Tatkala azan
Subuh mula berkumandang aku bangun dan bersihkan diri ini untuk bersujud kepada
Allah. Hanya satu yang mahu aku pinta redhakanlah setiap apa yang terjadi dalam
hidup aku dan permudahkanlah urusan aku. Tidak ada guna lagi aku bazirkan air
mata aku untuk seorang lelaki ianya sungguh sia-sia.
Sungguh aku
rasakan berat aku rasakan berat kaki aku melangkah. Demi maruah diri yang aku
harus kembalikan aku cuba gagahkan jua diri ini. Atas nama Allah dan perjuangan
demi umi aku cuba untuk menjadi manusia yang gigih menepis segala tomahan yang
diletakkan diatas bahu aku.
Air mata yang
menitis di pipiku aku lap dengan kasar. Disisi aku yang setia menemani aku ke
majlis resepsi Wan bersama isterinya kakak, Chad dan Aini. Mereka tahu aku
tidak kuat untuk melangkahkan kaki ke majlis itu. Walaupun ditegah berkali-kali
oleh abah aku tetap datang ke majlis resepsi Wan.
Daripada jauh
kelihatan ada sepasang mata sedang memerhati aku daripada jauh. Aku membiarkan
dia melihat aku sepuas-puas yang mungkin untuk kali terakhir. Selesai makan aku
gagahkan diri ini untuk berjumpa dengan makngah iaitu ibu kepada Wan. Begitu
erat makngah memeluk aku mungkin tanda permohonan maafnya buat diri aku.
Aku pergi
bersalam dengan pasangan pengantin yang kelihatan sepadan dan secocok bagi
orang awam yang tidak mengetahui hal sebenar. Mereka hanya melihat luaran
sahaja tanpa mengetahui dalaman yang sebenarnya. Aku bersalam dengan isteri Syafiq Hazwan sambil mata aku memandang tepat ke arah matanya.
Wan hanya mampu
tunduk tatkala pandangan mata kami bertaut. Aku mahu tunjuk dan buktikan pada
seorang insan yang bernama Syafiq Hazwan aku mampu berdiri dan membina hidup
baru tanpa kasih sayang daripada dirinya. Aku cuba sedaya upaya menyemai
sendiri benih kekuatan itu sendiri.
Chad dan Aini
tidak pernah putus berharap. Mereka berdua dan kakak setia menyalurkan semangat
untuk aku terus-menerus membuktikan pada Wan yang aku pun boleh membina sebuah
kehidupan yang baru tanpa dirinya. Aku sangat berterima kasih atas kesudian
mereka menemani aku dan memberikan kata-kata semangat.
“Tahniah Syafiq Hazwan dan……” Kata-kata aku terhenti disitu.
“Dhia Delisya.
Boleh panggil Dhia. Dan awak?” Sebuah senyuman manis yang diberikan buat aku.
“Begitu indah
nama Dhia seindah orangnya. Saya Amnie Halifi Ahmad Harith. Selamat berkenalan.
boleh panggil saya Am ataupun along. Bergantung pada Dhia.” Aku lihat Dhia
hanya terangguk-angguk tanda memahami. Dihujungnya seperti menayangkan muka
yang agak tidak menyenangkan.
“Tahniah atas
perkhawinan Dhia dan Wan. Semoga berbahagia hingga jannah dan
mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah. Am doakan Dhia dan Hazwan bahagia.”
Ucapan aku terhenti disitu kelihatan Dhia seperti mahu aku pulang secepat yang
mungkin.
Ya! ,Dhia
Delisya aku tahu segala apa yang lakukan sebentar tadi hanyalah plastik.
Lakonan semata-mata di hadapan Syafiq Hazwan untuk membuktikan kau boleh
melayan dan berbaik dengan semua kaum kerabat kami. Sejauh mana aku lari
walaupun kehujung dunia pasti akan diketahui oleh Wan.
