Translate Language

Saturday, 18 October 2014

Bab 2- Pertama Kali Cinta #PKC


BAB 2
Ketika kami sibuk berbual, pelayan membawa makanan yang kami pesan sebentar tadi. Aku mula merasakan sesuatu yang tidak kena tetapi aku tidak menyuarakannya. Aku bimbang Aini akan membuat sesuatu diluar kawalan aku.

Aini mempamerkan memek muka yang agak pelik. Dia pelik melihat nafsu makanku yang agak melampui pada batasannya. “Am, aku pelik tengok kau malam ni, kenapa nafsu makan kau melampau sangat? Selalunya tak macam ni.”

Aku terpaksa senyum. “Aku lapar sangatlah Aini, tengahari tadi aku tak sempat nak makan sebab terlalu banyak kerja yang perlu aku selesaikan.” Aku masih menyembunyikan sesuatu yang sememangnya sudah terang-terangan berada di hadapan mata aku. Aku merasakan ada seseorang sedang memerhatikan aku daripada jauh. Aku hanya menganggapnya sebagai andaian sahaja.

“Am, kau tak payah tipu aku. Kau adalah seorang manusia yang menjaga waktu makan. Kau kerja sebagai Senior Assistant Of Chef. Jawatan kau tu bawah sikit je pada big chef. Ni mesti ada something happened now but you afraid to tell me, right?” Aini adalah seorang yang tidak suka berselindung dalam menyelesaikan sesebuah perkara.

Lidah aku kelu untuk berkata-kata. “Adakah Aini sedar dengan kehadiran Wan disitu tetapi mustahil Aini tidak pernah berjumpa Wan secara berhadapan. Aku hanya bercerita itu ini pasal Wan pada Aini. Aku tidak berkesempatan mengenalkan Wan kepadanya hanya gambar yang aku tunjukkan kepadanya.” Getus hati kecil ini yang sedang resah memikirkan jawapan kepada soalan yang Aini ajukan kepada aku.

Lama aku membiarkan keadaan sepi seketika. Tegang. Tiada satu suara pun yang hinggap di gegendang telingaku.

“Aini, kalau….kalau aku kata yang d…i..dia ada dekat sini kau nak buat ape?” Aku takut-takut untuk menyuarakan perihal Syafiq Hazwan.

Muka Aini berubah. Dia terkejut. “Kau biar betul?”

Aku hanya mengangguk tanda mengiakan.

“Mana?” Daripada riak wajah Aini, aku tahu Aini ingin mengenali Wan dengan lebih dekat. Aini adalah seorang wanita yang sukar dijangka perbuatannya.

Aku menjuihkan bibirku ke arah tempat duduk Wan. Aini yang duduk bertentangan dengan aku berpusing ke belakang untuk melihat wajah lelaki yang pernah meruntuhkan hati batu sahabat karibnya itu. Sehinggakan sahabat karibnya merana dan kecewa disebabkan perbuatan lelaki itu.

Wan yang daripada tadi leka melayan perempuan disebelahnya agak terkejut dengan pandangan tajam yang dihadiahkan oleh Aini Fasihah. Lama pandangan mereka bertaut tetapi pandangan Aini bukanlah pandangan cinta. Pandangan Aini adalah pandangan maut.

Wan ingin mengalihkan pandangan ke arah perempuan disebelahnya tetapi dia tergamam sementara. Puas aku cuba menyorokkan diri aku. Dia tetap teguh melihat aku daripada jauh. Tiada kelipan daripada matanya.
“Amnie Halifi, Wan rindu Am. Am selalu ada dalam hati Wan. Selalu dan sentiasa akan ada dalam hati Wan. Tak kira Wan terpaksa khawin atau bertunang dengan sesiapa pun. Cinta Wan untuk Am tidak pernah akan luput.”

Kenangan lalu menerjah jiwanya. Ketika kami sekeluarga pergi bercuti di sebuah pantai di Kuantan. Wan ligat memetik gitarnya menyanyikan sebuah lagu buat diri aku. Disaat itu kami masih bahagia dan menjadi perbualan hangat dalam keluarga besarku.

