Translate Language

Saturday, 18 October 2014

Bab 15- Pertama Kali Cinta #PKC


BAB 15
Tatkala azan Subuh mula berkumandang aku bangun dan bersihkan diri ini untuk bersujud kepada Allah. Hanya satu yang mahu aku pinta redhakanlah setiap apa yang terjadi dalam hidup aku dan permudahkanlah urusan aku. Tidak ada guna lagi aku bazirkan air mata aku untuk seorang lelaki ianya sungguh sia-sia.
Sungguh aku rasakan berat aku rasakan berat kaki aku melangkah. Demi maruah diri yang aku harus kembalikan aku cuba gagahkan jua diri ini. Atas nama Allah dan perjuangan demi umi aku cuba untuk menjadi manusia yang gigih menepis segala tomahan yang diletakkan diatas bahu aku.
Air mata yang menitis di pipiku aku lap dengan kasar. Disisi aku yang setia menemani aku ke majlis resepsi Wan bersama isterinya kakak, Chad dan Aini. Mereka tahu aku tidak kuat untuk melangkahkan kaki ke majlis itu. Walaupun ditegah berkali-kali oleh abah aku tetap datang ke majlis resepsi Wan.
Daripada jauh kelihatan ada sepasang mata sedang memerhati aku daripada jauh. Aku membiarkan dia melihat aku sepuas-puas yang mungkin untuk kali terakhir. Selesai makan aku gagahkan diri ini untuk berjumpa dengan makngah iaitu ibu kepada Wan. Begitu erat makngah memeluk aku mungkin tanda permohonan maafnya buat diri aku.
Aku pergi bersalam dengan pasangan pengantin yang kelihatan sepadan dan secocok bagi orang awam yang tidak mengetahui hal sebenar. Mereka hanya melihat luaran sahaja tanpa mengetahui dalaman yang sebenarnya. Aku bersalam dengan isteri Syafiq Hazwan sambil mata aku memandang tepat ke arah matanya.
Wan hanya mampu tunduk tatkala pandangan mata kami bertaut. Aku mahu tunjuk dan buktikan pada seorang insan yang bernama Syafiq Hazwan aku mampu berdiri dan membina hidup baru tanpa kasih sayang daripada dirinya. Aku cuba sedaya upaya menyemai sendiri benih kekuatan itu sendiri.
Chad dan Aini tidak pernah putus berharap. Mereka berdua dan kakak setia menyalurkan semangat untuk aku terus-menerus membuktikan pada Wan yang aku pun boleh membina sebuah kehidupan yang baru tanpa dirinya. Aku sangat berterima kasih atas kesudian mereka menemani aku dan memberikan kata-kata semangat.
“Tahniah Syafiq Hazwan dan……” Kata-kata aku terhenti disitu.
“Dhia Delisya. Boleh panggil Dhia. Dan awak?” Sebuah senyuman manis yang diberikan buat aku.
“Begitu indah nama Dhia seindah orangnya. Saya Amnie Halifi Ahmad Harith. Selamat berkenalan. boleh panggil saya Am ataupun along. Bergantung pada Dhia.” Aku lihat Dhia hanya terangguk-angguk tanda memahami. Dihujungnya seperti menayangkan muka yang agak tidak menyenangkan.
“Tahniah atas perkhawinan Dhia dan Wan. Semoga berbahagia hingga jannah dan mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah. Am doakan Dhia dan Hazwan bahagia.” Ucapan aku terhenti disitu kelihatan Dhia seperti mahu aku pulang secepat yang mungkin.
Ya! ,Dhia Delisya aku tahu segala apa yang lakukan sebentar tadi hanyalah plastik. Lakonan semata-mata di hadapan Syafiq Hazwan untuk membuktikan kau boleh melayan dan berbaik dengan semua kaum kerabat kami. Sejauh mana aku lari walaupun kehujung dunia pasti akan diketahui oleh Wan.
Itulah manusia ada sahaja yang tidak menjadi kepuasan hati mereka. Apalah yang ada pada diri aku sehingga mereka terlalu iri hati. Aku rasa mereka juga cukup anggota badan seperti aku. Ya Allah kau berikan petunjuk kepada sesiapa sahaja yang terlalu iri hati dengan apa sahaja yang aku miliki sedang ianya hanya perkara biasa.
Dhia Delisya. Namanya secantik wajah yang dikurniakan Maha Pencipta tetapi sayang kelakuannya tidak seindah nama yang dikurniakan Allah kepadanya. Dimanakah letaknya sifat malunya? Walaupun perhubungan sudah halal dan diketahui umum tetapi mereka tetap perlu menjaga batas-batas apabila diluar pada kamar tidur mereka. Tidak manis apabila orang ramai melihat kemesraan yang melampau sebegitu.
Entah mengapa hati aku berasa sakit mata dan malu tatkala melihat Dhia dengan aksi manja dan tergedik-gedik yang dipamerkannya di hadapan awam. Tangannya kemas memegang lengan Wan seperti tidak mahu dilepaskan. Kebaya ketat yang dipakainya menunjukkan susuk tubuh badannya yang agak langsing dan bentuk badannya seperti model. Hati ini segera beristigfar kembali.
Orang ramai mula berbaris untuk bersalaman dengan pengantin. Sesegera mungkin aku memalingkan tubuhku menuju ke taman di belakang rumah. Pada waktu itu juga air mata aku mengalir tanpa dipinta. Mengapa pada saat ini kau perlu keluar wahai air mata? Berilah aku ini peluang untuk melambai penuh gembira dan mesra atas perkhawinan dan penyatuan dua hati ini.
Masih ada yang sudi menghulurkan kepada aku sapu tangan untuk mengelapkan air mata yang tak pernah kering ini. Aku mengambilnya dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
“Aku tak perlukan ucapan terima kasih itu. Aku hanya mahu kau lupakan abang Wan dan tinggalkan tempat ini untuk selama-lamanya. Jangan kau berani jejakkan kaki kau ke sini. Aku jelek melihat kau. Konon pura-pura baik.” Itulah ucapan perkenalan yang disuakan oleh Dhia.
Aku dengan bangganya bangun dan merenung tepat pada matanya. “Terima kasih atas kata-kata perkenalan yang Dhia berikan pada Am. Am ke sini atas satu pertalian sahaja iaitu atas dasar sepupu. Kalau ikutkan hati Am sudah lama Am tinggalkan Malaysia tetapi Am bukanlah orang yang pentingkan diri macam Dhia. Am masih fikirkan abah Am yang tengah sedih atas pemergian isteri kesayangannya.
Am masih fikirkan kakak Am yang sanggup berkorban pulang ke Malaysia walau pada hakikatnya kakak Am juga sibuk di Melbourne. Am masih fikirkan kerja Am, fikirkan semua orang yang rapat dengan Am termasuk keluarga Wan. Am tak sanggup untuk kecilkan hati dia orang walaupun pelbagai ujian yang Allah berikan pada kami.” Aku membidaskan kata-kata.
“Whatever!?” Aku hanya mampu tersenyum sinis.
“Itulah kebenaran yang terjadi sekarang. Dihadapan mata ini boleh dijadikan tauladan bukan contoh nanti buruk padahnya. Hakikat yang sebenar. Pandangan mata itu selalu tersalah dan pandangan hati itu yang hakiki. Fikir-fikirkanlah Dhia.” Aku melangkah keluar daripada majlis menggunakan pintu belakang. Jari aku pantas mendail nombor telefon kakak mengajaknya Aini dan Chad pulang.
Aku bersandar pada pintu kereta milikku. Hati ini cuba mendoakan kebahagian Wan bersama Dhia walaupun sakit bagai dihiris pisau tajam yang baru diasah.
