Semakin lama
aku hidup, semakin berliku-liku perjalanan yang terpaksa aku tempuhi.
Kadang-kadang aku tertanya sendirian.
“Adakah benar
jalan yang aku pilih ini?”
Tetapi apabila
difikirkan kembali, jalan yang aku pilih ini adalah jalan yang benar tetapi
disebabkan kehidupan aku yang penuh dengan dugaan ianya menyebabkan penghalang
untuk aku mengecapi sebuah kebahagian. Jiwa ini sering meronta, hati ini sering
berkata-kata tetapi luaranku tetap berbeza. Aku tidak faham dengan kehendak diri
aku, gelonjak apakah yang sedang berlaku?
Yang aku tahu
adalah aku kecewa. Hati kecil ini menangis mengenangkan nasib diri. Hampir
setiap hari aku menghamburkan air mata tetapi air mata yang mengalir itu tidak
dapat mengubah segala keputusan dunia. Ahh! Sia-sia sahaja aku berubah
kerananya. Sia-sia sahaja usaha aku selama ini. Yang aku tahu aku perlukan sedikit
kegembiraan dan kekuatan untuk diri aku seandainya ada.
Jika aku
terus-terusan begini, mengenangkan nasib diri ianya tetap tidak mengubah
apa-apa. Ianya tidak boleh memperbaiki hati yang sudah remuk bagaikan kereta
yang accident and totally loses. Ianya juga tidak boleh memenuhkan
kembali kolam air mata yang sudah lama kering. Ianya sudah musnah, musnah
ditelan sejarah.
Andai bisa ku
undur masa, sudah lama aku pulihkan semua perkara yang terjadi dan sering
menghantui segenap kehidupan aku. Aku toleh ke kiri, bayangan kedua-dua orang
tuaku memberikan semangat serta kekuatan untuk anak sulung kesayangan mereka.
Apabila aku
toleh ke kanan, wajah sahabat karibku, Aini Fasihah menjamah fikiranku. Segala
masalah kuluahkan kepadanya, dia tempat aku menangis, dia tempat aku gembira
kerana hanya dia yang memahami aku selama ini.
Apabila
kupandang ke belakang, sejarah lama sering menjelma. Sudah aku berikrar pada
diri, semakin aku jauh ke hadapan apa yang tertinggal di belakang tidak akan
aku kutip kembali dan akan aku simpan sebagai sejarah dan bukan kenangan.
Mengapa?
Mungkin kamu tertanya-tanya? Sejarah itu berbeza dengan kenangan, sejarah
adalah peristiwa masa lampau yang kita akan ingat cuma pada satu-satu masa.
Berbanding dengan kenangan, kenangan adalah peristiwa masa lalu yang kita akan
ingat setiap masa, saat, waktu dan sampai bila-bila. Semakin aku melangkah ke
hadapan, semakin aku hilang arah tujuan aku.
Semakin lama
aku mendalami isi hatiku, semakin senak jiwaku. Aku duduk termenung di balkoni
daripada pulang kerja pukul 4.00 petang tadi sehingga sekarang. Aku melihat
waktu pada jam tangan milikku. Aku bangun daripada kerusi yang aku duduki untuk
menunaikan solat asar. Sebentar lagi kawan serumah aku akan balik daripada
kerja.
*******
Selesai aku
membersihkan diri dan solat, pintu bilik aku diketuk kuat. Aku menyuruhnya
masuk.
“Assalamualaikum,
tuan puteri yang kusayangi. Cepat balik nampak?” Aku hanya tersenyum memandang
wajahnya.
Aku membalas
salamnya dan memberikannya senyuman yang aku rasakan paling manis. “Waalaikumsalam,
puan sri. Aku tak sihat sikit tadi tu ambik cuti separuh hari. Suka hati kau
panggil aku tuan puteri tapi okey jugak kalau aku jadi tuan puteri je bukan
Cinderella.”
Aini
mengerutkan wajahnya. “Ohh, aku tahu sebab ape nanti kau mati tercekik buah epal. Tapi okey ape best kot dapat kiss daripada putera idaman.