Saat Terakhir- P.U.S.P.A

Tak pernah terfikir olehku
Tak sedikit pun kubayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit kurasakan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Di bawah batu nisan kini
Ku telah sandarkan kasih sayang kamu begitu dalam
Sungguhku tak sanggup ini terjadi
Karnaku sangat cinta
Inilah saat terakhirku melihat kamu
 Jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih

Satu jam saja ku telah bisa cintai kamu, kamu, kamu dihatiku
Namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu….
Dihatiku namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku semumur hidup……
Dinantiku…..

*******

Lama aku membiarkan keadaan ini. Selesai Aini makan aku mengajak Aini pulang ke rumah. Aku tahu Aini masih tidak berpuas hati selagi dia tidak dapat mencari erti kebenaran. Aini berang dengan sikap aku yang selalu ambil mudah.

Apabila Aini marah dia tidak akan bercakap sepatah pun denganku. Aku sudah lali dengan sikapnya.
Aini sebenarnya seorang yang sangat prihatin dengan sahabat karibnya. Dia akan mengambil tahu pelbagai aspek pada diri sahabatnya kerana terlalu menyayangi sahabatnya.

Perkara ini berlarutan selama 3 hari. Ini membuatkan aku resah. Kami tidak bercakap sepatah pun selama 3 hari.

“Aini, aku tahu kau marahkan aku. So, aku mintak maaf okey?” Aku mempamerkan wajah kasihan kerana aku tahu Aini akan cair dengan wajah itu.

“Kau boleh tak jangan buat muka macam tu?  Aku nak merajuk tak jadi nak merajuk sebab kau buat muka kasihan.” Aini hanya tersenyum. Dia selalu  kalah dalam hal begini.

Yes, im the winner.” Aku menjelirkan lidahku kepadanya.

“Aku potong kang baru tahu. Aku sebenarnya kecewa dengan sikap kau sejak kita jumpa balik awal tahun ni selepas kita berpisah kira-kira 10 tahun dahulu. Kau terlalu banyak rahsia antara kita. Selalunya kau akan bagitahu aku. Kau tidak akan membelakangkan aku. Tapi sekarang dah lain. Kau menjadi seorang yang sangat perahsia.” Sungguh aku tidak tahu mengapa aku berubah menjadi begitu.

“Aku minta maaf sangat dengan kau kalau selama ni, sikap aku buat kau sakit hati. Aku tak tahu macam mana nak teruskan kehidupan aku sekarang. Aku jalankan kehidupan aku terlalu formal dan penuh protokol. Aku cuba biasakan kehidupan baru ini.” Aku mengeluh. Aku tidak tahu bagaimana mahu memulakan cerita.

“Aku rasa ada sesuatu yang dah lama bersarang dekat hati kau tapi kau tak tahu nak luahkan dekat sapa. Nak luah dekat mak bapak kau diaorang pun dah tak tahu nak buat macam mana dekat kau. Kalau kau rasa aku adalah orang yang terbaik untuk kau luahkan. Aku sedia mendengar.” Terlalu telus kata-kata yang Aini luahkan kepadaku. Aku menjadi serba salah.

Aku sudah dapat meneka bahawa Aini akan berkata begitu. Aku mengangguk. Memang benar apa yang dia katakan itu. “Aini, aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita ini, tapi aku harap sangat kau berikan aku ruang untuk fikir balik samada patut atau tak patut aku luahkan.” Aini hanya diam.

Aini leka melihat rancangan kegemarannya, Running Man. Rancangan yang sememangnya terkenal di serata dunia. Aini ialah peminat Korea yang tegar. Semua nama artis Korea Aini hafal disebabkan minat yang terlalu dalam.

Aku tahu di saat ini Aini berkecil hati dengan sikap aku. Aku hilang selama 5 tahun daripada Kampung Relong kerana ingin melanjutkan pengajianku di Kolej Vokasional Perempuan di Temerloh demi mencapai cita-cita aku. Jikalau tidak aku tidak akan dapat apa yang aku mahukan selama ini.

