Jam pada
dinding bilik Chad sudah menunjuk tepat pukul 12.30 tengahari. Sudah 2 jam
waktu yang diperuntukkan oleh ibu dan ayah untuk Chad membuat keputusannya
secepat mungkin. Chad mula bermain dengan kata-kata.
Chad cuba
mengingati kembali apa yang aku katakan kepadanya sebentar tadi. Dia cuba
membuat list segala keburukan dan kebaikan perihal perkhawinan untuk
dirinya. Dia cuba selami diri dan hatinya dengan sebaik mungkin. Masa terus
berdetik dan berdetik tanpa henti.
Cikgu Asri dan
cikgu Arbaiyah sedang gusar memikirkan jawapan daripada anak gadis kesayangan
mereka. Mereka terpaksa menggunakan kekerasan untuk Chad berkhawin. Tanpa
ugutan kerasan mereka mungkin tidak akan dapat melihat Chad mendirikan sebuah
masjid.
Sebagai ibu
bapa kepada Chad mereka selalu mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Walaupun
mereka agak sedih jika Chad mendirikan rumah tangga kerana tanggungjawab mereka
sbagai ibu bapa Chad sudah terlepas.
Tiada lagi tawa
dan gurau senda Chad memecah kesunyian rumah mereka. Tiada lagi perangai Chad
yang lurus bendul tetapi membuatkan orang tertawa. Tiada lagi perangai
‘gila-gila’ Chad yang menyakitkan hati. Chad ialah seorang anak yang susah
untuk tunjukkan kesedihannya.
“Abang rasa
Caca akan terima ke permintaan kita ni? Abang rasa melampau sangat ke
permintaan kita ni? Tapi kita buat semua ni untuk kebaikan diri dia juga.”
Kegusaran jelas terlihat pada wajah cikgu Arbaiyah apabila memikirkan tentang
Chad.
“Baru awak nak
fikir melampau sangat permintaan awak tu? Abang rasa sekarang ni bukan masa
yang sesuai untuk kita fikir balik semua permintaan kita. Kita doakan aje yang
Caca akan terima permintaan kita. InshaAllah! Abang percaya sekeras-keras hati
Caca sifat keperempuanan tetap utuh dalam diri dia.”
Cikgu Asri
seorang ayah, suami dan insan yang selalu berfikir positif dalam pelbagai
perkara. Beliau akan mencuba sehabis baik dalam pelbagai perkara. Tinggal lagi
lebih kurang 30 minit untuk menunggu keputusan daripada Chad.
Chad tidak
berhenti-henti melihat jam. Dia seperti manusia hilang arah berjalan ke hulu
berjalan ke hilir. Puas dia selami satu persatu kehendak hatinya. Tepat 5.30
petang Chad keluar daripada biliknya. “Caiyok Caca! Ingat Allah, ingat pesanan
Am. Sesekali ikut hati takpe.”
Cikgu Asri dan
cikgu Arbaiyah berpandangan berdua. Kuat genggaman ibu Chad seperti meminta
kekuatan daripada ayahnya. Cikgu Asri membalas genggaman isterinya. Dia sangat
memahami keadaan isterinya yang risau tentang jawapan anaknya, Syasya Airyscha.
Chad memandang
kedua-dua orang tuanya dan menganggukkan kepala.
“Caca apa yang
kamu maksudkan dengan anggukkan kepala?” cikgu Arbaiyah kurang faham dengan
tidak tanduk Chad.
“Selepas
ditimbang kebaikan dan keburukan permintaan ibu dengan ayah Caca setuju hanya
kerana ibu dengan ayah. Caca tahu semua mak dan ayah dalam dunia ni mesti nak
yang terbaik untuk anak dia. Caca dah faham kenapa ibu dengan ayah buat macam
tu dekat Caca.
Lagipun betul
cakap Am, Caca tak sepatutnya bersikap macam pentingkan diri sendiri. Caca
perlu fikirkan orang sekeliling jugak. Take it as a challenge. Doakan
Caca dapat jadi isteri, makmum dan ibu yang baik serta solehah pada suami dan
bakal anak-anak Caca.” Cikgu Arbaiyah pantas memeluk anaknya.