Itulah manusia
ada sahaja yang tidak menjadi kepuasan hati mereka. Apalah yang ada pada diri
aku sehingga mereka terlalu iri hati. Aku rasa mereka juga cukup anggota badan
seperti aku. Ya Allah kau berikan petunjuk kepada sesiapa sahaja yang terlalu
iri hati dengan apa sahaja yang aku miliki sedang ianya hanya perkara biasa.
Dhia Delisya.
Namanya secantik wajah yang dikurniakan Maha Pencipta tetapi sayang kelakuannya
tidak seindah nama yang dikurniakan Allah kepadanya. Dimanakah letaknya sifat
malunya? Walaupun perhubungan sudah halal dan diketahui umum tetapi mereka
tetap perlu menjaga batas-batas apabila diluar pada kamar tidur mereka. Tidak
manis apabila orang ramai melihat kemesraan yang melampau sebegitu.
Entah mengapa
hati aku berasa sakit mata dan malu tatkala melihat Dhia dengan aksi manja dan
tergedik-gedik yang dipamerkannya di hadapan awam. Tangannya kemas memegang
lengan Wan seperti tidak mahu dilepaskan. Kebaya ketat yang dipakainya
menunjukkan susuk tubuh badannya yang agak langsing dan bentuk badannya seperti
model. Hati ini segera beristigfar kembali.
Orang ramai
mula berbaris untuk bersalaman dengan pengantin. Sesegera mungkin aku
memalingkan tubuhku menuju ke taman di belakang rumah. Pada waktu itu juga air
mata aku mengalir tanpa dipinta. Mengapa pada saat ini kau perlu keluar wahai
air mata? Berilah aku ini peluang untuk melambai penuh gembira dan mesra atas
perkhawinan dan penyatuan dua hati ini.
Masih ada yang
sudi menghulurkan kepada aku sapu tangan untuk mengelapkan air mata yang tak
pernah kering ini. Aku mengambilnya dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
“Aku tak
perlukan ucapan terima kasih itu. Aku hanya mahu kau lupakan abang Wan dan
tinggalkan tempat ini untuk selama-lamanya. Jangan kau berani jejakkan kaki kau
ke sini. Aku jelek melihat kau. Konon pura-pura baik.” Itulah ucapan perkenalan
yang disuakan oleh Dhia.
Aku dengan
bangganya bangun dan merenung tepat pada matanya. “Terima kasih atas kata-kata
perkenalan yang Dhia berikan pada Am. Am ke sini atas satu pertalian sahaja
iaitu atas dasar sepupu. Kalau ikutkan hati Am sudah lama Am tinggalkan
Malaysia tetapi Am bukanlah orang yang pentingkan diri macam Dhia. Am masih
fikirkan abah Am yang tengah sedih atas pemergian isteri kesayangannya.
Am masih
fikirkan kakak Am yang sanggup berkorban pulang ke Malaysia walau pada
hakikatnya kakak Am juga sibuk di Melbourne. Am masih fikirkan kerja Am,
fikirkan semua orang yang rapat dengan Am termasuk keluarga Wan. Am tak sanggup
untuk kecilkan hati dia orang walaupun pelbagai ujian yang Allah berikan pada
kami.” Aku membidaskan kata-kata.
“Whatever!?”
Aku hanya mampu tersenyum sinis.
“Itulah
kebenaran yang terjadi sekarang. Dihadapan mata ini boleh dijadikan tauladan
bukan contoh nanti buruk padahnya. Hakikat yang sebenar. Pandangan mata itu
selalu tersalah dan pandangan hati itu yang hakiki. Fikir-fikirkanlah Dhia.”
Aku melangkah keluar daripada majlis menggunakan pintu belakang. Jari aku
pantas mendail nombor telefon kakak mengajaknya Aini dan Chad pulang.
Aku bersandar
pada pintu kereta milikku. Hati ini cuba mendoakan kebahagian Wan bersama Dhia
walaupun sakit bagai dihiris pisau tajam yang baru diasah.