*******
Setelah lama aku bercuti panjang aku kembali ke pejabat seperti biasa dan menyiapkan segala kerja milikku yang banyak bertangguh. Hampir memakan masa selama seminggu aku menyiapkan kerja yang tertangguh milikku termasuk juga menyiapkan surat perletakkan jawatan. Walaupun keputusan ini agak tergesa-tergesa tetapi inilah pilihan aku dan bukannya kesempatan.
Setelah mengambil kata sepakat dengan abah dan kakak aku telah mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan. Abah dan kakak juga berjanji dengan aku akan membantu aku dalam pelbagai aspek dalam bidang perniagaan termasuk juga kewangan.
Kaki aku laju melangkah menuju lif. Aku menekan nombor menuju ke tingkat 3. Sarah Edora, pembantu Encik Azif Arrayan memberikan aku keizinan untuk berjumpa dengann Encik Azif. Walaupun hati aku berat untuk bertemu dengannya kerana kisah yang berlaku di hospital tempoh hari. Aku gagahkan juga atas nama umi.
Aku ketuk pintu bilik Encik Azif dan kedengaran suaranya memberi arahan masuk. Aku pulas perlahan-lahan tombol pintu itu. Aku lihat dia begitu sibuk menyiapkan kerjanya.
“Sila duduk.” Encik Azif tetap tekun menyiapkan kerjanya. Hampir 5 minit aku tunggu dia menyiapkan kerja barulah Encik Azif mengangkat mukanya melihat wajahku. Mata aku meliar melihat susunan dekorasi di dalam biliknya. Tampak mewah dan kemas.
Aku menghadiahkanya sebuah senyuman yang aku rasakan paling manis. Riak wajahnya seperti terkejut dengan kehadiran aku.
“Sudah siap kerja Encik Azif?”Aku tidak tahu kata sapaan apa lagi yang perlu aku hulurkan padanya.
“Sudah. Maaf saya buat Am tunggu saya terlalu lama. Am ada apa-apa yang perlu dikatakan pada saya ke? Kali pertama Am ke sini tanpa panggilan daripada saya.” Encik Azif tersengih sendiri. Ya Allah tolonglah buang sifat menyampah yang ada dalam diriku ini buat Encik Azif Arrayan ini.
Tanpa menjawab soalannya aku menghulurkan surat perletakkan jawatan aku kepadanya. Encik Azif membuka dengan berhati-hati dan membacanya. Riaknya kelihatan agak terkejut dan sedih. Aku tak mampu membalas pandangan tajamnya. Aku hanya tunduk memandang lantai.
Encik Azif bangun dan menarik tangan aku untuk keluar daripada pejabat. Aku menarik kembali tangan aku. Sungguh kuat genggamannya. Aku cuba meronta minta dilepaskan. Sarah Edora seperti terkejut melihat situasi kami. Di tingkat 3 suasananya agak gamat melihat keadaan kami.
“Encik Azif jangan buat saya macam ini. Saya hanya ingin meletakkan jawatan saya di hotel ini. Lepaskan tangan saya.” Puas aku meronta tetapi genggamannya semakin lama semakin kuat. Apabila pintu lif terbuka aku lihat Dato’ Mansor Eusof,bapa kepada Encik Azif.
Aku merentap kuat tangan aku walaupun agak perit aku cuba berlagak kuat dihadapannya. Tangan aku tiba-tiba meluncur ke pipi Encik Azif. Dato’ Mansor yang melihat kejadian ini tak mampu berkata apa. Seisi ruang di tingkat 3 tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Encik Azif memegang pipi kanannya yang aku tampar sebentar tadi.
“Saya bukan perempuan murah yang Encik Azif boleh ambik bila suka. Apabila sudah tak suka encik Azif boleh buang. Saya bukan macam. Jangan buat saya benci pada encik Azif. Assalamualaikum.” Seboleh-bolehnya aku mahu keluar cepat daripada hotel ini.
Tatkala kaki aku mahu melangkah ke dalam lif kedengaran suara Dato’ Mansor menyuruh aku masuk ke dalam biliknya. Dalam keadaan hati yang sebal ini aku cuba gagahkan juga.
“Papa sebenarnya tak tahu nak kata apa dengan Am dengan Ray.” Kata-katanya putus disitu. Kedengaran telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. Aku masih pandang anak kesayangannya dengan pandangan tidak puas hati.
“Sakit memang sakit tetapi saya tetap tak endahkannya asalkan awak jadi milik saya yang sah!” Aku mahu berjalan keluar daripada bilik Dato’ tetapi tangan aku direntap sekali lagi.
“Apa lagi yang Encik Azif mahu daripada saya? Enough! Saya sudah tak tahan hidup dalam dunia yang penuh dengan percintaan yang menyakitkan hati. Stop it!” Aku memberontak tetapi secara perlahan. Tiba-tiba air mata aku jatuh.
“syyyhhhh… jangan menangis sayang. Im here beside you. I really love you.” Encik Azif membisikkan kata-kata itu di telingaku dan memeluk erat tubuhku. Aku juga tidak mengerti mengapa aku tidak menolaknya.
 Pintu bilik ditolak perlahan oleh Dato’ Mansor. Aku tolak kuat tubuh Encik Azif. Kelihatan seperti ada tetamu yang hadir. Abah? Kenapa abah datang sini? Ya Allah bala apa yang mahu kau berikan pada aku ini?
Abah duduk di sofa yang disediakan untuk tetamu di belakang. Aku dan Encik Azif juga disuruh duduk disitu. Aku cuba patuh pada arahan Dato’ Mansor walaupun gelonjak dalam hati ini bagaikan lahar gunung berapi. Abah mula bersuara.
“Along, anak abah. Dengar sini baik-baik ya. Selain daripada surat yang abah berikan pada abah untuk along itu masih ada wasiat yang umi tinggalkan dan along perlu tunaikan.” Aku sedikit terkejut.
“Apa wasiatnya abah?” Aku cuba menahan amarahku.
“Along mestilah berkhawin dengan Azif Arrayan Mansor Eusof. Tiada bangkangan mahupun bantahan. Ini adalah wasiat dan perlu ditunaikan.” Dato’ Mansor hanya menganggukkan kepala tanda setuju.
“Wajib ke abah? Ala, abah along tak mahulah khawin dengan dia ini.” Aku cuba merayu dengan abah. Ketawa yang ditahan oleh Encik Azif tiba-tiba meletus.
“Merengek macam budak kecil.” Aku membidas kata-katanya.
“Eh! Encik inikan memang menyakitkan hati saya betul.” Abah dan Dato’ Mansor terkaku sementara.
“Macam mana awak rasa sekarang macam itu yang saya rasakan selama saya mengenali awak. Peritnya tamparan yang awak berikan pada pipi saya, saya tetap terasa sakit dihati. Begitu bodoh hati saya kerana terlalu mencintai manusia yang tak pernah kenali langsung apa itu cinta.” Memang betul apa yang Encik Azif katakan padaku. Aku terasa kepedasannya.
“Sudah! Malam ini jugak majlis akad nikahnya. Azif balik sekarang buat persiapan untuk malam ini.. Along mari balik bersiap sementara kakak masih ada di Malaysia.” Tangan aku ditarik abah. Aku seperti kehilangan kata-kata.
Ketika di dalam kereta abah banyak memberikan kata-kata nasihat. Aku tidak mengetahui kemana hilangnya kudrat aku untuk membidas kata-kata abah ketika itu. Aku seperti orang bingung. Perkhawinan mengejut membuatkan aku terdiam sementara.
