Translate Language

Sunday, 15 September 2013

Beauty Of Islam

Assalamualaikum! mukaddimah pembuka bicara :)


Aku bukan hebat dalam perbahasan malahan juga penceramahan. Aku hanya insan biasa yang ingin menyuarakan sesuatu yang selalu menjadi bandingan setiap manusia.

Cantik is UNIVERSAL~

Semua perempuan yang Allah cipta itu mempunyai kecantikan yang tersendiri yang membezakannya hanyalah tersirat dan tersurat. 

Cantik pada pandangan manusia VS cantik pada pandangan Allah


Saya tahu saya tidak cantik.. 

Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia..

 Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. 

Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... 

Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..


Wassalam :) ,Fight for I.S.L.A.M.

Saturday, 14 September 2013

Diari Hidup Manusia Yang Aku Lihat

Assalamualaikum.

Luahan hati seorang wanita. Bukan dari diriku. Aku cuba mengerti dirinya dan aku luahkan melalui penulisanku. Ia hanya percubaan bagi aku.





Wajahnya tergambar riak gembira,
Tawanya selalu meledak di bibirnya,
Dirinya selalu dilihat, dibelenggu dengan ceria,
Kita, manusia hanya mampu melihat detik-detik gembiranya,

Tapi...

Disaat wajahnya penuh dengan riak sedih,
Bibirnya tiada senyuman,
malahan tawa,
Ketika itu dirinya dipenuhi dengan air mata,
Kita, sebagai manusia hanya mampu memandang jauh sahaja.

Dimana letaknya tawa itu?
Dimana letaknya diri kamu yang penuh gembira?
Disaat itu matamu terlampau murah dengan air mata,
Disaat itu tiada lagi manusia yang mampu memahami kamu,
Hanya satu...
Hanya satu yang memahami dirimu,
Allah.

Ya, hanya Allah yang mampu memahami diri kamu,
Ya, hanya Allah yang mengetahui tentang kehidupanmu,
Ya, hanya Allah yang sanggup menghulurkan bantuan kepada kamu,
Hanya DIA...
Hanya DIA yang sanggup menyerahkan segala apa kehendak kamu,

Tapi hanya satu yang Dia pinta,
Berdoalah kepadaNya,
Bertaubatlah kepadaNya,
Beringatlah kepadaNya.

Aku hanya insan biasa. Cuba meluahkan perasaan dan memamahi kesengsaraan orang lain. Aku sedang cuba memahami kehidupannya walaupun dia cuba menyelindungkan apa yang aku sendiri sudah tahu.

Disaat kamu gembira janganlah kamu terbuai dengannya ingatlah! La Taghtar.

Disaat kamu bersedih ingatlah! La Tahzan. Allah sentiasa ada untuk kamu dan umatnya yang lain.

Coretan ini, aku mahu hulurkan untuknya tapi aku tiada daya. Aku hanya mampu melihat, mendengar dan menulis apa yang aku lihat, apa yang aku rasa dan apa yang aku cuba fahamkan.

Coretan ini, agak misteri tapi hakikatnya ia hanyalah coretan pengalaman hidup seorang insan yang bernama manusia!

Aku hanya melihat dari mata kasar, mendengar dari mulut manusia tapi aku tidak pernah menjalani kehidupan sepertinya. Buatlah perbandingan wahai manusia! jika kehidupan kamu sama seperti dia.

Buatlah persiapan dengan menghadapi Allah. Hamburkan segala amarahmu, kesedihanmu, kesusahanmu dan keperitan yang kamu lalui itu kepadanya. Hanya satu yang perlu kamu pinta padanya

" Allahummayassir walatua'sir rabbi tamminbilkhair "
( Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupan semoga ianya dapat diselesaikan dengan baik)

~Aku "Am".

Ujian Demi Ujian

Assalamualaikum. Perkara yang ditulis ini Fakta atau Auta hanya Allah saja yang tahu.




Allah pernah berfirman: 
"Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagi ujian kepadanya kerana aku ingin mendengar rintihannya.

(H.R Abu Tabrani dari Abu Umamah)




Hanya Allah saja yang tahu apa yang akan terjadi pada diri kita pada masa hadapan. Ajal, maut dan jodoh semuanya Allah's secret. Diri kita pun Allah yang punya. Allah tiada hijab dengan kita.

Bila kamu dirundung duka ingatlah! 
" La Tahzan" ( jangan bersedih Allah itu ada untuk kamu)

Sebuah lagu yang sedang berlegar- legar semasa aku giat menulis entry ini:

" Hidup ini bagai lampu dinding,
yang dinyalakan dimalam hari,
Apabila minyak sudah kering,
 iakan pasti padam sendiri "

Setiap kehidupan manusia mesti ada likuannya cuma ianya likuan yang berbeza. Tapi Ingatlah! setiap sakit, setiap perit yang Allah hulurkan kepada kita tandanya Allah sayangggggg sangat dekat kita!

Allah nak lihat ketabahan, kesabaran umatNya sebab Allah tahu kemampuan kita.

Apabila kamu berasa susah hati amalkan doa ini :

1.





2. Surah Al Fatihah ( Doa penyembuh bagi segala penyakit)



3. Berselawatlah.