*******
Setelah lama
aku bercuti panjang aku kembali ke pejabat seperti biasa dan menyiapkan segala
kerja milikku yang banyak bertangguh. Hampir memakan masa selama seminggu aku
menyiapkan kerja yang tertangguh milikku termasuk juga menyiapkan surat
perletakkan jawatan. Walaupun keputusan ini agak tergesa-tergesa tetapi inilah
pilihan aku dan bukannya kesempatan.
Setelah
mengambil kata sepakat dengan abah dan kakak aku telah mengambil keputusan
untuk menceburi bidang perniagaan. Abah dan kakak juga berjanji dengan aku akan
membantu aku dalam pelbagai aspek dalam bidang perniagaan termasuk juga
kewangan.
Kaki aku laju
melangkah menuju lif. Aku menekan nombor menuju ke tingkat 3. Sarah Edora, pembantu
Encik Azif Arrayan memberikan aku keizinan untuk berjumpa dengann Encik Azif.
Walaupun hati aku berat untuk bertemu dengannya kerana kisah yang berlaku di
hospital tempoh hari. Aku gagahkan juga atas nama umi.
Aku ketuk pintu
bilik Encik Azif dan kedengaran suaranya memberi arahan masuk. Aku pulas
perlahan-lahan tombol pintu itu. Aku lihat dia begitu sibuk menyiapkan
kerjanya.
“Sila duduk.”
Encik Azif tetap tekun menyiapkan kerjanya. Hampir 5 minit aku tunggu dia
menyiapkan kerja barulah Encik Azif mengangkat mukanya melihat wajahku. Mata
aku meliar melihat susunan dekorasi di dalam biliknya. Tampak mewah dan kemas.
Aku
menghadiahkanya sebuah senyuman yang aku rasakan paling manis. Riak wajahnya
seperti terkejut dengan kehadiran aku.
“Sudah siap kerja
Encik Azif?”Aku tidak tahu kata sapaan apa lagi yang perlu aku hulurkan
padanya.
“Sudah. Maaf
saya buat Am tunggu saya terlalu lama. Am ada apa-apa yang perlu dikatakan pada
saya ke? Kali pertama Am ke sini tanpa panggilan daripada saya.” Encik Azif tersengih
sendiri. Ya Allah tolonglah buang sifat menyampah yang ada dalam diriku ini
buat Encik Azif Arrayan ini.
Tanpa menjawab
soalannya aku menghulurkan surat perletakkan jawatan aku kepadanya. Encik Azif
membuka dengan berhati-hati dan membacanya. Riaknya kelihatan agak terkejut dan
sedih. Aku tak mampu membalas pandangan tajamnya. Aku hanya tunduk memandang
lantai.
Encik Azif
bangun dan menarik tangan aku untuk keluar daripada pejabat. Aku menarik
kembali tangan aku. Sungguh kuat genggamannya. Aku cuba meronta minta
dilepaskan. Sarah Edora seperti terkejut melihat situasi kami. Di tingkat 3
suasananya agak gamat melihat keadaan kami.
“Encik Azif
jangan buat saya macam ini. Saya hanya ingin meletakkan jawatan saya di hotel
ini. Lepaskan tangan saya.” Puas aku meronta tetapi genggamannya semakin lama
semakin kuat. Apabila pintu lif terbuka aku lihat Dato’ Mansor Eusof,bapa
kepada Encik Azif.
Aku merentap
kuat tangan aku walaupun agak perit aku cuba berlagak kuat dihadapannya. Tangan
aku tiba-tiba meluncur ke pipi Encik Azif. Dato’ Mansor yang melihat kejadian
ini tak mampu berkata apa. Seisi ruang di tingkat 3 tiba-tiba menjadi senyap
sunyi. Encik Azif memegang pipi kanannya yang aku tampar sebentar tadi.
“Saya bukan
perempuan murah yang Encik Azif boleh ambik bila suka. Apabila sudah tak suka
encik Azif boleh buang. Saya bukan macam. Jangan buat saya benci pada encik
Azif. Assalamualaikum.” Seboleh-bolehnya aku mahu keluar cepat daripada hotel
ini.