Aku seperti disihir oleh abah. Aku hanya mengikut katanya tanpa bantahan. Apa saja yang disuruh oleh kakak, abah dan mak andam. Aku lakukan tanpa bantahan. Aku meminta telefon daripada kakak untuk membuat video call dengan Aini.
“Aini…” Bunyi sendu tangisan aku. Pada waktu ini baru aku seakan-akan sedar daripada mimpi buruk aku.
“Ya. Janganlah menangis sayang. Saat-saat bahagia seperti ini kau sepatutnya nikmati sepuas-puas yang mungkin.”Aini sekarang tiada di sisi aku. Dia jauh nun tercampak di Afrika Selatan memberi bantuan kepada mangsa yang memerlukan.
“Kau tak marah dekat aku ke? Aku kena paksa khawin dengan Encik Azif. Aku tak mahu dituduh menikam belakang kau.” Aku dengar Aini ketawa. Aku kehairanan.
“Buat apa aku perlu sedih aku pun sudah berkhawin.” Tiba-tiba ada seorang lelaki melambaikan tangan kepada aku. Wajahnya seperti pernah kulihat.
“He is your husband?” Aini mengangguk.
“Hai Am, saya banyak dengar cerita pasal awak. By the way, I’m Afif Arrayan Mansor Eusof. I’m Azif brother. We are twin. Cubalah mencari bahagia awak bersama Ray. Saya disini begitu bahagia bersama Fasihah. Pimpin dia ke jalan yang diredhai Allah. Ray sudah jauh tersasar daripada landasan.” Aku tak mampu berkata apa-apa.
“Aku ucapkan semoga berbahagia dengan Azif. Aku mohon maaf sebab tak beritahu kau tentang perkhawinan kami berdua. Sampai di Malaysia nanti kita buat majlis resepsi sama-sama. Lagi 3 tahun kami akan pulang ke sana. Doakan kami selamat tiba disana.” Talian kami terputus begitu sahaja kerana Aini dan suaminya, Afif ada kecemasan.
Kaum kerabat Dato’ Mansor Eusof sudah mula membanjiri rumah banglo 2 tingkat yang aku beli hasil titik peluh aku sendiri. Walaupun harganya hampir mencecah 1.5 juta aku sanggup membelinya kerana mahu menghadiahkan kepada kedua orang tuaku tetapi sayang umi sudah pergi sebelum aku berikannya kepadanya. Aku tilik ke garaj melalui balkoni bilik aku.
Kereta pihak pengantin lelaki sudah memenuhi garaj. Perasaan aku sudah mula berubah menjadi          berdebar-debar. Teringat kembali kata-kata Afif aku mula ligat memikir sesuatu yang bakal aku jadikan      perkara untuk menyedapkan hati aku. Mengapa? Dan kenapa? Aku perlu mengahwini Encik Azif Arrayan Dato’ Mansor Eusof.
“Am masuklah. Tak baik pengantin berembun. Aku memalingkan tubuhku dan mempamerkan muka bosan. Efa, Chad, Anis, Farah, Syirah, Tia dan Aini muncul di depan pintu bilik aku dan ketawa. Aku menangis tiba-tiba. Aku memeluk kakak dengan erat sekali.
“Kakak along takut. Along tak sedia langsung jadi isteri orang ini. Nafkah zahir mungkin along mampu bagi tetapi nafkah batin. Awal-awal lagi along say sorry.” Aini menggosok belakang badan aku yang dibaluti dengan baju nikah berwarna putih bersih hasil rekaan pereka fesyen yang baru meningkat naik.
Afif muncul tiba-tiba memberi salam. Aku lihat wajahnya tiada perbezaan sedikit pun dengan Azif. Yang membezakan mereka adalah cermin mata dan ketinggian yang dimiliki. Afif memakai cermin mata dan tinggi lebih kurang 5 inci daripada Azif.
“Sukalah hati kau orang semua tipu aku berikan macam-macam alasan sedangkan kau orang memang ada dekat sini?” Aku menyesat air mata yang mengalir dipipi aku. Aku tidak endahkan akan mekap yang rosak akibat tangisan aku. Puaslah nanti aku kena bebel dengan mak andam.
“Tia, Aneem, Syirah dan Farah. Kau orang kata sibuklah belajar kerjalah bila aku call. Efa dengan Chad pun sama saja dengan diaorang. Aini dengan Afif kata pada aku ada kecemasanlah itulah inilah. Semua orang buat tak endah pada aku. Sedihnya.” Aku lap lagi air mata yang entah datang daripada mana ini membuak-buak keluar tanpa dipinta.
“Kami semua minta maaf sangat-sangat dengan kau. Kami saja nak tengok kau boleh terima Azif ataupun tidak. Hakikatnya kau boleh terima. Sudahlah menangis kejap lagi pengantin lelaki nak masuk upacara batal air sembahyang.” Mak andam mula membebel tetapi tangannya tetap laju sahaja touch up kembali make up di muka aku.
 Gelang yang cantik di dalam bekas hantaran itu diambil dan dipakai di tangan aku. Aku kucup tangannya. Terasa seperti halilintar sedang memanah hati aku. Encik Azif pula mencium dahi aku untuk upacara membatal air sembahyang. Pantas sahaja tangannya yang aku genggam ditarik.
Mungkin dia sedang berjauh hati dengan aku. Ya Allah apa yang sudah aku lakukan padanya. Abah mengadakan kenduri doa selamat dan tahlil di rumah. Ramai juga jiran-jiran dan jemaah dijemput. Aku masuk ke dalam bilik untuk membersihkan badan sebelum bacaan tahlil bermula. Kedengaran pancutan air daripada bilik air.
Aku tunggu di luar pintu bilik air menghulurkan tuala dan baju kepada suami aku. Encik Azif keluar daripada bilik air tanpa menoleh ke arah aku. Dia mengambil kopiah di atas meja solek dan melangkah keuar daripada bilik. Ya! Memang dia berjauh hati dengan aku. Aku menyentap sekuat hati tangannya. Langkah yang diaturnya terhenti.
Dia hanya tunduk memandang lantai. Tanganku erat menggenggam tangan dia. Aku mengangkat wajahnya merenung mata aku. Renungan kami bertaut. Aku memeluknya. Tiba-tiba air mata aku menitis di dadanya. Basah baju melayu yang dipakainya. Dia membalas pelukan aku tanpa rungutan.
“Encik Azif….Am minta maaf dengan Encik Azif daripada hujung rambut hingga hujung kaki.” Azif cuba memujuk aku. Tangisan aku semakin reda daripada tadi.
“Abang sudah lama maafkan Am tetapi Am saja tak pernah nampak dimana kebaikkan abang. Panggil abang sayang. Abang.” Tangannya erat menggenggam tanganku.
“Yang Encik Azif… eh abang tiba-tiba protes tak mahu cakap dengan Am itu kenapa?” Azif ketawa.
“Saja nak lihat Am rasa tercabar tak kalau abang diam tanpa berkata sepatah kata. Rupa-rupanya cengeng juga bila abang diam. Am risau ke?” Aku hanya diam. Di dalam hati ini hanya Allah sahaja tahu gelonjaknya.
“Gila tak risau. Suami sendiri tiba-tiba bisu.” Aku bangun daripada katil dan mencapai kain tuala untuk mandi. Lagi setengah jam majlis tahlil akan bermula. Aku segera mandi. Selesai mandi aku solat berjemaah untuk kali pertama dengan Azif Arrayan suami aku hingga hujungnya dan jannah.
“Sejarah silam membuatkan seseorang tidak dapat menerima orang lain dalam lehidupannya barunya hanya kerana sejarah yang lalu telah banya menyakitkan hatinya dan membuatkan dirinya gagal menerima orang lain."

