BAB 16
Perkhawinan
yang cukup adventure. Disuruh nikah kita nikah sahaja nasib baik hal rumah
tangga kita tidak diikut campur! Hidup aku macam dekat circus. Penat hidup
dengan badut ini. Melawak 24/7 tak pernah kenal erti penat. Ada sahaja lawak
Azif yang sememangnya mencuit hati aku.
Azif memandang
wajah isterinya yang sedang nyenyak tidur. Hatinya ketawa puas kerana berjaya
mengenakan isteri kesayangannya. Memang sekarang Azif boleh ketawa
sepuas-puasnya tetapi dia harus tunggu pembalasannya esok.
*******
Kebahagian yang
aku kecapi sepanjang pernikahan adalah sesuatu benda ataupun perkara yang aku
tidak pernah dapat sepanjang aku hidup. Bulan berganti bulan, usia perkhawinan
kami menjangkau 6 bulan. Kami semakin mengenali hati budi masing-masing dan
dalam proses mengenal antara satu sama lain. Ya! Memang payah melalui fasa ini.
Dan kepayahan
ini aku dapat rasai hanya waktu sekarang. Dulu aku hanya menguruskan keperluan
diri sendiri tetapi sekarang aku perlu uruskan keperluan diri aku dan Azif.
Pada permulaannya agak payah tetapi lama kelamaan semakin cekap aku uruskan
semuanya.
“Am, Azif rasa
baik kita duduk rumah sendiri. Ada privacy barulah boleh manja-manja dengan Am.”
Dihujungnya kedengaran ketawa.
“Baru sekarang
Azif terfikir? Am sebenarnya dalam fikir tapi malas nak suarakan pada Azif.”
“Sebenarnya Azif
dah 6 bulan beli rumah untuk kita. Usia rumah yang Azif beli pun sama juga
dengan usia perkhawinan kita.”
“Sampai hati
Azif tak bagi tahu Am. Eeii, geramnya!”
“Alaa, Azif tak
sampai hati sebab Azif tengok Am macam tak boleh berenggang dengan abah je.
Sebab tu Azif diam je. Azif kesian pada Am takut Am nangis bila berpisah dengan
abah.” Dibuat muka mengejek pada aku.
“Okay fine!
Jangan cakap dengan Am seminit.” Aku merajuk dengannya.
Seminit keadaan
kami begitu. Sunyi tanpa bualan tetapi yang peliknya Azif hanya mengikut
rentakku. Tiba-tiba Azif bersuara.
“Sayangku, seminit
sudah berlalu so bila Am ada free time? 6 bulan hidup berumah tangga kita tak
plan nak pergi honeymoon pun. Abah dah bising ni. Tolonglah Am, Azif tak
sanggup dengar bebelan abah dengan kak Leya.”
“Honeymoon?!
Geli geleman tahu. Okaylah nanti Fi fikir balik pasal ni. Fi pun kena bebel
jugak dengan abah pasal tak spent time dengan suami terchinto la sangat!” aku
menjelir lidah padanya.
Azif hanya
ketawa melihat aku. Aku kembali menyambung tugasku berkaitan dengan cawangan
kafe milikku. Banyak perkara yang aku perlu lakukan untuk memajukan perniagaan
aku ini.
********
Entah mengapa
sejak akhir-akhir ini Azif tidak begitu sihat. Sangat mudah merajuk. Kuat
makan. Selalu minta makanan yang pelik-pelik. Terpaksalah aku melayannya. Nasib
baik Azif dapat isteri yang serba boleh. InshaAllah semua menda boleh buat.
Garenti beres punya!
Kafe milikku
akan menjadi ‘extravaganza’ sibuk apabila hari minggu. Tak menang tangan aku
melayan pelanggan yang datang berkunjung ke kafe milikku. Kafe milik aku, kakak
dan abah sudah semakin maju. Dan kami bakal membuka lagi satu cawangan. Aku
berehat sebentar di belakang.
“Am penat ye?”
Azif mengurut-ngurut bahu aku. Aku merasakan satu suasana yang sangat selesa.
“Penat sangat.
Tak menang tangan Am.” Tiba-tiba aku merasakan tekak aku sangat loya. Bau busuk
yang entah datang daripada mana meloyakan tekak aku. Aku berlari ke singki
secepat mungkin.
Selepas
memuntahkan semua isi perutku. Pandangan aku tiba-tiba menjadi kabur. Azif
semakin kalut. Dia tidak tahu hendak membuat apa. Aku terus berpaut padanya
sebelum aku pengsan. Azif menjerit memanggil abah.
Dalam keadaan
segera abah menuju ke dapur. Mereka segera membawa aku ke klinik yang berdekatan
untuk menerima rawatan. Azif sudah tidak senang duduk. Mundar-mandir ke kiri
dan ke kanan kerana terlalu risau akan isterinya.
Kelihatan
doktor keluar dari bilik rawatan. Beliau maju ke arah Azif.
“Encik..” Azif
memotong kata-kata doktor muda itu.
“Azif. Ada
apa-apa yang tak kena pada isteri saya doktor. Saya sanggup bayar berapa sahaja
asalkan isteri saya selamat.” Doktor muda itu hanya mengangguk-anggukkan kepala
dan memberikan senyuman kepada si suami.
“Isteri Encik
Azif memang ada apa-apa. Isteri encik mengandung 3 bulan. Tahniah encik.”
Doktor muda itu berlalu pergi sambil tersenyum.
“Abah betul ke
ni? Tolong lempang Azif kejap.” Kakak hanya ketawa melihat reaksi adik iparnya.
“Tak perlu abah
lempang. Akak cubit Azif ini.”Azif terjerit kesakitan menerima cubitan kakak.
