajah bujur
sireh miliknya. Mukanya seperti pernah aku lihat.
“Assalamualaikum, Amnie Halifi Bt Ahmad Harith.” Kata sapaan
daripada si gadis muka bujur sireh itu.
Aku sudah mula membuat riak menjengkelkan. Gadis itu hanya ketawa.
Dalam hati aku menjawab salam yang dia hulurkan. Aku tenung wajahnya
dalam-dalam.
“Saya kenal awak ke?” Akhirnya terpancul keluar soalan yang
berlegar-legar dalam benak otakku.
“Saya kenal awak dan awak kenal saya, Am.” Aku tetap tenang dan
cuba mengingat kembali siapa gadis ini dalam hidup aku.
Seorang demi seorang gadis datang menghampiri aku. Mereka
masing-masing menghulurkan salam. Aku menyambutnya dengan sehabis baik. Aku cuba
mentafsir satu-persatu wajah mereka.
“Awak ni Anis So…So…Sofeya right?” Aku menunjukkan jari ke
arah gadis yang mula-mula menyapa aku. Dia hanya gelak dan menganggukkan
kepalanya.
Aku tiba-tiba menjerit. Mereka memeluk aku erat. Air mata
kegembiraan terkeluar daripada tubir mata milik mereka.
“Sorry guys, Aku memang tak ingat gila pasal korang. Sorry
sangat.” Aku memohon maaf.
“Bapak buruk gila kau buat muka tu. Kau tetap macam tu. Tak hilang
tau muka kau yang bapak annoying tu.” Aku tersengih. Silap diri sendiri
aku terpaksa mengaku.
Aku melihat mereka satu persatu. Dari kiri Aneem Soraya, Nafeesa Istisyad, Efah Insyirah, Anis Sofeya, Syasya Airyscha,Farah Aien dan Farrah
Asyirah. Aku tersenyum sendirian. Kami duduk beramai-ramai di pangkin yang mempunyai
berjuta kenangan aku bersama Hazwan Safwan.
Agak lama kami berborak bersama-sama tentang sekolah menengah
dahulu. Suka duka kami selalu bersama tidak mengira masa. Mereka mengajak aku
pergi ke chalet yang mereka tinggal kerana pada malam nanti mereka ada membuat
majlis gathering bersama-sama teman rapat kami dahulu.
Aku mengiakan sahaja. Aku sangat gembira dan teruja kerana aku
bakal berjumpa dengan kawan-kawan lama aku dahulu. Aku tidak sabar menantikan
saat itu. Aku juga dapat melupakan sebentar kesedihan yang telah menghuni aku
sejak daripada pagi tadi.
“ Kita menyepi bukan bererti kita menghilang dan melupakan orang
sekeliling yang pernah wujud dalam kehidupan kita”
No comments:
Post a Comment