Dia terharu
dengan permikiran Chad yang agak matang daripada kebiasaan. Cikgu Arbaiyah juga
sangat berterima kasih pada Am kerana dapat membuka hati Chad untuk menerima
takdir Allah dengan sebaik yang mungkin.
“Alhamdulillah!
Caca dah faham kenapa ibu dengan ayah buat macam tu dekat Caca. Ibu dengan Ayah
bukan hendak mendera Caca tahu! Ibu dengan ayah cuma mahukan yang terbaik buat
Caca.” Cikgu Asri hanya tersenyum. Beliau setuju dengan apa yang isterinya
utarakan kepada Chad.
“Mendera? Huh!
Memang kes mendera jugaklah sebab ibu dengan ayah suruh Caca fikir daripada
pukul 10.30 pagi tadi sehinggalah sekarang. Ibu dengan ayah dah mendera otak
dan hati Caca tahu. Penat Caca nak fikirkan jawapan pada soalan ibu denga ayah
ini.
Soalan yang ayah dengan ibu bagi ini lagi susah
daripada soalan SPM. Caca lebih sanggup ambi SPM lagi sekali daripada jawab
soalan ibu dengan yang sukar untuk dicari jawapannya.” Cikgu Asri dan cikgu
Arbaiyah hanya mampu ketawa dengan keletah anak mereka.
Chad akan
menjadi serius apabila keadaan memaksa dia. Seperti tadi sungguh dia buntu
tetapi dengan bantuan nasihat daripada Am, Chad mampu untuk membuat keputusan.
Sudah puas Chad merintih pada Allah supaya membantu Chad untuk membuat
keputusan dan akhirnya keputusan Chad menggembirakan banyak pihak terutama
sekali ibu dan ayah Chad.
*******
“Papa, betul ke
keputusan kita ini untuk satukan Ameerol Amin dengan Syasya Airyscha? Mama confuse sekarang ini. Mama takut Yol tak
setuju dengan keputusan kita. Abang rasa macam mana?” Acik Suria bimbang dengan
keputusan yang bakal mereka terima daripada Ameer.
“Mama tolonglah
fikir positif sikit. Papa rasa Yol setuju. Yol akan patuh sahaja dengan
keputusan kita. Papa tahu Yol anak yang baik. Mama jangan risau sangat.” Acik
Bakar ialah seorang bapa yang sangat positif pemikirannya.
Kedengaran
bunyi ketukan pintu rumah mereka. Bibik Suryati bergegas membuka pintu rumah.
Kepulangan anak kesayangan mereka sangat dinantikan. Ameer pulang daripada
pejabat dalam keadaan yang sangat penat.
Ameer bersalam
dengan mama dan papanya tanda hormat. Walaupun penat dia tetap mendahulukan
mama dan papanya. Itulah salah satu sikapnya yang Chad tidak pernah ketahui.
Chad hanya tahu bahawa Ameer adalah seorang yang suka mendesak dan psiko terhadap
sesuatu perkara.
“Yol mama
dengan papa harapkan yang awak akan terima dengan redha dan hati yang terbuka
apa sahaja keputusan kami. Kami mahu khawinkan awak dengan pilihan kami, Syasya
Airyscha dan tiada bantahan yang kami mahu dengar daripada awak. Keputusan
adalah muktamad!” Apabila papa sudah bersuara Yol tidak mampu untuk berbuat
apa-apa. Dalam keadaan ini Yol terpaksa setuju.
*******
“Ma kenapa
mesti Yol yang khawin dengan Scha ma? Kenapa Yol dan bukan adik ?” Yol mula
bersuara menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada acik Suria.
“Papa kata ini
untuk kebaikan Yol. Lagipun umur macam Yol ini sepatutnya sudah ada seorang
anak. Ini tak khawin pun tidak macam manalah nak dapat anak.” Memang benar apa
yang acik Suria katakan kepada Yol. Kebenaran yang tidak dapat disangsikan
lagi.
“Ala…
nanti-nati Yol bawalah balik bakal menantu mama dengan papa.” Janji yang Yol
sendiri tidak pasti. Entah bila Yol mahu bawa pulang bakal isterinya.