“Serius Azif
tak mimpi kakak. Azif dapat rasai betapa sakitnya cubitan kakak. Meh sini Azif
cubit abah pulak. Dari tadi abah senyap tak bercakap.” Abah hanya duduk di
kerusi seperti memikirkan sesuatu.
Azif
menghampiri abah. Segera membangunkan abah daripada lamunan. “Abah memang betul
anak abah mengandung. Dan abah bakal jadi datuk.”
Kedengaran
sendu bunyi tangisan abah. Kakak segera memeluk abah. “Abah janganlah sedih.
Kita dapat sebuah berita gembira ini. Adik mesti tak suka tengok abah
sedih-sedih macam ini.” Kakak cuba memujuk abah.
“Abah rindu
dekat umi. Apa yang umi hajati yang berjaya dia capai semasa hidupnya.
Alhamdulillah abah bakal jadi datuk. Tua sudah abah.” Sempat lagi abah melawak
walaupun sedang menangis.
Azif hanya ketawa
melihat dua beranak itu. Kehidupan sebuah keluarga yang diimpikannya akhirnya
tercapai setelah sekian lama menunggu. Alhamdulillah Ya Allah. Terima Kasih atas
segala kurniaan-Mu. Permudahkan segala urusan kami semua dan urusan isteri yang
aku sangat cintai. Cambahkanlah cinta kami berdua tanpa putus pada setiap
waktu.
*******
Dalam keadaan
aku yang kadang sihat kadang tidak Azif telah membuat perancangan untuk membawa
aku berbulan madu. Yehoo! Our first
honeymoon. Amnie Halifi jenis seorang yang tidak kisah dibawa kemana sahaja
tempat perlancongan asalkan tempat yang dia pergi adalah sebuah pulau.
“Am, we will fly to Sabah to Pulau Manukan. Are you happy with me ?” kata Azif
sampai menayang dua tiket penerbangan ke Sabah.
“One answer for one question. I love you.” Kataku sampai memeluknya.
Azif
membalasnya kembali. “I love you too and
our baby soon.” Sambil tangannya memegang perutku yang masih kempis. Tidak
kelihatan seperti ibu mengandung kerana kandungan masih baru.
Macam-macam
perkara yang perlu kami lakukan. Azif sibuk dengan kerjanya di hotel yang perlu
diselesaikan secepat mungkin. Aku pula tidak menang tangan menyiapkan proposal
untuk cawangan kafe baharu aku. Kepenatan berganda dengan keadaan aku yang
mengandung ini.
Aku mengatur
temu janji untuk bertemu dengan Chad dan Ameer. Sudah terlalu lama kami tidak
ketemui. Masa yang terlalu mencemburui kami. Aku terlalu rindu dengan semua
sahabat aku. Kali terakhir aku bertemu dengan mereka 6 bulan yang lepas. Aduhh!
Rindunya dengan mereka.
Ameer dan Chad
datang ke kafe kami ketika hujung minggu. Aku memeluknya erat sekali. Azif dan
Ameer hanya mempu memandang dan menggeleng-gelengkan kepala. Perangai serupa
budak kecil. Sedangkan umur kami sudah patut menjadi seorang ibu.
“Chad, aku
ghinduuuu sangat dengan kau. Apa macam hidup dengan Ameer Khan tu?” Chad
membulatkan matanya.
“Berani kau
samakan Ameer aku dengan Ameer Khan?
Ameer aku lagi handsome dari Ameer Khan
tu tahu!” Aku ketawa sekuat yang mungkin.
“Konon dulu
sebelum dapat Ameer kau tu Amerr Khan itulah yang kau puja sepanjang masa.
Dapat Ameerol Amin kau lupakan jasa Ameer Khan. Perangai apa ni? Anak sapa yang
tersesat dekat kafe aku ni?” Suara aku kuatkan sedikit.
Muka Chad mula
mencuka tanda geram dengan aku. Ameer hanya ketawa. Geli hati mungkin melihat
kami. “Jasa apa yang Ameer Khan bagi dekat aku Amnie Halifi? Engko buatlah
sekali lagi macam tu memang aku angkat kaki dari kafe ini dengan
makanan-makanan sekali aku angkat.”
Aku buat muka
mengejek bercampur dengan serba salah. Kau orang bayangkan muka aku jadi apa.
Tak boleh nak bayangkan sebab memang buruklah. Wahahaha! Gelak sakan aku sambil
menari salsa.
“Ameer Khan tu
tempat kau nak melempias rindu dekat Ameer kau tu.” Aku sengaja menunjukkan ke
arah Ameer yang memang tidak jauh daripada kami berdua.
“Hahaha. Am
give me five sikit. Kantoi orang tu dengan kita.” Ameer sengaja mengejek
menambahkan kebengangan Chad.
“Sekarang
gelaklah puas-puas. Gelaklah dengan Am ni sampai besok pun takpe. Abang tahulah
balik rumah nanti abang tidur mana.” Chad menggunakan kuasa vetonya mengugut
Ameer.
Ameer
menganggkat tangan menyerah kalah. Ameer kembali kepada Azif untuk menyambung
kembali perbualan mereka. Azif hanya ketawa daripada tadi tidak henti-henti.
Aku pun hanya menyambut kata-kata Chad dengan tawa.
“Kegembiraan
yang dahulunya kita rasakan susah ingin dikecapi sekarang kita dapat mencapainya
dengan bergolek-golek tanpa kita ketahui. Kerana ‘kunfayakun’ penentu segala. Trust Allah.”
p/s: actually El taknak bagi korang baca banyak-banyak sebab nanti tak laku weh novel Ek. hahaha, sebab ramai yang request ape yang akan terjadi nanti so El kesian El bagilah korang satu bab lagi as a GIFT.
Its all belong to Allah :)