Ketika aku pulang ke Kampung Relong, Aini pula berada di Amsterdam melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Aku bertanya khabarnya melalui ibunya sahaja. Aku tidak berkesempatan menelefon­nya. Dia tidak mengetahui apa-apa tentang perkara yang menimpa diri aku.

Aini pulang ke Malaysia selepas 5 tahun di Amsterdam. Aini berjaya mencapai cita-citanya sebagai pakar sakit puan. Aku berbangga dengan kejayaannya. Ketika dia pulang ke rumahnya, baru kami berjumpa antara satu sama lain. Ketika itu kami berusia 25 tahun.

Sementara Aini menunggu panggilan daripada hospital yang memerlukan khidmatnya dia mengikut aku merantau ke Kuala Lumpur. Setelah seminggu dia menjadi penganggur dia akhirnya mendapat panggilan. Dia ditugaskan di Hospital Pantai.

Pada aku, walaupun aku sakit macam mana pun aku tetap akan simpan rasa sakit itu sebab pada aku ianya sangat berharga. Hanya sesetengah orang sahaja yang mampu merasai kesakitan itu.

Aku mengutarakannya sebuah rancangan. “Aini, jom balik Kedah jumpa mak tok. Dah lama aku tak balik sana. Aku rasa dia merajuk kot. Jomlah.” Aku memujuknya balik berjumpa mak tok. Sememangnya aku pasti dimarahi oleh mak tok kerana sudah lama aku tidak pulang ke sana.

Kisah perit itu membuatkan banyak pihak terluka. Terutama sekali aku. Umi dan abah pun terasa tempiasnya. Dihina, dicaci itu perkara biasa bagi kami. Mahu atau tidak kami terpaksa tempuhi. Itu adalah salah satu faktor aku tidak ke rumah mak tok adalah kerana tempat itu adalah tempat kesukaan Wan.

Terlalu banyak kenangan aku dan dia. Sukar untuk dilupuskan. Dia bukan sampah yang boleh aku hantar ke pusat kitar semula. Dia manusia, manusia yang membuatkan aku terluka terlalu lama. Aku meraup muka aku. Aku sedia menanti jawapan daripada mulut Aini.

“Kau ni mesti dah apply cuti awai-awai. Await tak habaq kat kami? Nasib baik kami bos.” Aku hanya tersengih bagaikan kerang busuk.

“Dah apply dah. Sebab cheq tau hang ada klinik sendiri. Boleh buat sesuka hati. Boleh la? Suruh doktor Zafri Fikri ambil job kau. Kau tu perlukan rest jugak.” Aini bersetuju dengan cadangan aku.

“Boleh je tapi ada satu syarat ni, sampai je sana kau kena cerita dekat aku semua perkara yang terbuku di hati kau. Boleh?” Aku tersenyum tanda mengiakan.

“Bila nak pergi? Kau ni tak busy ke? Kau kan tak menang tangan dekat dapur. Kau apply cuti ni bila?” Aini mengutarakan soalan kepada aku.

“Aku dah lama apply. Nasib baik bos aku baik. Untung dapat bos gituh. Bangga kejap.” Aku membuat riak yang membanggakan.

“Tak payah bangga lama-lama kang jadi bangla pulak. Susah aku nak transit kau balik Bangladesh. Aku ni baru je bukak klinik. Modal pun tak pusing lagi, dah kene bazir duti dekat kau.” Aku hanya tergelak.

Aini selalu buat lawak dalam keadaan ini. Dia tidak sukakan keadaan yang serius. Hanya sekali sahaja aku pernah melihat keadaannya serius. Ketika dia selamatkan nyawa seorang ibu yang mengandung ditimpa kemalangan. Dia begitu teliti dan serius dalam menyelamatkan tiga nyawa dalam satu masa.

Aini hanya berjaya selamatkan dua nyawa sahaja. Kembar seiras yang berusia 8 bulan. Ibu kepada bayi ini tidak dapat diselamatkan. Ibu kepada kandungan ini mati syahid ketika melahirkan anak ini. Disaat itu, Aini menangis semahu yang mungkin. Dia kecewa dengan sikapnya yang gagal menyelamatkan nyawa si ibu.