Tatkala kaki
aku mahu melangkah ke dalam lif kedengaran suara Dato’ Mansor menyuruh aku
masuk ke dalam biliknya. Dalam keadaan hati yang sebal ini aku cuba gagahkan
juga.
“Papa
sebenarnya tak tahu nak kata apa dengan Am dengan Ray.” Kata-katanya putus
disitu. Kedengaran telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. Aku masih pandang
anak kesayangannya dengan pandangan tidak puas hati.
“Sakit memang
sakit tetapi saya tetap tak endahkannya asalkan awak jadi milik saya yang sah!”
Aku mahu berjalan keluar daripada bilik Dato’ tetapi tangan aku direntap sekali
lagi.
“Apa lagi yang
Encik Azif mahu daripada saya? Enough! Saya sudah tak tahan hidup dalam dunia
yang penuh dengan percintaan yang menyakitkan hati. Stop it!” Aku memberontak
tetapi secara perlahan. Tiba-tiba air mata aku jatuh.
“syyyhhhh…
jangan menangis sayang. Im here beside you. I really love you.” Encik Azif
membisikkan kata-kata itu di telingaku dan memeluk erat tubuhku. Aku juga tidak
mengerti mengapa aku tidak menolaknya.
Pintu bilik ditolak perlahan oleh Dato’
Mansor. Aku tolak kuat tubuh Encik Azif. Kelihatan seperti ada tetamu yang
hadir. Abah? Kenapa abah datang sini? Ya Allah bala apa yang mahu kau berikan
pada aku ini?
Abah duduk di
sofa yang disediakan untuk tetamu di belakang. Aku dan Encik Azif juga disuruh
duduk disitu. Aku cuba patuh pada arahan Dato’ Mansor walaupun gelonjak dalam
hati ini bagaikan lahar gunung berapi. Abah mula bersuara.
“Along, anak
abah. Dengar sini baik-baik ya. Selain daripada surat yang abah berikan pada
abah untuk along itu masih ada wasiat yang umi tinggalkan dan along perlu tunaikan.”
Aku sedikit terkejut.
“Apa wasiatnya
abah?” Aku cuba menahan amarahku.
“Along mestilah
berkhawin dengan Azif Arrayan Mansor Eusof. Tiada bangkangan mahupun bantahan.
Ini adalah wasiat dan perlu ditunaikan.” Dato’ Mansor hanya menganggukkan kepala
tanda setuju.
“Wajib ke abah?
Ala, abah along tak mahulah khawin dengan dia ini.” Aku cuba merayu dengan
abah. Ketawa yang ditahan oleh Encik Azif tiba-tiba meletus.
“Merengek macam
budak kecil.” Aku membidas kata-katanya.
“Eh! Encik
inikan memang menyakitkan hati saya betul.” Abah dan Dato’ Mansor terkaku
sementara.
“Macam mana
awak rasa sekarang macam itu yang saya rasakan selama saya mengenali awak.
Peritnya tamparan yang awak berikan pada pipi saya, saya tetap terasa sakit
dihati. Begitu bodoh hati saya kerana terlalu mencintai manusia yang tak pernah
kenali langsung apa itu cinta.” Memang betul apa yang Encik Azif katakan
padaku. Aku terasa kepedasannya.
“Sudah! Malam
ini jugak majlis akad nikahnya. Azif balik sekarang buat persiapan untuk malam ini..
Along mari balik bersiap sementara kakak masih ada di Malaysia.” Tangan aku
ditarik abah. Aku seperti kehilangan kata-kata.
Ketika di dalam
kereta abah banyak memberikan kata-kata nasihat. Aku tidak mengetahui kemana
hilangnya kudrat aku untuk membidas kata-kata abah ketika itu. Aku seperti
orang bingung. Perkhawinan mengejut membuatkan aku terdiam sementara.