“Nanti-nanti
itu bila? Bila mama dengan papa sudah diambang maut? Masa itu baru Yol nak
kenalkan pada kami bakal isteri Yol. Masa itu sudah terlambat Yol.” Acik Suria
cekap ketika di dapur. Sambil membebel itu ini pada Yol acik Suria tetap fokus
pada masakannya supaya tidak hangit.
Yol tidak mampu
untuk berkata apa-apa. Memang benar apa yang acik Suria katakan padanya. Yol
mungkin perlukan masa untuk berfikir tentang jodoh pilihan ibunya. Yol pantas
mendail nombor telefon aku untuk meminta pandangan dan sedikit nasihat.
“Am!” Tiada
salam yang Yol hulurkan pada aku. Sungguh menyedihkan!
“Ya,
Waalaikumsalam. Cantik bahasa kau?” Aku tahu teguran aku agak kasar tetapi
untuk itu sudah biasa buat kami.
Yol ketawa
kerana dia tahu kesilapannya. “Maaf ya sayang! Abang tahu kesilapan abang.”
Nada menggedik memang selalu Yol gunakan untuk memujuk aku.
“Banyaklah kau
punya abang sayang bagai. Nasib baik kau jauh kalau tak sudah lama aku luku
kepala kau. Macamlah handsome
sangat.” Bunyi kedengaran suara Yol ketawa di corong telefon.
“Maaflah der!
Aku telefon kau malam-malam buta ini sebab…” Aku memotong percakapannya dengan
sepantas yang mungkin.
“Sebab Scha
akan dikhawinkan dengan kau? Betul tak apa yang aku katakan?” Aku cuba meneka
persoalan yang mungkin berlegar-legar di dalam kepala Yol.
“Ini mesti
kerja mama bagitahu kau. I say man!”
Kedengaran seperti tidak puas hati suara Yol.
“Relax man!
Relax. Kalau bukan mama Suria bagitahu pun cikgu Arbaiyah dengan Chad dah
bagitahu aku. Scha pun macam kau mesti cari aku masa waktu susah masa waktu
senang kau orang berdua buat tak kenal saja aku.” Aku cuba memprovokasi Yol.
“Kau merajuk ke
Am dengan aku? Aku minta kemaafan daripadamu, sayang. By the way, kenapa mama
dengan papa nak sangat aku khawin dengan Scha? Dia orang takda calon lain ke
selain Scha?” Okey! Aku faham mengapa Yol menelefon aku malam-malam begini.
“Aku nak tanya
kau sekarang ini. Kau ada ke bawa balik rumah calon isteri kau? Setahu akulah
kau tak pernah bawa balik seorang calon pun. Kau dengan Chad sama saja
sebenarnya. Kau orang sering pertikaikan apa sahaja yang mak bapak kau orang
buat.
Tapi kau orang
tak pernah fikir sesuatu yang positif tentang keputusan yang mak bapak kau
orang buat. Tolonglah positifkan pemikiran kau. Cuci bagi bersih dulu. Dalam
hal macam ini sebenarnya aku tak mahu masuk campur tetapi keadaan sering
memaksa aku untuk ikut masalah kau orang.
Yol setahu aku
kau pernah belajar dan tahu bagaimana mahu meredhakan hati kita. Terima apa
sahaja kehendak Allah kerana takdir yang Allah berikan itu inshaaAllah yang
baik-baik sahaja. Dengar apa yang aku nak katakan ini. Kesian mama dengan papa
kau mereka mengharapkan sesuatu daripada kau.
Takkan bila dia
orang sudah berada di ambang maut barulah kau akan datang pada mereka dan bawa
calon menantu buat mereka. Pada waktu dan saat itu harapan hanya tinggal
harapan kau sudah terlambat. Cubalah kau berkorban demi mereka. Sekali sahaja
seumur hidup kau.
Mama dengan
papa sememangnya nak yang terbaik buat kau. Kau cuba berfikir sejenak kebaikan
dan keburukan sesuatu perkhawinan. Selami hati dan perasaan kau yang
sebenar-benarnya. Walaupun hati kata lain tetapi mulut kata lain. Follow your
heart, Yol. Memang pepatah pernah berkata ikut hati mati ikut rasa binasa.