Aku memahami kekecewaannya. Puas Aini dinasihati oleh doktor yang lebih senior daripadanya. Aini tetap begitu tidak habis-habis menyalahkan dirinya sendiri.

“So, kau maafkan aku ke tak ni?” Aini mengangkat keningnya sebelah. Aku tergelak lagi dan lagi. Sebijik macam Ziana Zain.

“Aku maafkan laaa. Mana boleh tak maaf. Aku kesian tengok kau. Suka sangat buat muka seposen tuh. Menyampah tau!” Aini meletakkan tangan di bahu. Ya Allah sahaja yang tahu betapa lawaknya pada saat itu.

“Aku janji dengan kau akan cerita semuanya dekat Kedah ye. Kaulah sahabat yang aku ada sekarang dan sampai bila-bila. Kau yang setia dengan aku tak kira susah atau senang. Aku suka gila kawan dengan kau.” Air mata Aini tiba-tiba jatuh daripada tubir mata.

Aku pelik melihat keadaannya. Aini mengesat air mata. Tiba-tiba sahaja dia memeluk aku. Aku kebingungan sementara. Semakin kuat sendu tangisannya, semakin erat pelukannya.

“Aku pun ada benda nak cerita dekat kau. Kita story sama-sama dekat rumah tok mak. Sep?” Aini melepaskan pelukannya. Air matanya aku kesat.

“Sep. Aku setuju. Jom tidur, esok aku kena bangun awal. Aku banyak perkara yang kena buat sebelum cuti.” Lemah longlai Aini mengheret kakinya ke bilik.

Aku hanya memandang sepi. Aku masuk ke dalam bilik. Aku solat dan menyiapkan diri untuk tidur. Lama aku berdoa. Aku bermunajat kepada Allah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku.


“Mengalah itu lebih baik daripada memanjangkan perselisihan faham yang berlaku”

Bab 1- Pertama Kali Cinta #PKC


BAB 1
Semakin lama aku hidup, semakin berliku-liku perjalanan yang terpaksa aku tempuhi. Kadang-kadang aku tertanya sendirian.

“Adakah benar jalan yang aku pilih ini?”

Tetapi apabila difikirkan kembali, jalan yang aku pilih ini adalah jalan yang benar tetapi disebabkan kehidupan aku yang penuh dengan dugaan ianya menyebabkan penghalang untuk aku mengecapi sebuah kebahagian. Jiwa ini sering meronta, hati ini sering berkata-kata tetapi luaranku tetap berbeza. Aku tidak faham dengan kehendak diri aku, gelonjak apakah yang sedang berlaku?

Yang aku tahu adalah aku kecewa. Hati kecil ini menangis mengenangkan nasib diri. Hampir setiap hari aku menghamburkan air mata tetapi air mata yang mengalir itu tidak dapat mengubah segala keputusan dunia. Ahh! Sia-sia sahaja aku berubah kerananya. Sia-sia sahaja usaha aku selama ini. Yang aku tahu aku perlukan sedikit kegembiraan dan kekuatan untuk diri aku seandainya ada.

Jika aku terus-terusan begini, mengenangkan nasib diri ianya tetap tidak mengubah apa-apa. Ianya tidak boleh memperbaiki hati yang sudah remuk bagaikan kereta yang accident and totally loses. Ianya juga tidak boleh memenuhkan kembali kolam air mata yang sudah lama kering. Ianya sudah musnah, musnah ditelan sejarah.

Andai bisa ku undur masa, sudah lama aku pulihkan semua perkara yang terjadi dan sering menghantui segenap kehidupan aku. Aku toleh ke kiri, bayangan kedua-dua orang tuaku memberikan semangat serta kekuatan untuk anak sulung kesayangan mereka.

Apabila aku toleh ke kanan, wajah sahabat karibku, Aini Fasihah menjamah fikiranku. Segala masalah kuluahkan kepadanya, dia tempat aku menangis, dia tempat aku gembira kerana hanya dia yang memahami aku selama ini.