Bab 14- Pertama Kali Cinta #PKC


BAB 14
Aku sedar akan kesilapan aku pada kakak. Aku tidak mengendahkan nasihat yang kakak berikan pada aku. Kemaafan yang aku ingin pinta darinya. Aku pergi ke dapur untuk bertemu kakak memohon kemaafan atas kesilapan yang aku lakukan padanya.
“Kakak…” Aku memanggil kakak yang sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk yang bertimbun di dalam singki.
“Ya, adik hendak makan ke? Bawah tudung saji itu semua kakak dan sediakan.” Kakak memalingkan tubuhnya dan memberikan aku sebuah senyuman.
Aku memeluk tubuh kakak daripada belakang. Aku dapat merasakan kehadiran umi disitu seperti melihat kami berdua beradik. Kakak melepaskan pelukan itu dan memegang kedua-dua tangan aku.
“Kenapa ini, Am? Adik ada apa-apa masalah ke? Mahu bantuan daripada kakak?” Kedengaran seperti tegas tetapi tegurannya secara halus.
“Kakak, Am nak minta maaf dengan kakak. Am tahu kelakuan Am agak melampau. Maafkan segala kesilapan yang Am telah lakukan terhadap kakak.” Aku hanya memandang kosong lantai marmar.
“Am, adik dan along tetap adik kakak sampai bila-bila. Dia mempunyai pelbagai panggilan tetapi dia hanya seorang. Kakak tahu adik sedih. Kakak hanya mampu memberikan kata-kata nasihat untuk adik. Cubalah tabah setabah isteri-isteri Rasullah. Kakak tahu adik manusia yang tabah. Adik orang paling kuat yang pernah kakak temui.
Jikalau dahulu adik boleh bangun daripada kelukaan yang adik hadapi maka dengan ini kakak secara rasminya sudah ketahui bahawa adik kakak seorang yang sangat tabah dan penyabar. Kalau dahulu adik boleh tepis rasa kesedihan dan kelukaan yang adik terpaksa harungi disebabkan, Hazwan Safwan itu bermakna adik kuat.” Kakak tersenyum sinis. Ya! Aku faham maksud itu.
“Kakak, Am bukan mahu belakangkan kakak pasal cerita sedih ini. Am tahu kakak agak terkilan kerana Am tak ceritakan pada kakak tentang kisah benar yang berlaku dalam keluarga kita dan telah melukakan hati banyak pihak. Sekali lagi Am minta maaf.” Aku tahu itu khilaf aku. Kakak bukan mahu menyibuk hal hidupku tetapi kakak seorang kakak yang prihatin.
“Kakak selalu maafkan setiap kesilapan yang adik lakukan.” Kakak hadiahkan aku senyuman tanda kakak memahami keadaan diri aku.
“Ohh. Terima kasih kakak. Senanglah kalau Am buat silap saja minta maaf dijamin kakak akan berikan kemaafan. Bolehlah buat silap tiap-tiap hari.” Kakak sudah mula menarik muka bengang. Aku ketawa melihat reaksi kakak.
“Macam ayat adik pernah bagi pada kakak dahulu aku bisa memaafkan dia tetapi untuk aku melupakan dia dan peristiwa yang kami telah lalui aku tak mampu. Macam itu juga kakak.” Jerangkap samar sudah mengena. Kakak memang suka menyindir aku secara halus tetapi aku tidak pernah mengambil hati dengan kakak.
“Kakak……” Aku mula mengeluarkan suara yang boleh dikira begitu manja.
“Ya adik. You have any problem?” Kakak seorang yang sangat prihatin terhadap adiknya. Itulah kelebihan yang kaka perolehi.
“Am nak kakak temankan Am esok. Boleh?” Kakak mengelap tangannya yang basah pada kain tuala yang disediakan di tepi singki.
“Pergi mana?” Kakak membuka peti sejuk membawa keluar air untuk diminum.
“Ala ikut saja jangan banyak soal. Kakak Am inikan comel.” Aku mula membuat reaksi meminta belas kasihan daripadanya.
Kakak mengambil tangan kiri aku dan meletakkan satu sampul surat yang sangat aku kenali. Aku agak terkejut dan aku ambil sampul itu daripada kakak.
“Kakak…..” Aku tiada lagi air mata untuk dititiskan. Aku sudah penat dan puas menangis. “Ya Allah, mengapa begitu berat ujian yang kau berikan padaku.”
“Carilah waktu yang tepat untuk merenung kembali setiap perbuatan baik dan jahat yang telah dilakukan. Pada kakak inilah masa yang sesuai buat adik untuk keluar daripada kancah percintaan yang membuatkan setiap isi kehidupan adik terseksa. Kakak tahu Amnie Halifi seorang perempuan yang tabah. Amnie Halifi, yang kakak kenali dahulu bukanlah Amnie Halifi yang sekarang.
Amnie Halifi yang dahulu seorang yang suka main-main dalam segenap aspek. Hanya serius apabila marah sahaja. Amnie Halifi yang sekarang adalah Amnie Halifi yang tabah, kuat dan seorang yang sangat penyabar. Dia seorang yang kuat kerana setiap masa lampau yang dia lalui dia ambil secara positif.” Aku tak mampu berkata apa.
Kakak juga hebat dalam berkata-kata kerana kakak bakal menjadi pakar bahasa. Itu yang aku tidak mampu berlawan dengan kakak. Kakak seorang yang hebat dalam mengarang sesuatu ayat.
“Kakak jumpa kad jemputan ini di atas meje solek Am ke?” Aku lihat kakak hanya tersengih tanda dia tahu akan kesilapannya.
“Adik masa lampau itu mengajar kita erti sebuah kehidupan yang sebenar-benarnya. Cubalah hadapi dengan setabah yang mungkin. Jika pada zaman dahulu isteri-isteri sahabat Rasullah boleh hadapi setiap ujian hidup mereka dengan tabah maka adik pun boleh lakukannya.
Lupakan segala masa lalu. Bukalah sebuah buku yang baru dan corakkan setiap jalan kehidupan adik disitu. InshaAllah! Allah akan selalu membantu adik dikala adik dalam kesusahan. Kakak dengan abah akan selalu ada disamping adik dan kami akan selalu menyokong adik.” Kata-kata itu yang membuatkan aku menjadi seorang insan yang semakin bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
“InshaAllah kakak, Am akan cuba sedaya upaya yang boleh demi Am dan orang sekeliling yang sayangkan Am.” Kakak hanya menganggukkan kepala tanda memahami
“Tutup kes! Esok kakak teman adik pergi majlis itu. Sebenarnya abah pun ada dapat jemputan itu tapi abah pun tak sangka yang adik pun akan dapat kad jemputan ke majlis resepsi Syafiq Hazwan. Kuatkan diri dan hati adik dan cuba belajar untuk redha.” Kakak meneruskan kerja mengemas dapur yang berkecah akibat kenduri pada siang tadi.
Kaki aku melangkah ke dalam bilik. Terasa berat sekali. Aku menghempaskan tubuh aku di atas katil. Sesekali terdengar bunyi spring tilam itu berbunyi. Sudah agak usang katil milik aku. Sudah lama aku tidak menukar katil baru di bilik ini.
Aku tolak pintu almari pakaian aku. Perlahan-lahan aku ambil album gambar yang disusun rapi di dalam almari usang itu. Aku meniup habuk yang melekat pada album yang menjadi kenangan ngeri dalam kehidupan aku. Aku buka helaian pertama album dan perlahan-lahan tangan milik aku bergerak membuka helaian seterusnya.
Detik kegembiraan teserlah ketika itu. Aku lihat wajah umi indah dan bahagia mengukir senyum kerana anak kesayangannya hidup dalam kebahagiaan. Wajah Syafiq Hazwan tersenyum bergambar dengan aku dan kakak. Ya! Semuanya telah tinggal kenangan.
Air mata aku kembali menitis di pipi. Aku memeluk erat album gambar yang mempunyai pelbagai kenangan indah dan kenangan perit suka duka dalam kehidupan aku. Aku akhirnya terlelap dalam tangisan sambil memeluk erat album. Waktu terus berdetik dan berdetik tanpa henti. Kemunculan hari itu aku tunggu dengan penuh sabar.