Tak salah untuk
kita ikut kata hati apabila berkaitan dengan perihal begini. Yang penting kau
perlu buat istikharah. Doa pada Allah semoga Allah buka hati kau untuk
dibukakan hati kau untuk mencintai bakal isteri kau. Chad sudah setuju untuk
berkhawin dengan kau bukan kerana kehendak dia tetapi dia berfikir Yol. Dia
berfikir sehabis baik yang mungkin.
Kau lelaki dan
aku perempuan. Naluri kita berbeza, Yol. Fikirlah sebaik yang mungkin dan
percaya pada takdir, cinta dan lohmafuz yang Allah tetapkan untuk kita. Banyak-banyaklah
berdoa kepada Allah yang Maha Mengetahui dimanakan perlabuhan yang terbaik
untuk hati kita dan berlabuhnya nakhoda yang diredhai ilahi.” Aku akhiri ucapan
nasihat aku disitu sahaja.
Aku tahu bukan
mudah untuk buat sesuatu keputusan yang mungkin mengubah hidup kita. Tetapi aku
mahu Chad dan Yol berfikir tentang peranan mereka sebagai anak dan aku mahu mereka
melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
“Am, kenapalah
kau terlalu baik dengan kami semua. Apabila kami ada masalah saja kau akan
selalu muncul dalam benak otak kami semua. Kau bantu kami tetapi masalah kau
tidak pernah habis dan tiada penghujung. Aku salute sama kau bah! Kaulah
satu-satunya wanita yang paling tabah pernah aku jumpa dekat dunia ini selain
daripada mama.
Kau sahabat aku
dunia dan akhirat. Kau adalah motivater yang terbaik pernah aku jumpa dalam
dunia ini. Terima kasih Am. Aku sudah fikir sehabis baik semasa kau bebel
panjang-panjang pada aku tadi. Betul apa yang kau katakan pada aku tadi. Aku
setuju 200% dengan pandangan kau. Aku akan jadikan Scha isteri aku dunia dan
akhirat.” Jawapan yang aku terima sangat memberangsangkan dan mungkin akan
menggembirakan banyak pihak.
“Yol, semua
manusia ada masalah. Walau macam mana berat pun masalah kita, kita tak boleh
duduk dalam takuk masalah itu. Kita perlu keluar dan cari jalam
penyelesaiannya. Alhamdulillah! Aku suka mendengar jawapan kau. Ingat Yol bila
Chad sudah menjadi hak milik kau sepenuhnya layanlah Chad sebaik yang mungkin
dan cuba pupuk cinta kau orang.
Tolonglah
berusaha ke arah itu. Aku berharap sangat kau orang bahagia dan tiada
pertelingkahan dalam rumahtangga kau nanti. Apabila ada masalah selesaikan
dengan baik Yol. Bersabar banyak-banyak. Ingat pada Allah. Doa semoga Allah
permudahkan segala urusan kau dan yang penting istikharah jangan tak buat.”
Hadis pernah
diriwayatkan melalui percakapan Rasullah:
“Ketahuilah
bahawa kesabaran itu tiada batasnya tetapi anda telah membataskan kesabaran
anda dengan sendiri”
Aku akhiri
perbualan kami dengan hadis tersebut. Aku mahu Yol terus berfikir dan bertanya
pada hatinya adakah benar tiada sekelut pun cinta dia terhadap Chad. Jangan
kerana perselisihan faham yang kecil
mereka tidak bertegur selama-lamanya.
Daripada
pemerhatian aku Chad dengan Yol mempunyai chemistery yang agak kuat tetapi
mereka saling musuh memusuhi. Mereka tidak pernah berfikir mengapa dan kenapa
mereka terpaksa duduk di dalam masalah ini. Tidak pernah terlintas sekalipun
kebaikan perhubungan suci yang bakal mereka jalinkan.
“Belajar terima
takdir dengan redha itu adalah salah satu perkara yang paling susah untuk
seseorang manusia lakukan kerana pada mereka itu adalah pengorbanan yang paling
besar pernah mereka lakukan”
No comments:
Post a Comment