Apabila kupandang ke belakang, sejarah lama sering menjelma. Sudah aku berikrar pada diri, semakin aku jauh ke hadapan apa yang tertinggal di belakang tidak akan aku kutip kembali dan akan aku simpan sebagai sejarah dan bukan kenangan.

Mengapa? Mungkin kamu tertanya-tanya? Sejarah itu berbeza dengan kenangan, sejarah adalah peristiwa masa lampau yang kita akan ingat cuma pada satu-satu masa. Berbanding dengan kenangan, kenangan adalah peristiwa masa lalu yang kita akan ingat setiap masa, saat, waktu dan sampai bila-bila. Semakin aku melangkah ke hadapan, semakin aku hilang arah tujuan aku.

Semakin lama aku mendalami isi hatiku, semakin senak jiwaku. Aku duduk termenung di balkoni daripada pulang kerja pukul 4.00 petang tadi sehingga sekarang. Aku melihat waktu pada jam tangan milikku. Aku bangun daripada kerusi yang aku duduki untuk menunaikan solat asar. Sebentar lagi kawan serumah aku akan balik daripada kerja.

*******
Selesai aku membersihkan diri dan solat, pintu bilik aku diketuk kuat. Aku menyuruhnya masuk.
“Assalamualaikum, tuan puteri yang kusayangi. Cepat balik nampak?” Aku hanya tersenyum memandang wajahnya.

Aku membalas salamnya dan memberikannya senyuman yang aku rasakan paling manis. “Waalaikumsa­lam, puan sri. Aku tak sihat sikit tadi tu ambik cuti separuh hari. Suka hati kau panggil aku tuan puteri tapi okey jugak kalau aku jadi tuan puteri je bukan Cinderella.”

Aini mengerutkan wajahnya. “Ohh, aku tahu sebab ape nanti kau mati tercekik buah epal. Tapi okey ape best kot dapat kiss daripada putera idaman. Dah tu kau makan ubat dah?”

Ahh! Terlalu prihatin dirinya. Ini salah satu sebab aku menyayanginya separuh jiwa aku. Dia adalah orang kedua yang aku akan cari selepas kedua-dua orang tuaku.

“Haaa! Tau takpe. Dah makan tadi. Aku tak sempat nak masak la. Kita tapaw luar jela. Okey?” Aku memberikan cadangan kepada Aini sedangkan kami sememangnya akan makan diluar kalau makanan dirumah tidak mengizinkan dirinya dimakan.

“Alaaa! Macam tak biasa je. Lepas magrib kita makan dekat satu kedai ni. Kawan sepejabat aku rekomenkan kedai ni tadi. Dia kata masakan kedai ni tip top!” Aku hanya mengangguk tanda bersetuju dengan cadangannya.

Aini masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan diri. Aku mengambil Al Quran dan membacanya sementara menunggu azan magrib. Tiba-tiba perasaan sayu itu hadir dalam diri aku. Terhenti sementara bacaanku. Aku segera menghamburkan air mata aku yang keluar membuak-buak bagaikan pili pecah.

Aini segera menghampiri aku dalam keadaan dirinya yang sudah bersedia untuk solat Magrib. Aku memeluk tubuhnya. Dia membiarkannya sahaja. Dia cuba memahami keadaan aku sekarang.

Pelbagai kata-kata semangat dia hulurkan kepada aku. Kata-kata ini adalah salah satu daripadanya.

“SEPI bukan bererti HILANG, DIAM bukan bererti LUPA, JAUH bukan bererti PUTUS, kerana diantara kita ada satu ikatan yang tidak mudah kita lupakannya iaitu ‘FRIENDSJ

Tangisan aku semakin perlahan. Aini mula mengajukan soalan.

“Am, luka kau tetap dalam kan? Susah kau nak tambun kembali luka kau tu. Aku tak mampu buat apa-apa selain daripada memberikan nasihat dan kata semangat. Aku pun buntu.” Aku tergelak. Aini memberikan riak pelik.

“Kau salah penggunaan kata. Hahahahaha, tambun?! What the fish? Orang sembuhkan luka. Gramatis nak mampus ayat kau. Aku tabik sama kau. Aku bukan kolam yang kau nak tebus guna. Luka aku tu insyallah akan sembuh. Kau jangan risau sangat la. Jomlah, solat. Kejap lagi nak keluar makan.” Aku cuba membawa lari jauh persoalan itu.