“Tangisan bukanlah pengubat untuk segala masalah hanya kekuatan jiwa yang boleh memberikan semangat untuk kita teruskan perjuangan kita dalam membina sebuah kehidupan” 

Bab 13- Pertama Kali Cinta #PKC


BAB 13
Air mata ini tidak berhenti-henti mengalir mengenangkan nasib yang menimpa keluarga aku. Aku bergegas meloloskan diri ke dalam kereta untuk pulang ke Kuala Lipis melihat keadaan umi. Encik Azif menegah aku daripada pulang sendirian. Aku membiarkannya memandu kereta aku ke Kuala Lipis.
Aku pun tidak tahu mengapa aku membenarkannya mengikut aku pulang bersama. Mungkin aku terlalu sedih mengenangkan nasib diri aku. Dalam tidak sedarkan aku telah membiarkan apa sahaja yang berlaku di hadapan mata.
Selepas mengharungi perjalanan yang pada aku agak jauh akhirnya aku sampai di Hospital Kuala Lipis. Aku berlari ke kaunter untuk bertanya nombor bilik yang umi duduki. Aku merempuh kuat pintu bilik tersebut. Aku lihat Encik Azif setia mengikut ke mana sahaja kaki milik aku melangkah.
Abah setia duduk disisi umi membelai rambut umi yang sudah mula memutih. Begitu utuh cinta mereka berdua. Umi banyak memupuk dirinya supaya lebih sabar dalam mengukuhkan rumahtangga mereka. Abah seperti sudah tidak tahan melihat keadaan isterinya.
Abah tinggalkan umi pada aku. Abah menangis sedih di tepi tingkap sendirian. Untuk kali pertama aku lihat abah sedih begitu. Umi genggam erat tangan aku seperti mahu mengatakan sesuatu. Umi menunjuk­kan jari telunjuknya ke arah Encik Azif. Encik Azif datang menghampiri umi.
Umi memegang tangan Encik Azif dan menyatukan dengan tangan aku. Nafas umi seperti tercungap-cungap. Abah mula menghampiri umi dan mengajar umi mengucap dua kalimah syahadah. Innalillah.
Tepat pada pukul 2.30 petang waktu Malaysia umi menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan aku dengan disaksikan oleh abah dan Encik Azif. Aku lihat abah tenang dan redha dengan pemergian isteri kesayangannya. Wajah umi begitu tenang dan damai sahaja menghadap Allah. “Terima kasih Allah yang mempermudahkan urusan umiku.”
Aku masih sedih dengan pemergian umi. Selepas umi selesai menghembuskan nafasnya yang terakhir abah menghulurkan satu surat yang ditulis oleh umi buat aku. Aku pasti akan mengalirkan air mata apabila terkenangkan surat itu.

Assalamualaikum anak umi,
     Mungkin pada saat dan waktu along baca surat yang umi berikan pada along ini umi sudah tiada lagi di dunia ini. Umi harap along, kakak dan abah tabahlah dengan pemergian umi. Tak perlulah bazirkan air mata along untuk umi. Segalanya sudah terjadi kerana takdir Allah. Ingat along mati itu pasti. Yang pergi tetap akan pergi dan yang hidup perlu teruskan hidup.
      Umi selalu harapkan along sebagai tonggak keluarga kita sebab dalam kalangan anak-anak umi alonglah manusia yang umi kenali seorang yang sangat tabah dalam menempuhi ujian hidup. Umi mahu along tabahkan abah dengan kakak. Umi tak mahu melihat air mata mereka tumpah di saat tubuh umi dimasukkan ke dalam liang lahad. Hantarlah umi dengan penuh senyuman yang along, abah dan kakak rasakan paling manis. Itulah yang umi harapkan daripada anak-anak umi dan suami umi.
      Doakan hidup umi terus tenang ketika di alam barzakh. Umi mahu along galas tanggungjawab seba­gai tonggak keluarga kita. Jagalah abah sebaik mungkin. Ingatkan kakak jangan pernah rasa yang umi dengan abah anggap kakak sebagai anak angkat. Dan suruhlah kakak mencari calon suami yang terbaik untuk dirinya yang boleh memimpin kakak dengan baik. Cubalah lupakan abang Arie. Biarkan abang Arie tenang disana. Kakak berhak untuk dapat sebuaha kehidupan yang lebih baik.
   Umi juga mahukan yang terbaik untuk along. Lupakan segala kelukaan yang Wan lakukan pada ke­luarga kita. Itu adalah ujian daripada Allah untuk melihat ketabahan umat-Nya. Ujian yang Allah beri­kan pada kita itu adalah tanda sayang-Nya pada kita. Carilah kebahagian untuk diri along. Sudah-su­dahlah berkorban untuk orang lain tetapi hidup along tidak semenggah yang umi impikan.
   Terimalah Azif Arrayan dalam kehidupan along. Umi tahu anak umi bijak. Anak umi bijak dalam mem­buat sesebuah keputusan untuk hidup dia. Fikirlah sebaik mungkin ya anakku. Umi disini sentiasa meng­harapkan yang terbaik untuk anak-anak umi. Carilah calon suami yang sebaik mungkin dan jangan sia-siakan kehidupan along tanpa kehadiran orang tersayang disisi.
Daripada umimu,
Erida Salleh
    