Aku seperti
disihir oleh abah. Aku hanya mengikut katanya tanpa bantahan. Apa saja yang
disuruh oleh kakak, abah dan mak andam. Aku lakukan tanpa bantahan. Aku meminta
telefon daripada kakak untuk membuat video
call dengan Aini.
“Aini…” Bunyi
sendu tangisan aku. Pada waktu ini baru aku seakan-akan sedar daripada mimpi
buruk aku.
“Ya. Janganlah
menangis sayang. Saat-saat bahagia seperti ini kau sepatutnya nikmati
sepuas-puas yang mungkin.”Aini sekarang tiada di sisi aku. Dia jauh nun
tercampak di Afrika Selatan memberi bantuan kepada mangsa yang memerlukan.
“Kau tak marah
dekat aku ke? Aku kena paksa khawin dengan Encik Azif. Aku tak mahu dituduh menikam
belakang kau.” Aku dengar Aini ketawa. Aku kehairanan.
“Buat apa aku
perlu sedih aku pun sudah berkhawin.” Tiba-tiba ada seorang lelaki melambaikan
tangan kepada aku. Wajahnya seperti pernah kulihat.
“He is your
husband?” Aini mengangguk.
“Hai Am, saya
banyak dengar cerita pasal awak. By the way, I’m Afif Arrayan Mansor Eusof. I’m
Azif brother. We are twin. Cubalah mencari bahagia awak bersama Ray. Saya
disini begitu bahagia bersama Fasihah. Pimpin dia ke jalan yang diredhai Allah.
Ray sudah jauh tersasar daripada landasan.” Aku tak mampu berkata apa-apa.
“Aku ucapkan
semoga berbahagia dengan Azif. Aku mohon maaf sebab tak beritahu kau tentang
perkhawinan kami berdua. Sampai di Malaysia nanti kita buat majlis resepsi
sama-sama. Lagi 3 tahun kami akan pulang ke sana. Doakan kami selamat tiba
disana.” Talian kami terputus begitu sahaja kerana Aini dan suaminya, Afif ada
kecemasan.
Kaum kerabat
Dato’ Mansor Eusof sudah mula membanjiri rumah banglo 2 tingkat yang aku beli
hasil titik peluh aku sendiri. Walaupun harganya hampir mencecah 1.5 juta aku
sanggup membelinya kerana mahu menghadiahkan kepada kedua orang tuaku tetapi
sayang umi sudah pergi sebelum aku berikannya kepadanya. Aku tilik ke garaj
melalui balkoni bilik aku.
Kereta pihak
pengantin lelaki sudah memenuhi garaj. Perasaan aku sudah mula berubah
menjadi berdebar-debar. Teringat
kembali kata-kata Afif aku mula ligat memikir sesuatu yang bakal aku
jadikan perkara untuk menyedapkan
hati aku. Mengapa? Dan kenapa? Aku perlu mengahwini Encik Azif Arrayan Dato’
Mansor Eusof.
“Am masuklah.
Tak baik pengantin berembun. Aku memalingkan tubuhku dan mempamerkan muka
bosan. Efa, Chad, Anis, Farah, Syirah, Tia dan Aini muncul di depan pintu bilik
aku dan ketawa. Aku menangis tiba-tiba. Aku memeluk kakak dengan erat sekali.
“Kakak along
takut. Along tak sedia langsung jadi isteri orang ini. Nafkah zahir mungkin
along mampu bagi tetapi nafkah batin. Awal-awal lagi along say sorry.” Aini menggosok belakang badan aku yang dibaluti dengan
baju nikah berwarna putih bersih hasil rekaan pereka fesyen yang baru meningkat
naik.
Afif muncul
tiba-tiba memberi salam. Aku lihat wajahnya tiada perbezaan sedikit pun dengan
Azif. Yang membezakan mereka adalah cermin mata dan ketinggian yang dimiliki.
Afif memakai cermin mata dan tinggi lebih kurang 5 inci daripada Azif.