Dah tu kau makan ubat dah?”
Ahh! Terlalu
prihatin dirinya. Ini salah satu sebab aku menyayanginya separuh jiwa aku. Dia
adalah orang kedua yang aku akan cari selepas kedua-dua orang tuaku.
“Haaa! Tau
takpe. Dah makan tadi. Aku tak sempat nak masak la. Kita tapaw luar jela.
Okey?” Aku memberikan cadangan kepada Aini sedangkan kami sememangnya akan
makan diluar kalau makanan dirumah tidak mengizinkan dirinya dimakan.
“Alaaa! Macam
tak biasa je. Lepas magrib kita makan dekat satu kedai ni. Kawan sepejabat aku
rekomenkan kedai ni tadi. Dia kata masakan kedai ni tip top!” Aku hanya mengangguk
tanda bersetuju dengan cadangannya.
Aini masuk ke
dalam biliknya untuk membersihkan diri. Aku mengambil Al Quran dan membacanya
sementara menunggu azan magrib. Tiba-tiba perasaan sayu itu hadir dalam diri
aku. Terhenti sementara bacaanku. Aku segera menghamburkan air mata aku yang
keluar membuak-buak bagaikan pili pecah.
Aini segera
menghampiri aku dalam keadaan dirinya yang sudah bersedia untuk solat Magrib.
Aku memeluk tubuhnya. Dia membiarkannya sahaja. Dia cuba memahami keadaan aku
sekarang.
Pelbagai
kata-kata semangat dia hulurkan kepada aku. Kata-kata ini adalah salah satu
daripadanya.
“SEPI bukan
bererti HILANG, DIAM bukan bererti LUPA, JAUH bukan bererti PUTUS, kerana
diantara kita ada satu ikatan yang tidak mudah kita lupakannya iaitu ‘FRIENDS’
J”
Tangisan aku
semakin perlahan. Aini mula mengajukan soalan.
“Am, luka kau
tetap dalam kan? Susah kau nak tambun kembali luka kau tu. Aku tak mampu buat
apa-apa selain daripada memberikan nasihat dan kata semangat. Aku pun buntu.”
Aku tergelak. Aini memberikan riak pelik.
“Kau salah
penggunaan kata. Hahahahaha, tambun?! What the fish? Orang sembuhkan
luka. Gramatis nak mampus ayat kau. Aku tabik sama kau. Aku bukan kolam yang
kau nak tebus guna. Luka aku tu insyallah akan sembuh. Kau jangan risau sangat
la. Jomlah, solat. Kejap lagi nak keluar makan.” Aku cuba membawa lari jauh
persoalan itu.
Kami solat
Magrib berjemaah dengan berimamkan aku. Alunan bacaan ayat Al Quran yang aku
bacakan itu memecah kesunyian di dalam rumah yang kami duduki. Panjang bacaan
doa yang aku bacakan. Pelbagai perkara aku minta pada-Nya.
Aku meminta
Allah berikan aku, Aini dan kawan-kawan aku yang lain diberikan jodoh yang
baik. Selesai solat kami, bersiap untuk keluar makan.
Aku mengenakan dress
labuh tanpa lengan dipadankan dengan cardigan dan aku pakai tudung
bawal. Setelah selesai, aku turun untuk mendapatkan Aini.
“Lama gila kau
bersiap macam nak pergi dating je.” Dia sudah mula membuat mulut
muncungnya. Aku yang melihat ini, rasa macam nak gunting-gunting sahaja mulut
miliknya.
Dalam hati ini
bermonolog sendirian “Kalau ikutkan hati ni dah lama mulut Aini ni selamat aku
gunting.” Aku ketawa seorang diri apabila mengenang kembali kata-kata aku tadi.
Aini memandang aku pelik.
Aku melihat
penampilannya daripada atas sehingga ke bawah. “Cantik.” Getus hati kecil milik
aku. Aini hanya mengenakan seluar slack, baju blouse yang labuh
dan tudung bawal. Malas aku bertingkah kata dengannya. Aku terus meloloskan
diri aku ke dalam kereta. Hanya suara radio yang bising di dalam kereta.