Kami solat Magrib berjemaah dengan berimamkan aku. Alunan bacaan ayat Al Quran yang aku bacakan itu memecah kesunyian di dalam rumah yang kami duduki. Panjang bacaan doa yang aku bacakan. Pelbagai perkara aku minta pada-Nya.

Aku meminta Allah berikan aku, Aini dan kawan-kawan aku yang lain diberikan jodoh yang baik. Selesai solat kami, bersiap untuk keluar makan.

Aku mengenakan dress labuh tanpa lengan dipadankan dengan cardigan dan aku pakai tudung bawal. Setelah selesai, aku turun untuk mendapatkan Aini.

“Lama gila kau bersiap macam nak pergi dating je.” Dia sudah mula membuat mulut muncungnya. Aku yang melihat ini, rasa macam nak gunting-gunting sahaja mulut miliknya.

Dalam hati ini bermonolog sendirian “Kalau ikutkan hati ni dah lama mulut Aini ni selamat aku gunting.” Aku ketawa seorang diri apabila mengenang kembali kata-kata aku tadi. Aini memandang aku pelik.

Aku melihat penampilannya daripada atas sehingga ke bawah. “Cantik.” Getus hati kecil milik aku. Aini hanya mengenakan seluar slack, baju blouse yang labuh dan tudung bawal. Malas aku bertingkah kata dengannya. Aku terus meloloskan diri aku ke dalam kereta. Hanya suara radio yang bising di dalam kereta.

*******
Sebaik kami sampai di restoran itu, kami mencari tempat duduk. Sungguh ramai manusia yang berkun­jung kedai itu. Akhirnya kami menemui sebuah meja yang sememangnya memuatkan couple sahaja. Itu sudah cukup buat aku dan Aini.

Tempat yang kami duduki itu agak privasi dan agak jauh daripada mata awam. Aku dan Aini hanya berbual kosong sambil berlawak sementara menunggu pelayan datang dan mengambil order kami.

“Boleh tahan jugak budak yang ambik order kita tadi.” Dalam intonasi selamba Aini berkata kepada Aini. Aini suka meluahkan isi hatinya tidak kira masa.

“Hahahaha, budak yang ambik order kita tadi pun kau nak sangkut?” Aku kadang-kadang pelik dengan ragam dan kerenahnya yang berlainan daripada orang lain.

“Ala, biaq pi kami la. Kalau kau jealous cakap tahu. Tahu la sekarang ni kau takde sense of agency.” Aini memandang aku.

“Macam-macam ragam la hang ni.” Aku hanya menjawabnya sambil lewa sahaja. Aku leka bermain game angry bird yang famous di zaman sekarang pada handfone milik aku.

Sedang leka kami berbual tiba-tiba jantung berdetak lebih kencang daripada kebiasaan. Setahu aku, ianya hanya akan begini jikalau ada seseorang yang pernah muncul dalam kehidupan aku dan menghancurkan hati aku.

Aku merasakan diriku terawang-awangan di langit biru. Dari jauh aku terlihat wajah yang sudah lama menjadi sejarah dalam hidupku. Selama bertahun-tahun, aku terseksa dek kerana dirinya.

Aini risau apabila melihat keadaan aku seperti panas punggung. Dia mahu membatalkan pesanan yang kami buat apabila melihat aku yang sudah bertukar mood. Aku tidak mahu kerana aku sememangnya lapar. Aku biarkan sahaja apa yang singgah pada pandangan mata kasarku.

Sakitnya hati ini hanya Allah yang tahu. Dia sahaja yang memahami diri aku, dia juga yang membantu aku memulihkan jiwa yang terluka. Dia tempat aku mengadu. Dalam hati ini kupohon doa “Ya Rabb, kau peliharalah batang tubuhkan, pandangan mataku, percakapanku, teguhkanlah imanku dan jauhkan hatiku daripada umat-Mu, Syafiq Hazwan yang sudah melukai hatiku. Aku redha dengan ketentuan-Mu jikalau dia bukan jodoh terbaik untuk diriku.”Aku mengeluh lembut sambil memerhati Wan daripada jauh. Bahagiakan dirinya bersama-sama pasangan pilihannya.