“Sukalah hati
kau orang semua tipu aku berikan macam-macam alasan sedangkan kau orang memang
ada dekat sini?” Aku menyesat air mata yang mengalir dipipi aku. Aku tidak
endahkan akan mekap yang rosak akibat tangisan aku. Puaslah nanti aku kena
bebel dengan mak andam.
“Tia, Aneem,
Syirah dan Farah. Kau orang kata sibuklah belajar kerjalah bila aku call. Efa
dengan Chad pun sama saja dengan diaorang. Aini dengan Afif kata pada aku ada
kecemasanlah itulah inilah. Semua orang buat tak endah pada aku. Sedihnya.” Aku
lap lagi air mata yang entah datang daripada mana ini membuak-buak keluar tanpa
dipinta.
“Kami semua
minta maaf sangat-sangat dengan kau. Kami saja nak tengok kau boleh terima Azif
ataupun tidak. Hakikatnya kau boleh terima. Sudahlah menangis kejap lagi
pengantin lelaki nak masuk upacara batal air sembahyang.” Mak andam mula
membebel tetapi tangannya tetap laju sahaja touch up kembali make up di muka
aku.
Gelang yang cantik di dalam bekas hantaran itu
diambil dan dipakai di tangan aku. Aku kucup tangannya. Terasa seperti
halilintar sedang memanah hati aku. Encik Azif pula mencium dahi aku untuk upacara
membatal air sembahyang. Pantas sahaja tangannya yang aku genggam ditarik.
Mungkin dia
sedang berjauh hati dengan aku. Ya Allah apa yang sudah aku lakukan padanya.
Abah mengadakan kenduri doa selamat dan tahlil di rumah. Ramai juga jiran-jiran
dan jemaah dijemput. Aku masuk ke dalam bilik untuk membersihkan badan sebelum
bacaan tahlil bermula. Kedengaran pancutan air daripada bilik air.
Aku tunggu di
luar pintu bilik air menghulurkan tuala dan baju kepada suami aku. Encik Azif
keluar daripada bilik air tanpa menoleh ke arah aku. Dia mengambil kopiah di
atas meja solek dan melangkah keuar daripada bilik. Ya! Memang dia berjauh hati
dengan aku. Aku menyentap sekuat hati tangannya. Langkah yang diaturnya
terhenti.
Dia hanya
tunduk memandang lantai. Tanganku erat menggenggam tangan dia. Aku mengangkat
wajahnya merenung mata aku. Renungan kami bertaut. Aku memeluknya. Tiba-tiba
air mata aku menitis di dadanya. Basah baju melayu yang dipakainya. Dia
membalas pelukan aku tanpa rungutan.
“Encik Azif….Am
minta maaf dengan Encik Azif daripada hujung rambut hingga hujung kaki.” Azif
cuba memujuk aku. Tangisan aku semakin reda daripada tadi.
“Abang sudah
lama maafkan Am tetapi Am saja tak pernah nampak dimana kebaikkan abang.
Panggil abang sayang. Abang.” Tangannya erat menggenggam tanganku.
“Yang Encik
Azif… eh abang tiba-tiba protes tak mahu cakap dengan Am itu kenapa?” Azif
ketawa.
“Saja nak lihat
Am rasa tercabar tak kalau abang diam tanpa berkata sepatah kata. Rupa-rupanya
cengeng juga bila abang diam. Am risau ke?” Aku hanya diam. Di dalam hati ini
hanya Allah sahaja tahu gelonjaknya.
“Gila tak
risau. Suami sendiri tiba-tiba bisu.” Aku bangun daripada katil dan mencapai
kain tuala untuk mandi. Lagi setengah jam majlis tahlil akan bermula. Aku
segera mandi. Selesai mandi aku solat berjemaah untuk kali pertama dengan Azif
Arrayan suami aku hingga hujungnya dan jannah.
“Sejarah silam
membuatkan seseorang tidak dapat menerima orang lain dalam lehidupannya barunya
hanya kerana sejarah yang lalu telah banya menyakitkan hatinya dan membuatkan
dirinya gagal menerima orang lain."