  Kuat dan tabah seorang suami dan seorang bapa apabila selesai pengebumian isteri kesayangannya aku lihat abah seperti tiada lagi air mata untuk dititiskan. Begitu kuatnya kasih sayang abah dan janji taat setianya pada umi. Tiada titisan air mata yang umi mahu lihat tatkala jasadnya sudah dimamah bumi itulah janji taat setia yang abah ikat bersama umi.
Abah sedang bersalaman dengan jemaah-jemaah masjid yang mahu pulang ke rumah masing-masing  selepas selesai bertahlil di rumah aku. Sayu dan sunyi keadaan kediaman yang penuh suka duka ini cuma kelihatan kelibat saudara mara aku datang ke rumah membantu kakak mengemas rumah yang berkecah.
Kakak kesayangan aku merangkap pengarang jantung aku, Syaza Aleya sanggup pulang daripada Melbourne, Australia apabila dikhabarkan berita sedih ini. Puas abah menegahnya daripada pulang ke Malaysia tetapi kakak tetap bebal dan degil seperti aku. Kakak tetap pulang untuk menghadiri pengebumian umi.
Sepatutnya waktu-waktu begini kakak duduk di meja belajar untuk mengulangkaji kerana peperiksaan untuk mendapat pangkat PHD tidak lama lagi. Kakak bakal menamatkan pengajiannya kurang daripada setengah tahun. Kakak adalah kakak yang terbaik pernah aku temui. Kakak selalu mendahulukan keluarganya walau dalam pelbagai situasi.
Aku duduk di pangkin pokok di sekitar rumahku terkenangkan nasib diri yang kehilangan ibu disaat usiaku baru menginjak 25 tahun. “Am, tabahlah engkau! Masih ramai lagi kanak-kanak di luar sana kehilangan ibu mereka pada umur yang lebih muda daripada engkau. Jadikan setiap kekurangan dalam kehidupan engkau itu adalah kekuatan untuk engkau berdiri kukuh dalam hidup ini.” Hati kecil aku meronta minta dilepaskan dirinya daripada belenggu kesedihan.
Umi tidak sempat melihat salah seorang anaknya berumah tangga ketika hayatnya masih ada. Akak melihat aku daripada jauh hanya mampu menggelengkan kepala. Sudah kakak ketahui adiknya dirundum duka yang melampau. Untuk kali kedua adik kehilangan orang yang disayanginya. “Tabahlah wahai adikku setabah isteri-isteri Rasullah.”
Walaupun kakak duduk di luar negara tetapi kakak sentiasa mendengar cerita adik daripada umi. Kakak pasti akan pulang ke Malaysia 3 bulan sekali untuk mengubat kerinduannya. Kakak sering menelefon ibu untuk mendengar khabar kami yang berada jauh dari sisinya. Kakaklah salah seorang yang rapat dengan ibu. Apa sahaja masalah umi akan luahkan kepada kakak dahulu dan barulah padaku.
“Adik, kakak tahu kakak adalah anak susuan kepada umi sebelum adik lahir di dunia ini. Kakak selalu berharap yang salah seorang daripada ahli keluarga kakak akan datang jemput kakak tetapi hampa. Mereka langsung tidak ada perasaan sayang terhadap kakak. Kakak juga sayangkan umi kerana umi adalah segala-galanya bagi kakak begitu juga abah. Mereka tiada galang gantinya bagi kakak.
Tetapi apabila kakak teringatkan sesuatu yang umi katakan pada kakak 40 hari sebelum umi menemui ajalnya kakak terus bersemangat untuk teruskan kehidupan kakak. Kakak tidak ada sesiapa lagi di dalam dunia ini tetapi adik beruntung kerana adik ada ahli keluarga dan saudara mara yang sayangkan adik.
Kakak apa yang ada. Kakak hanya menumpang kasih daripada umi dan abah sahaja. Disebabkan itu setiap perkara yang akan kakak lakukan kakak akan bertanya pendapat umi dan abah. Kakak mahu adik jadi setabah yang mungkin. Kakak tahu adik yang paling kuat di kalangan kakak dan abah. Adik pernah hadapi rintangan yang kakak sendiri tidak mampu hadapinya seorang diri.” Pertuturan kakak terhenti disitu. Kedengaran bunyi sendu tangisan yang keluar. Aku tahu kakak juga merasakan tempias kesedihan itu.
Aku tidak mampu berkata apa-apa. Aku tidak mampu untuk membuka mulut dan membidas kata-kata kakak. Kakak kesat air matanya dengan hujung baju kurung yang dipakainya dan pergi ke dapur menyambung kembali kerja-kerja yang masih berbaki.
“Along yang kakak kenali dahulu bukannya begini. Along yang kakak kenali dahulu petah berkata-kata dan jarang untuk kakak melihat along menangis. Along yang dahulu selalu sahaja mahu menjuarai setiap apa yang dia lakukan. Bukan along yang sekarang yang selalu sahaja kalah dengan jiwa dan perasaannya. Ya Allah, bantulah adikku. Pimpinlah dia ke kancah kebahagiaan.” Suara hati kakak yang tidak mampu aku dengari tetapi yang di atas sana selalu sahaja mendengarnya.
Sudah aku ketahui kakak mungkin sudah berputus asa untuk menasihati aku. Pelbagai nasihat yang kakak berikan kepada aku untuk memulihkan semangat aku yang sudah mulai rapuh. Aku seperti tidak kisah dengan pembaziran air mata yang aku hamburkan. Aku tetap menangis dan terus menangis.
Sebenarnya air mata yang aku hamburkan ini bukanlah untuk meratapi kesedihan pemergian umi sahaja tetapi pada keesokkannya adalah majlis walimatulurus Syafiq Hazwan bersama dengan isteri pilihan ibunya. Dalam tangisan aku selalu iringi doa kepada pasangan bahagia ini semoga perkhawinan kedua yang Wan bakal bina ini kekal hingga jannah.
“Masih ada lagi cinta aku buat Wan? Wahai hati tolonglah jawab dengan sejujur-jujur yang mungkin.” Hati aku berkata-kata tetapi aku tak mampu untuk berikan jawapan pada soalan yang hati aku utarakan. Mati sahaja soalan itu disitu kerana sememangnya aku tiada jawapan untuknya.
“Bersabarlah ketika menghadapi saat-saat kehilangan orang yang tersangat. Senyumlah walaupun sesak didada ini kita sendiri tidak mampu menahannya.”