*******
Sebaik kami
sampai di restoran itu, kami mencari tempat duduk. Sungguh ramai manusia yang
berkunjung kedai itu. Akhirnya kami menemui sebuah meja yang sememangnya
memuatkan couple sahaja. Itu sudah cukup buat aku dan Aini.
Tempat yang
kami duduki itu agak privasi dan agak jauh daripada mata awam. Aku dan Aini
hanya berbual kosong sambil berlawak sementara menunggu pelayan datang dan
mengambil order kami.
“Boleh tahan
jugak budak yang ambik order kita tadi.” Dalam intonasi selamba Aini berkata kepada
Aini. Aini suka meluahkan isi hatinya tidak kira masa.
“Hahahaha,
budak yang ambik order kita tadi pun kau nak sangkut?” Aku kadang-kadang pelik
dengan ragam dan kerenahnya yang berlainan daripada orang lain.
“Ala, biaq pi
kami la. Kalau kau jealous cakap tahu. Tahu la sekarang ni kau takde sense
of agency.” Aini memandang aku.
“Macam-macam
ragam la hang ni.” Aku hanya menjawabnya sambil lewa sahaja. Aku leka bermain game
angry bird yang famous di zaman sekarang pada handfone milik aku.
Sedang leka kami
berbual tiba-tiba jantung berdetak lebih kencang daripada kebiasaan. Setahu
aku, ianya hanya akan begini jikalau ada seseorang yang pernah muncul dalam
kehidupan aku dan menghancurkan hati aku.
Aku merasakan
diriku terawang-awangan di langit biru. Dari jauh aku terlihat wajah yang sudah
lama menjadi sejarah dalam hidupku. Selama bertahun-tahun, aku terseksa dek
kerana dirinya.
Aini risau
apabila melihat keadaan aku seperti panas punggung. Dia mahu membatalkan
pesanan yang kami buat apabila melihat aku yang sudah bertukar mood. Aku
tidak mahu kerana aku sememangnya lapar. Aku biarkan sahaja apa yang singgah
pada pandangan mata kasarku.
Sakitnya hati
ini hanya Allah yang tahu. Dia sahaja yang memahami diri aku, dia juga yang
membantu aku memulihkan jiwa yang terluka. Dia tempat aku mengadu. Dalam hati
ini kupohon doa “Ya Rabb, kau peliharalah batang tubuhkan, pandangan mataku,
percakapanku, teguhkanlah imanku dan jauhkan hatiku daripada umat-Mu, Syafiq Hazwan yang sudah melukai hatiku. Aku redha dengan ketentuan-Mu jikalau dia
bukan jodoh terbaik untuk diriku.”Aku mengeluh lembut sambil memerhati Wan
daripada jauh. Bahagiakan dirinya bersama-sama pasangan pilihannya.
Hancurnya
sekeping hati, musnahnya segunung kepercayaan, hancur segala impian yang aku
ingin gapai selama bertahun-tahun aku menyulam cinta dengannya. Tidak semudah
itu aku dapat lupakan peristiwa pahit yang telah mencengkam jiwa.
Pelbagai cara
orang yang terdekat dengan aku lakukan untuk menggembirakan kembali hati aku.
Tetapi mereka gagal. Aku terlalu bodoh di saat itu. Aku tetap percaya dan
berharap bahawa pada suatu hari nanti Syafiq Hazwan bakal menjadi milikku sepenunhya.
Tetapi hampa,
berhari-hari, bulan berganti bulan dan
tahun berganti tahun. Wan tidak pernah sekalipun muncul dalam kehidupan aku.
Sia-sia sahaja pengorbanan yang aku lakukan ini. Aku telah bazirkan terlalu
banyak masa untuk menunggu dan terus menunggu gerangan dirinya.
“kejujuran
dalam percintaan amat dititikberatkan, percintaan sementara hanya mainan dunia
untuk melalaikan cucu cicit Adam”
No comments:
Post a Comment