Hancurnya sekeping hati, musnahnya segunung kepercayaan, hancur segala impian yang aku ingin gapai selama bertahun-tahun aku menyulam cinta dengannya. Tidak semudah itu aku dapat lupakan peristiwa pahit yang telah mencengkam jiwa.

Pelbagai cara orang yang terdekat dengan aku lakukan untuk menggembirakan kembali hati aku. Tetapi mereka gagal. Aku terlalu bodoh di saat itu. Aku tetap percaya dan berharap bahawa pada suatu hari nanti Syafiq Hazwan bakal menjadi milikku sepenunhya.

Tetapi hampa, berhari-hari, bulan berganti  bulan dan tahun berganti tahun. Wan tidak pernah sekalipun muncul dalam kehidupan aku. Sia-sia sahaja pengorbanan yang aku lakukan ini. Aku telah bazirkan terlalu banyak masa untuk menunggu dan terus menunggu gerangan dirinya.

“kejujuran dalam percintaan amat dititikberatkan, percintaan sementara hanya mainan dunia untuk melalaikan cucu cicit Adam”

Epilog- Pertama Kali Cinta #PKC



Epilog

Dari jauh kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan sedang merebut sebatang aiskrim antara satu sama lain. Sungguh cute!

“Abang Am, bagi la Amie aiskrim ni. Tadi abang Am dah makan satu, dah la. Amie tak makan lagi. Please.” Memek muka kasihan ditonjolkan oleh si gadis genit ini.

I said no! abang takkan bagi. Amie kena beralah dengan abang sebab abang ialah abang Amie.” tegas nadanya tetapi wajahnya sedikit mengejek.

“Amie nak jugak.”

“no.”

“I want.”

“no.”

“I say I want.”

“no.”

Sedang mereka berebut dan bertingkah kata tiba-tiba aiskrim itu terjatuh. Kanak-kanak perempuan itu merajuk dan membawa diri ke arah gelongsor yang berdekatan. Kanak-kanak lelaki itu menghampiri budak perempuan itu dan memujuknya.

“Amie tak nak kawan dengan abang. Abang kawanlah dengan bangla yang jual aiskrim tu je. Abang dah bazirkan aiskrim Amie.” Kanak-kanak perempuan itu bercakap dalam nada menangis. Sendu-sendu suaranya.

Kanak-kanak lelaki itu terus- terusan memujuk si gadis genit itu.” Amie, im so sorry. Abang janji abang akan ganti aiskrim yang banyak untuk Amie. Abang janji .” Kanak-kanak lelaki itu menghulurkan jari kelingkinnya untuk membuat janji.

Kanak-kanak perempuan itu tersenyum dan membuat janji. Mereka berpimpin tangan berjalan menuju ke arah mama dan umi mereka.

Dari jauh kelihatan mereka sungguh sepadan bagai pinang dibelah dua. Tetapi mereka selesa berdua dalam ungkapan lain selain daripada itu iaitu sahabat sejati.

Imam Shafie pernah meriwayatkan sebuah hadis:
“Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah sahabat yang sering denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya pada diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka jika aku dapat, aku ingin setia kepadanya.”

“Amnie Halifi, Amran Hidayat, come to us. Mama dengan umi nak cakap sesuatu dengan kamu berdua.” Pantas sahaja langkah mereka berdua menuju ke arah orang yang mereka sayangi.

“Apa dia?” serentak pertanyaan mereka. Sehati sejiwa sungguh mereka berdua.

Tidak sempat umi berkata apa aku terdengar pekikan kuat daripada abah. Setahu aku abah tidak akan menjerit sekuat itu jikalau barang kesayangan tidak hilang. Sah! Gameboy abah hilang. Hahahahaha, padan muka abah, kedekut lagi dengan aku.