Bab 12- Pertama Kali Cinta #PKC


BAB 12
Lamunan aku terhenti tatkala Ameer memanggil aku. “Ish! Kau ini kenapa Am? Rindukan pujaan hati kau tu ke? Beraninya Ray bagitahu perasaannya pada kau di khalayak ramai. I’m salute him! Kau tak pelik ke dia tahu pasal Wan?” Ya! Benar kata Ameer. Aku juga tertanya-tanya seorang diri daripada tadi.
“Entahlah! Aku…” Aku mengeluh lagi.
Ameer membidas kata-kata aku. “Aku apa? Aku sebenarnya keliru? Kau mahu katakan itu?” Terjahan Ameer sememangnya keluar daripada landasan yang sebenarnya.
“Salah sama sekali apa yang kau katakan itu. Aku…aku sebenarnya tak boleh terima kehadiran cinta baru dalam dunia aku. Memang aku tak boleh nafikan Encik Azif cintakan aku tetapi aku tak boleh cintakan dia. Aku dah penat. Penat sangat untuk fikirkan pasal CINTA.” Kebenaran sudah terungkap olehku.
Chad datang mendekati kami. “Am, kau okey? Ke kau masih terkejut dengan tindakan Ray? Oppsss… salah Encik Azif Arrayan kau.”
“Aku okey sahaja. Encik Azif sahaja yang tak okey. Sakit mental agaknya. Ameer dia tu kawan kau ke?” Aku bertanya untuk kepastian.
“Yalah. Kawan rapat sangat-sangat. Rahsia aku semua dalam kocek dia. Sungguh Am aku memang tak tahu kaulah Amnie Halifi yang dia cintai sejak 3 tahun dahulu. Sekarang kau just cool. Ray dah balik tadi.” Okey! Aku faham ini sudah terlebih rapat perhubungan mereka sebab rahsia Ameer ada dalam kocek Encik Azif.
“Oh! Ini rapat gila. Maknanya kau tahulah segala-galanya pasal Amnie Halifi yang dia cintakan itu? Banyak ke cerita pasal aku yang dia cerita pada kau?” Hati aku kembali bengkak. Chad yang duduk disebelah Ameer hanya mampu ketawa melihat memek muka aku yang agak menyampah baginya.
“ Bukan kau ke Amnie Halifi tu? Banyak jugalah aku simpan cerita pasal kau dalam masa 3 tahun ini. Macam-macam Ray cerita pasal kau. Nak tak nak aku kena tadah saja telinga mendengar cerita Ray. Ray kata kau masa mula-mula kerja dahulu muka bapaklah kerek dan sombong semacam. Rasa gerun nak bertegur dengan kau. Tetapi Ray cuba macam-macam perkara untuk merapatkan hubungannya dengan kau.
Ray ikut sahaja gerak kau. Kau inikan jenis apabila kata kau ‘A’ mesti ‘A’.  Ray pun buatlah keras macam kau walaupun sebenarnya Ray ini sempoi sahaja orangnya. Ray kata kau nampak cantik walaupun muka sombong. Lagi kau marah lagi Ray suka. Ray seorang lelaki yang sukakan cabaran. Cuma sejak akhir-akhir ini dia berani hantar bunga dekat kau sebab Ray bagitahu aku memang Ray cinta kau sampai mati.” Kata-kata Ameer tergantung disitu.
Aku merasakan sesuatu yang agak berbeza dengan perasaan aku. Perkataan ‘mati’ yang diucapkan oleh Ameer daripada Ray membuatkan jantung aku seperti berdetak lebih kencang. “Ya Allah mengapa hidup aku terlalu rumit? Biarkanlah Encik Azif cuba meniti bahagia dengan Aini. Tolonglah aku Ya Allah.”
“Am, aku tahu kau susah untuk lupakan Wan. Aku tak mahu Ray beribu sesalan seperti Amran. Tolonglah Am. Kau fikirlah sehabis baik yang mungkin. Aku dengan Ameer sebagai sahabat kau selalu mengharapkan yang terbaik dalam hidup kau. Kau selalu tolong sahabat-sahabat kau tetapi diri kau dan kehidupan kau sering tunggang langgang.
Kau gembirakan orang lain tetapi diri kau sering diselubungi kesedihan. Sudah lama kisah kau berlalu, Am. Kami mahukan kau yang dulu, Am bukan yang sekarang. Aku hilang Am, yang happy go lucky. Aku hilang Am, yang suka beri nasihat dalam nada keras tetapi mengusik jiwa dan membuatkan orang sering terfikir bersendirian kata-kata kau.
Terimalah Ray dalam hidup kau. Mungkin dia jodoh yang Allah tentukan untuk kau. Tolonglah, Am kau lakukan demi kami dan orang-orang lain yang mahu lihat kau hidup dalam gembira terutama sekali umi,abah dan kak Leya. Abang juga mahu lihat Am berubahkan?” Chad bertanya kepada Ameer. Aku lihat daripada jauh abah melambai ke arah aku. Aku hanya tersenyum untuk membalas lambaiannya.
“Scha, kenapa abang tak tahu yang Amran sukakan Am? Kenapa Scha tak bagi tahu abang? Sampainya hati sayang.” Mereka cuba membina bahagia. Aku gembira dengan perkembangan mereka walaupun aku berasa sangat sedih melihat kegembiraan yang mereka cuba bina.
“Dah sampai pun hati Scha dekat abang. Maaflah abang ini rahsia kami bertiga. Baru hari ini abang berkesempatan untuk mengetahui semuanya. Rahsia tentang Amran cintakan Am, Scha simpan sejak daripada tingkatan 4. Maafkan Scha, abang.” Ameer mengangguk tanda Ameer mengerti keadaan kami.
“Fikirlah yang terbaik, Am untuk diri kau.Aku tak sangka dalam kesombongan kau itu ramai peminat kau. Setahu aku kau bukanlah jenis peramah sangat. Ada insan yang setia mencintai kau tetapi kau tetap mengejar manusia yang hampir menghancurkan seluruh kehidupan kau. Amran cintakan kau begitu juga dengan Ray.” Perbualan kami mati disitu sahaja. Aku terpaksa pulang kerana ada hal kecemasan berlaku di dapur hotel.
*******
 Tidak lama selepas perkhawinan Ameer dan Scha aku menerima panggilan telefon daripada Wan. Wan mahu bertemu dengan aku kerana Wan mahu mengatakan kepada aku sesuatu perkara yang penting.
Aku menyetujui sahaja kemahuannya. Aku sendiri keliru dengan tindakan yang aku lakukan. Perilaku aku telah mendahului pemikiran aku. Perasaan rindu terhadap Wan mula membelenggu diri tetapi aku cuba menafikannya. Aku tidak sanggup lagi untuk hadapinya seorang diri sekali lagi.
Daripada jauh aku melihat Wan sedang menantikan kehadiran aku di sebuah meja. Aku tetap memberi­kannya sebuah senyuman walaupun ianya plastik. Aku terasa kesakitannya tatkala melihat wajah Wan. Aku kurang pasti mengapa ianya terjadi. Mungkin luka itu terlalu dalam.
Wan setia menunggu aku duduk di kerusi yang ditariknya untuk aku. Aku menarik kerusi lain untuk duduk. Mahu atau tidak Wan terpaksa menanggung malu yang Wan ciptakannya sendiri. Aku mula bersuara.
“Hal apa yang penting sangat yang Wan hendak beritahu pada Am? Boleh kita cepatkan sikit perjumpaan kita ini kerana Am masih banyak lagi kerja daripada berjumpa dengan Wan.” Nada suara aku agak keras. Mahu atau tidak Wan terpaksa terima itulah nada aku sekarang untuk dirinya.
Aku tetap mahu mempercepatkan pertemuan ini walaupun aku sebenarnya bercuti pada hari ini hanya untuk berjumpa dengan Wan. Mungkin Wan faham bahawa aku sudah mula memupuk diri aku untuk membencinya. Wan tidak perlu mengetahui apa-apa tentang aku.
Aku tidak pernah membencinya walau pada hakikatnya aku kelihatan kasar dengannya tetapi jauh di lubuk hati aku, aku masih dan tetap akan cintakan Wan. Susah untuk aku lupakan kenangan itu walaupun aku sudah cuba. Wan masih senyap tiada suara yang aku dengari keluar daripada bibirnya.
Wan tetap setia menatap wajah aku seperti melepaskan segala kerinduannya terhadap diri aku. Aku gelisah melihat pandangan tajamnya pada mata aku. Aku genggam kuat sapu tangan milik Wan yang pernah Wan berikan kepada aku di bawah meja. Mungkin Wan perasan mata aku mentafsir segala-gala cintaku buat dirinya.
Wan menyerahkan satu sampul surat dan satu nota lekat pada sampul surat itu. Setelah aku menerima sampul surat itu, Wan berlalu pergi tanpa jawapan untuk soalan yang aku ajukan padanya. Aku tatap nota lekat yang Wan berikan pada aku.
Sungguh aku tidak sangka Wan masih ingat akan tabiat aku yang suka menulis pada nota lekat. Di atas meja aku lihat ada segelas air kegemaran aku. Wan juga seperti aku. Wan mungkin tidak dapat lupakan aku. Begitu kuat ujian Allah ke atas cinta kami.
“Tetapi mengapa Wan lakukan begitu terhadap aku?” Aku biarkan sahaja persoalan itu tidak ada jawapannya. Aku membaca nota lekat yang Wan berikan pada aku. Wan meminta permohonan maaf daripada aku atas kesalahan yang Wan lakukan terhadap diriku. Aku tersenyum sendiri membaca nota lekat yang Wan berikan pada aku. Begitu banyak memek muka yang dilukiskan pada nota itu. Comel!
Ya! Aku memang boleh maafkan dirinya tetapi untuk lupakan semua kenangan yang membuatkan aku terlalu sakit itu aku tak mampu lakukannya. “Maafkan Am, Wan. Am tak boleh tunaikan permintaan Wan.”
Aku membawa keluar kad daripada sampul surat yang diberikan oleh Wan. Luluh hati aku tatkala aku melihat pada kad itu. Hati aku kembali menangis. Air mata aku kembali berjurai pada pipi apabila melihat kad jemputan ke perkhawinannya.
Ya Allah, dugaan apakah ini? Syahdunya hati aku membaca kad bait-bait kata yang tertera pada kad yang Wan serahkan pada aku. Hati ini berasa serba salah.