Abah akan melepaskan stress kerja dengan bermain game. Aku pun tidak mengetahui mengapa abah mempunyai tabiat pelik itu. Umi pun tidak pernah kisah dengan hobi abah. Hai! dunia sudah terbalik.

Mama hanya diam sambil tersenyum. Abang Am mula memecah kesunyian antara kami bertiga. Aku hanya mengikut rentaknya sahaja. Walaupun kami berumur 7 tahun tetapi kami terlalu bijak dalam menguruskan kehidupan kami.

“Amie, kalau abang Am kata abang Am nak buat Amie isteri abang Am, Amie setuju tak?” Mama ketawa terkekeh-kekeh.

“Amie tak mahu kalau abang Am tak belanja Amie aiskrim sehari 5 batang. Belanja Amie sampai Amie jemu nak makan aiskrim. Amie akan jadi isteri abang kalau abang setuju dengan syarat Amie.” Nada suaraku sedikit mengejek.

What?! Too much, Amie. Bolehlah demi Amie abang Am main sanggup jela. Tapi bila fikirkan kembali boleh miskin abang Am.” Jarinya mengira-ngira jumlah wang yang sepatutnya dibelanjakan untukku.

“Amie tak kisah. Mama dengan papa abang Am kaya so boleh abang Am suruh diaorang beli kedai aiskrim. Mama bolehkan?” Amran Hidayat memandang wajah mamanya sambil menggelengkan kepala supaya jangan melayan kerenah aku.

“Ye, boleh je. Yang penting Amie kena patuh pada janji Amie. Ingat janji mesti kita tepati.” Amran Hidayat menunjukkan riak yang menjengkelkan.

So annoying! Kecil-kecil lagi sudah pandai berbicara perihal perkhawinan. Kanak-kanak sekarang terlalu moden. Mereka mengetahui lebih banyak pengetahuan am lebih banyak daripada kita. Awesome!

My Soul- By El Amni

Assalamualaikum, El Amni disini.

Pembaharuan atas cover dan jalan cerita yang penuh konflik juga telah diperbaharui dan ditokok tambah dengan penuh kejutan  tanpa dugaan. Nantikan hasil susah payah El Amni almost 3 years walk in the die way in sastera way. Its really 'sado' to walk alone in future.

Tak disangkal sememangnya El ambil banyak sangat masa nak siapkan novel ni but i gave all my afford in younger age for this novel. I hope you all like it.


-COVER DEPAN NOVEL-




-COVER BELAKANG NOVEL-

Kerana Ketidaksempurnaan

Kerana tidak kesempurnaan aku.
Dia benar-benar sayangkan aku.
Kerana aku yang 'clumsy' ni.
Betul-betul membuatkan dia susah nak lepaskan.
Tapi.




Masa terus berdetik.
Waktu yang aku pinta akan terus berjalan.
Untuk berapa lama aku terus begini.
Soalan yang aku sendiri tak tahu nak jawab.

Aku yang mulakan.
Dan aku juga yang minta pengakhiran.
Bersarang rasa bersalah.
Kerana terpaksa aku relakan.


Tapi. Paksaan dari siapa.
Dari hati yang menidakkan semuanya.
Yang menyalahkan semuanya.


Allah.
Berikanlah aku petunjuk.
Aku tak mahu cinta aku kerana atas dasar simpati.
Aku mahu cinta yang tulus dari kalbu.
Untuk dia yang ditakdirkan untukku.

Baginya, kerana aku tidak sempurna.
Dia akan sempurnakan hidup aku.
Perjalanan aku masih terlalu jauh.
Kerana atas dasar kehidupan aku terus struggle untuk hidup.

Semua orang ada hati ada perasaan.
Tapi untuk waktu ini.
Detik ini.
Bukan masa aku untuk semua 'cinta' manusia bukan ajnabi.

Bukan masa engkau nak cari mana cinta aku.
Kalau engkau tanya.
Aku pasti jawab.

Aku tahu cinta itu fitrah manusia.
Tapi. Waktu 'bercinta' atau  mencintai seseorang.
Bukan sekarang.
Maaf seribu kali maaf.




Tak perlu aku perkenalkan diri. Kan dah kenal?