Walimatulurus
Dengan izin Alah SWT ke atas hamba-Nya
yang merancang, kami
Haji Ahmad Khalid Bin Mohd Salleh & Hajjah Zainab Binti
Jamaluddin
Sejambak bunga setepak sirih dihulurkan dengan
kehadiran Dato’/ Datin / Tuan /Puan
/ Encik / Cik
……………………………………
        Seisi keluarga ke majlis perkhawinan
anakanda putera kami yang dikasihi…..

Syafiq Hazwan Bin Ahmad Khalid
Disatukan dengan……

Bacaan aku terhenti disitu sahaja. Memang sah Wan akan melangsungkan perkhawinannya sekali lagi. Mungkin dengan pilihan ibunya yang lebih baik daripada bekas isterinya yang ditangkap khalwat dahulu.
Sungguh aku katakan aku masih mengharapkan Wan berada di sisi aku sepanjang hidup aku tetapi harapan hanya tinggal harapan. Aku tidak mungkin akan menggapainya. Daripada jauh aku masih tercari-cari susuk tubuh Wan.
Aku melihat dari jauh Wan begitu berat untuk meninggalkan aku. Kakinya melangkah perlahan. Kelihatan seperti Wan mahu melihat aku buat kali terakhir sebelum Wan hidup bahagia bersama pasangan pilihan ibunya.
Aku berlari keluar daripada restoran dan aku terus memandu tanpa arah tujuan. Aku sendiri tidak ketahui destinasi manakah yang ingin aku tujui untuk menenangkan hati aku yang sedang lara. Untuk kali keduanya, Wan melukai hati aku.
“Umi, bilakah along dapat mengapai bahagia. Alangkah gembiranya aku jikalau kakak Leya ada disisi aku. Akak tolong along hapuskan Wan daripada hidup along. Ya Allah indahnya hidup aku jikalau engkau melupakan ingatan aku. Aku akan hidup bahagia semungkin yang aku mampu tanpa kenangan yang menyakitkan aku.”
Puas aku setiap kali solat aku pasti akan berteleku lama di tikar sejadah memohon doa daripada Allah. Begitu banyak juraian air mata aku hamburkan kepada Rabb. Semoga segala doaku dimakbulkan oleh Allah. “Permudahkan segala urusanku, Ya Rabb.”
Daripada Kuala Lumpur aku memandu kereta tanpa tujuan. Yang aku tahu aku mahu sebuah tempat yang boleh menenangkan pemikiran aku. Apabila aku sedar aku sudah berada di sebuah pantai di Kuantan.
Tempatnya sangat tenang dan damai. Aku berasa begitu selesa apabila terkena bayu laut disitu. Hati aku begitu tenang apabila berada di pantai tersebut. Aku terasa puas dan terus-terusan menikmati ketenangan disitu.
Seorang lelaki menyapa aku ketika aku sedang leka menikmati keindahan alam semulajadi. Aku sangat kenali suara itu. Aku toleh ke belakang untuk melihat gerangan siapakah yang menyapa aku. Hati aku gundah gulana. “Ya Allah mengapa dia perlu hadir pada waktu, saat dan ketika aku begini?”
Gerangan dirinya akan hadir apabila kesedihan mula melanda diri aku. Aku juga kurang faham mengapa dia perlu ada pada setia situasi dalam kehidupan aku. Encik Azif Arrayan hadirmu bukanlah memberi kebahagian malah hadirmu menyesakkan benak otakku.
“Am…… saya tetap tak boleh terima orang lain dalam kehidupan saya selain awak. Tolonglah faham saya, Am. Saya terlalu cintakan awak.” Kaki lincah aku bermain dengan pasir di pantai yang aku kunjungi.
“Cintailah orang yang diaturkan oleh Allah untuk diri encik sendiri. Tak perlulah encik bazirkan segala cinta encik untuk saya. Maafkan saya walaupun saya mengetahui encik adalah orang yang begitu sempurna pada semua mata manusia tetapi bukan pada mata saya. Aini Fasihah orang yang terbaik untuk terima cinta encik.
Saya bukan memaksa encik untuk mencintai Aini tetapi bukalah mata hati dan mata encik sendiri sebesar-besar yang mungkin untuk melihat segla kesempurnaan yang ada pada diri Aini. Sememangnya semua manusia dalam dunia ini tidak sempurna tetapi gunakanlah setiap ketidak sempurnaan Aini itu untuk encik cuba mencintai dia. Saya rasa encik sudah faham kesemuanya.
Dan satu lagi saya minta jangan campur urusan hidup saya tidak kira 10 tahu lepas, sekarang mahupun yang akan datang. Saya tak suka. Saya tahu encik begitu bijak dalam menilai yang mana intan dan yang mana kaca.” Aku sudahi kata-kata aku disitu dan tiba-tiba telefon bimbit aku menjerit minta diangkat.
Abah menelefon aku memberitahu yang umi rebah di bilik air dan sekarang umi masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Umi dirawat di Hospital Besar Kuala Lipis. Abah menyuruh aku pulang sesegera yang mungkin kerana sebelum umi rebah di bilik air umi ada meminta abah menelefon aku menyuruh aku pulang kerana umi rindu dengan aku.
Untuk kesekian kalinya, air mata aku bertakung pada tubir mata aku. “Rabb, dugaan apakah yang engkau berikan pada aku di saat aku masih mencari-cari ketenangan. Berikanlah aku kekuatan untuk hadapi semua dugaan ini. Aku tahu aku tabah dan kuat untuk menangani semua cubaan-Mu.” Hati ini berdoa sendiri meminta diberikan kekuatan.

“Kehilanganmu sungguh berat bagiku
 Hampa hidupku terasa tanpa kamu”
*Kangen Band-Kehilanganmu Berat Bagiku